Sunday, August 31, 2008

Mengingati mati.

AHAD 31 OGOS 2008/ 29 Syaban 1429 - Esok mula berpuasa bulan Ramadhan. Mlam ini mula solat terawih ,,,,,,

Kematian ialah berpisahnya roh dengan badan dalam waktu sementara yang amat sebentar sekali.
Rasulullah memerintahkan kaum musli9min, supaya kitab kerap kali memperbanyakkan inagkan mati, sebeb memang itulah salah satu hala yang menyebabkankita memiliki rasa Taqwallah., lalu tetap dalam berlomba-lomba menmcari kebaikan, menambah amal soleh dan sama seklai engganmelakukan kemaksiatan. Semua itu menjadi jalan yang perlu kita tempuh untuk mendapatkan keredhaan Allah swt, sebagaiman sabda Nbi saw,

"Perbanyakkanlah menghingati kematian, sebabaitulah yang dapat melebur beberapa dosa dan membuat seseorang suka berzuhud di dunia"

Diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya dan sahabat Anas biun Malik r.a.

Rasulullah juga bersabda:

" Sebijak-bijak manusia ialah orang yang terbanyak ingatnya kepada kematian dan terbanyak persiapnya untuk menghadapai kematian itu. Merekalah orang-orang yang cerdik dan mereka dapat pergi (ke alam baqa') dengan membawa kemuliaan dunia dan kemulian akhirat"

Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah.

Dalam hal ini perlu diingatkan tidak bermakna kita tidak berusaha menjalani kemajuan di dunia. Tetapi amal akhirat juga wajib dipergiatkan dan jangan sekali-kali dilalaikan urusan keduniaan.

Allah Ta'la berfirman yang bermaksud.

"Dan carilah olehmu akan pahala akhirat dengan menggunakan riziki yang sudah dilimpahkan oleh Allah padamu, sekalipun demikian janganlah engaku lalai akan kebahagiaan dalam urusan keduniaan dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu"

- Surah Al-qasyas: 77

Firman Allah swt: artinya:

"Katakanlah (Hai Muhammad) ' "Sesungguhnya kematian yang engkau semua hindari itu pasti akan menemui engakau semua, kemudian engkau semua akan dikembalikan kepada Allah Zat yang maha Mengethaui hal ghaib dan terang, lalu Allah akan memberitahukan kepada mu semua apa saja yang engkau semua amalkan"

-Surah Al- Jumu'ah:8

Thursday, August 28, 2008

Capai Puasa Mabrur

Hari Khamis 28 Ogos 2008/26 Syaaban 1429. 3 hari menjelang Ramadhan


Beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan ibadat puasa:



1. Meninggalkan puasa wajib, tanpa adanya uzur yang dibenarkan oleh agama itu amat besar sekali dosanya. Sabda Rasulullah saw;


" Ikatan Islam dan kaidah-kaidahnya itu ada tiga perkara dan di atas ketiga perkara itulah didirikannya asas-asas Islam. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu dari 3 perkara tersebut maka ia adalah kafir dan halal darahnya; iaitu menyaksikan bahawasnya tiada Tuhan (yang hak) melainkan Allah dan solat yang diwajibkan serta puasa ramadhan".


Riwayat oleh Abu Ja'la dan Addailami serta disahihkan oleh Imam Adzdzahabi.


Juga Rasulullah saw bersabda,

" Barangsiapa yang berbuka sehari saja dalam bulan ramdhan tanpa adanya rukhsah (keringanan) yang diringankan (diperkenankan) oleh Allah, maka tidak cukuplah ia mengqadhainya dengan berpuasa setahun penuh, sekalipun ia benar-benar berpuasa setahun itu".

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Bukkari, Abu Dawud, Ibnui Majah dan Tarmidzi dari sahabat Abu Hurairah r.a.


2. Allah Taala sendiri yang akan menetapkan pahala orang berpuasa, kerana amat besar dan banyak sekali. Sabd Nabi saw,


"Allah Ta'la berfirman, "Semua amalan anak Adam (manusia) itu untuknya, kecuali puasa. Maka itu adalah untuk KU (Allah) dan Aku sendiri yang menentukan balasan (pahala)nya".(sampai di sini adalah termasuk hadis Qudsi, sedang yang selanjutnya ini adalah hadis Nabawi).

Puasa adalah perisai ( dari kemaksiatan). Maka apabila pada hari berpuasanya seseorang di antara engkau semua, hendaklah jangan berkata kotor, jangan berteriak-teriak serta jangan menjadi bodoh (yakni mengerjakan yang tidak baik). Jikalau ada sesorang yang memaki-makinya atau mengajaknya berkelahi, hendaklah ia berkata:
" Saya sedang berpuasa". Ucapkanlah dua kali. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, niscaya bau busuk dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih sedap di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan iaitu ketika waktu ia berbuka, bergembiralah ia dengan sebab berbukanya dan ketika ia menemui Tuhannya, bergembiralah ia dengan adanya amalan puasa dalam dirinya".

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah ra.



BERUSAHA CAPAI PUASA MABRUR.


SESIAPA yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Majah)


Begitulah satu daripada beribu hadis yang menyebutkan tentang kelebihan bulan Ramadan yang akan ditempuh oleh seluruh umat Islam dunia tidak lama lagi.


Wawancara wartawan ZUARIDA MOHYIN dengan pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohammad Nidzam Abdul Kadir menjelaskan tentang fenomena biasa menjelang bulan mulia ini dan bagaimana untuk memperoleh puasa yang mabrur.


Apakah sikap yang sepatutnya bagi seorang Muslim dalam menyambut Ramadan?

MOHAMMAD NIDZAM: Dalam menyambut Ramadan, saya dapati ada beberapa sikap atau watak individu Muslim. Antaranya ada yang rasa terbeban dengan bulan Ramadan. Ini kerana puasa pada siang hari dengan kadar masa yang agak panjang. Godaan perut makin banyak sekarang ini. Malam hari pula terpaksa pergi ke masjid atau surau untuk solat Isyak berjemaah dan sunat tarawih.


Sepatutnya sikap berasa terbeban dengan kedatangan Ramadan tidak boleh berpanjangan. Sebagai Muslim, puncak ibadat adalah ketaatan terhadap perintah Allah. Apa jua perintah Ilahi, kita dengar dan kita taati. Seorang Muslim perlu gembira dengan kedatangan Ramadan kerana pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pula dirantai. Ini peluang yang baik untuk mendapat ganjaran pahala dengan mudah.


Antara hasil puasa Ramadan ialah takwa. Namun masih ramai yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat seperti tidak solat dan bermain nombor ekor. Apakah status puasa golongan ini?


MOHAMMAD NIDZAM: Memang hasil puasa adalah takwa. Ini sabit dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 di mana Allah berfirman mafhum-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu semoga kamu menjadi golongan bertakwa.


Jadi, puasa penghujungnya ialah takwa. Tetapi tidak semestinya orang yang berpuasa akan beroleh nilai takwa. Ia perlu melalui proses pendidikan sepanjang bulan Ramadan. Kalau puasa, tetapi banyak larangan puasa dilanggar, puasanya tidak berkualiti.


Macam solat juga. Al-Quran menyatakan bahawa solat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar. Tapi bukan sebarang solat. Ia adalah solat yang berkualiti dan khusyuk. Macam juga haji. Oleh itu, kalau kita betul-betul ingin menjadi Muslim yang bertakwa, ambillah dan gunakanlah peluang bulan Ramadan bersungguh-sungguh, insya-Allah kita akan betul-betul bertakwa.


Puasa golongan yang masih tidak solat atau main nombor ekor, puasanya dikira sah kerana ia bukanlah perkara yang membatalkan solat. Namun puasa tersebut bukanlah puasa yang berkualiti. Sabda Nabi SAW dalam riwayat al-Bukhari yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai, maka janganlah orang yang berpuasa bercakap dengan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil.

Kita selalu disogokkan dengan pelbagai ganjaran hasil daripada melakukan ibadat puasa Ramadan. Pun begitu, ada kenyataan yang mengatakan bahawa tidak semua orang yang berpuasa itu mendapat hasilnya. Tolong ustaz jelaskan perkara ini dan bagaimana untuk memperoleh puasa yang mabrur?


MOHAMMAD NIDZAM: Memang banyak kelebihan ibadat puasa. Antaranya ia adalah rukun Islam. Selain itu, ada satu hadis qudsi daripada Nabi SAW riwayat al-Bukhari maksudnya: …dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa adalah bagi-Ku dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya…


Macam kita belajar di sekolah atau di universiti. Adakah kita pasti bahawa semua pelajar akan mendapat ‘A’. Sudah tentu tidak. Ia bergantung juga kepada sekadar mana usaha pelajar tersebut. Samalah dengan orang yang berpuasa. Oleh itu, ada beberapa tip untuk mendapat puasa yang mabrur (puasa yang berkualiti dan diterima oleh Allah):


lBerpuasa penuh

lMenjaga akhlak perut, akhlak mata dan sebagainya. Contoh akhlak perut adalah menjaga agar tidak makan daripada hasil yang haram. Begitu juga semasa berbuka puasa, makanlah secara sederhana dan lagi bagus, mengikut tertib sunah Nabi SAW dengan makan buah tamar dahulu.


lAkhlak pergaulan mesti dijaga.


lMemperbanyakkan amalan membaca al-Quran dan berzikir.

lMengambil peluang untuk solat sunat tarawih. Seterusnya peluang sunah bersahur juga digunakan untuk melakukan solat sunat tahajud dan sebagainya.

lBerusaha memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadan untuk mendapat Lailatul Qadar.

Acap kali bila tibanya bulan Ramadan, kemunculan hadis-hadis daif berkaitan kelebihan bulan ini begitu ketara. Contohnya, Berpuasalah nescaya kamu sihat, Tidur orang yang berpuasa adalah ibadat dan banyak lagi. Bagaimanakah seharusnya kita berhadapan dengan perkara ini?

MOHAMMAD NIDZAM: Proses mengenali hadis daif memerlukan ilmu. Ada hadis daif yang boleh dijadikan panduan. Contohnya berpuasalah nescaya kamu sihat. Kajian ulama hadis mendapati bahawa hadis ini daif.


Walau bagaimanapun, isi kandungannya adalah baik dan benar. Begitu juga riwayat bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Memang benar. Kalau berpuasa tetapi mengumpat sana mengumpat sini, maka tidur adalah ibadat yang lebih utama.

Cuma ada hadis daif yang sangat daif dan langsung tidak mempunyai asal dalam agama. Contohnya ganjaran pahala yang melampau dan keterlaluan.


Contohnya hadis solat tarawih setiap malam dan fadilatnya. Hadis ini bukan lagi daif tetapi adalah hadis palsu. Ia mesti diperangi kerana hadis palsu mengandungi pendustaan terhadap diri Nabi SAW. Kita tidak nafikan kelebihan solat tarawih tetapi ia mestilah sahih, hasan atau daif yang diterima mengikut syarat yang dikaji oleh para ulama hadis.


Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu. Bagaimanakah saranan di atas boleh diadaptasikan pada bulan Ramadan ini?


MOHAMMAD NIDZAM: Saya harap riwayat ini sahih. Walau bagaimanapun, maksud hadis ini adalah sahih. Ia menggambarkan bahawa proses tuntutan ilmu perlu dilakukan sama ada sebagai guru, pelajar atau sekadar pendengar.


Bagi mengadaptasikannya dalam bulan Ramadan, ada beberapa perkara yang wajar dilakukan.

Antaranya program tadarus al-Quran. Tadarus al-Quran bukanlah sekadar menghabiskan bacaan sahaja tetapi bagaimana kita cuba memahami ayat-ayat Allah. Maka adalah elok jika ada beberapa ayat dikaji dan difahami setiap hari selain cuba menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari.


Program kuliah dan ceramah agama juga sewajarnya tidak dihentikan sama sekali. Manusia memerlukan pengisian ilmu dan nasihat. Namun ia hendaklah dilakukan dengan baik dan teliti.


Janganlah kerana ceramah agama, kita mengganggu kekhusyukan orang yang sedang solat. Oleh itu, masa perlulah sesuai. Kuliah subuh boleh diteruskan seperti biasa.


Kuliah tarawih juga boleh dilakukan tetapi ia perlu dirancang dengan baik. Jika tidak, ia satu program yang tidak sesuai. Contohnya ada masjid atau surau mengadakan ceramah antara solat tarawih. Solat tarawih pula lapan rakaat. Apabila siap empat rakaat, ada ceramah agama. Setiap malam pula begitu rupa. Satu slot ceramah masanya 45 minit hingga satu jam. Ini bagi saya satu pengisian program yang tidak wajar kerana ia mengambil masa yang agak panjang.


Selain itu, ibadat utama iaitu solat tarawih masih belum sempurna. Kalau sudah sempurna lapan rakaat, para jemaah ada pilihan untuk terus mendengar ceramah atau terus balik.


Selain itu, umat Islam juga mempunyai masa pada siang hari kerana tiada waktu makan. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk kita membaca bahan-bahan bacaan yang bermanfaat.


Yang penting, jadikan bulan Ramadan satu jambatan mencapai ketakwaan dan keredaan Allah.

Sumber: Utusan Malaysia 28 Ogos 2008


Sumber: Mastika Hadis Jilid 3

IBADAT PUASA
Fasal (*) Fasal Pertama : PUASA BULAN RAMADHAN
Kandungan (*)
Firman Allah Taala:



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.



"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (1)

Firman-Nya lagi:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ". (2)



____________________________



1. Ayat 183, Surah Al-Baqarah.



2. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.

Berpuasa pada bulan Ramadhan - sebagaimana yang sedia maklum - ialah "rukun Islam yang keempat". Dalilnya dari al-Qur'an ialah ayat-ayat suci yang diterangkan di atas dan dari hadith pula seperti berikut:

1- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)


1- Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke Baitullah".(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Menurut sejarahnya puasa bulan Ramadhan telah difardhukan atas umat Islam dalam bulan Sya'aban, tahun yang kedua Hijriyah.



_________________________________



1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:177).



Ta'rif Puasa dan Kelebihannya


Puasa ertinya menahan diri, dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.



Membendung Kemahuan Hawa Nafsu


Menurut huraian ulama' rahimahumullah: "Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas sehingga ada yang melupai kehormatan diri dan rumah tangga, mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai perkara jenayah lagi.



"Oleh itu, kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melatih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin sebagaimana yang terdapat dalam amalan puasa adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.



"Dengan yang demikian, nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau rukun Islam."(1)



__________________________________



1. Muqaddimah Mastika Hadith (hlm. 57).


Kelebihan Puasa Secara Umum


Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:



2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)

2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Oleh kerana amalan puasa (yang wajib dan yang sunat) itu dikerjakan secara tertutup antara seseorang dengan Tuhannya berdasarkan ikhlas semata-mata - berbanding dengan amal-amal bakti yang lain yang dikerjakan secara terbuka, maka amalan puasa yang demikian amatlah besar pahalanya dan hanya Allah jua yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya.



_______________________________



1. Al-Ahadith al-Qudsiyah (1:172). Hadith ini ialah "Hadith Qudsi" diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan lain-lainnya. Ta'rif Hadith Qudsi telah diterangkan dalam "Muqaddimah Mastika Hadith".



Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:



3- عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)



3- Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api ... (1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)



_______________________________



1. Al-Targhib (2:87).


Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:



4- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (رواه الإمام أحمد وغيره)

4- Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat - bagi orang-orang yang berbakti (yang selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an) .. (1).

(Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)



_________________________________



1. Kitab yang sama (2:84).



Selain daripada menjadi sebab yang membawa rahmat di akhirat kelak, puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

5- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)

5- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya .. (1)

(Hadith Riwayat Tabrani)



_______________________________


Al-Targhib (2:83), rawi-rawinya diakui benar.









Kelebihan Puasa Ramadhan Secara Khusus


Mengenai puasa Ramadhan secara khusus, diterangkan dalam hadith yang berikut:

6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)


6- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".
(1)(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)



Menurut huraian Imam Nawawi rahimahullah Amal-amal kebajikan yang menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang tersebut, maksudnya dosa-dosa kecil Kalau tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar Kalau tiada dosa-dosa besar, ia dapat meninggikan darjat

orang-orang itu di dalam syurga (2)



__________________________________



1. Minhaj al-Salihin - min Ahadith Khatam al-Anbiya' wa al-Mursalin (181).



2. Tuhfat al-Ahwadzi (6:362).

Monday, August 25, 2008

CIRI-CIRI MUKMIN SEBENARNYA

ISNIN 25 0GOS 2008/23 SYAABAN 12429 - 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429, SEMINGGU MENJELANG PUASA RAMADHAN H.1429/2008.

Ciri-Ciri Mukimin sebenar.

Apa yang dituntut oleh Islam adalah bahawa manusia wajib mempersembahkan seluruh kerjanya, hidup dan matinya semata-mata untuk Allah dan tidak membahagi hak Allah dalam hal ini dengan yang lainnya. Apa jua matalamat hidup dan amalannya tidak boleh dipersembahkan atau ditujukan kerana sesiapa pun selain dari Allah swt.

Dalam menjalin hubungan persahabatan maupun permusuhan dengan orang lain hendaklah dilakukan dengan niat semat-mata untuk mencari keridhaan Allah dan dilakukan murut aturan-aturan yang digariskan oleh agama.Kalau tidak demikian, iman tidak dapat dikatakan sempurna, apalagi mencapai darjat kerohanain yang tinggi.

Dalam hal ini kelemahan iman ditujukkan oleh kelemahan seseorang dalam memenuhi persyaratan yang tersebut di atas. Apabila dalam hal ini seseorang telah menuruti aturan Allah sepenuhnya, maka barulah imannya dapat dikatakan sempurna.

Firman Allah (Surah Al-An"am: 162-163)yang bermaksud,

" Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Alah, Tuhan sesemsta alam, tiada sekutu bagiNya , dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan akau adalah orang ynag pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)"

Sehubnungan dengan firman tersebut di atas, Rasululullah saw bersabda;

"Barangsiapa yang menjalin persahabatan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orang mukmin yang sempurna".

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


7 ciri penghuni syurga Firdaus.

Oleh Wan Aminurrashid W Abd Hamid

MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:

• Khusyuk dalam menunaikan solat

Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

• Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna

Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

• Menunaikan zakat

Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

• Memelihara kehormatan

Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.

• Melaksanakan amanah

Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

• Memenuhi janji

Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.


• Memelihara solat

Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.


==========================================================

Ulasan suasana pilihan Raya di Permatang Pauh. Hari Mengundi 26 Ogos 2008 (Selasa)

Sumber Berita Harian 25 Ogos 2008


Keputusan Permatang Pauh ukuran politik semasa
Oleh Manja Ismail

BN, PKR masing-masing mempunyai alasan tersendiri mesti menang 'ibu segala pilihan raya kecil'

SELEPAS 10 hari penduduk Permatang Pauh mendengar pelbagai janji, dakwaan dan tuduhan, melihat bermacam kerenah petugas parti serta menyaksikan kehadiran begitu ramai orang luar ke daerah mereka, 58,459 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil mereka ke Dewan Rakyat, esok.

Seperti mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini, keputusan kerusi Permatang Pauh malam esok tidak banyak mengubah kedudukan di Dewan Rakyat. Sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang banyak pihak meramalkannya mempunyai peluang cerah, memenanginya, kerusi Pakatan Rakyat tidak bertambah. Ia dikosongkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri bagi memberi laluan kepada suaminya untuk kembali semula ke Parlimen.

Jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menang pun, BN masih memerlukan tujuh kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Namun, itu hanyalah dari segi kedudukan kerusi di Dewan Rakyat sedangkan dari segi politiknya, keputusan di Permatang Pauh nanti akan menjadi kayu ukur kepada kedua-dua pihak mengenai kedudukan mereka selepas hampir enam bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR dan amat sinonim dengan Anwar yang mewakilinya selama empat penggal ketika berada di dalam kerajaan sebelum berpindah tangan kepada Dr Wan Azizah, tekanan tentunya kepada PKR. Sebaliknya, jika BN, yang sejak dari awal lagi menganggap amat sukar untuk menawan Permatang Pauh, dapat meningkatkan undinya esok daripada apa yang diperolehnya pada Mac lalu, ia sudah boleh dianggap satu kejayaan.

Senario inilah yang membezakan Permatang Pauh dengan pilihan raya kecil sebelumnya dan kenapa suasana di kawasan itu amat tegang dengan banyak laporan mengenai kekasaran dan ugutan oleh petugas serta penyokong parti, terutama daripada PKR, sejak penamaan calon 16 Ogos lalu. Bagi penyokong PKR, mereka mesti memenangi pilihan raya kecil ini kerana kekalahan akan menyukarkan lagi Anwar mencapai impiannya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September depan.
Walaupun ramai menganggap kenyataan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September itu, yang turut menjadi bahan kempennya sepanjang 10 hari lalu, sebagai perang psikologinya terhadap BN, penyokongnya yakin ia akan menjadi kenyataan. Kerana itu, PKR percaya kemenangan di Permatang Pauh nanti adalah langkah pertama untuk memastikan impian Anwar menjadi kenyataan. Bagi mereka, soal bagaimana Anwar mahu mendapatkan 30 lagi kerusi bagi membentuk kerajaan Pusat, adalah perkara kedua.

Keputusan malam esok juga akan menentukan sama ada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Walaupun isu itu tidak menjadi bahan utama kempen BN kerana ia lebih bersifat peribadi dan sudah menjadi kes mahkamah (akan didengar 10 September ini), adalah menarik untuk mengetahui sejauh mana pandangan pengundi mengenai isu itu. Ini ditambah dengan sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu bagi mengukuhkan dakwaannya dia diliwat oleh Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, Presiden PKR itu mendapat 30,338 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi. Majoriti 13,388 undi yang diperoleh Dr Wan Azizah adalah tertinggi pernah dicatatkannya sejak beliau menceburi politik pada 1999. Pada pilihan raya 2004, beliau menewaskan Pirdaus dengan majoriti 590 undi, manakala pada 1999, menewaskan Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.

Berdasarkan pecahan kaum, Permatang Pauh mempunyai 69.63 peratus pengundi Melayu, 24.76 peratus Cina dan 5.30 peratus India serta 490 pemilih pos. Kerana kejayaan Dr Wan Azizah mencatat majoriti besar pada pilihan raya umum lalu dikaitkan dengan tindakan pengundi Cina dan India mengalihkan sokongannya kepada pembangkang, golongan itu juga dikatakan menjadi penentu keputusan pilihan raya kecil malam esok.
Kerana itu, BN, selain memastikan undi Melayu yang diperolehnya Mac lalu meningkat, turut memberi perhatian lebih kepada pengundi Cina dan India.

Pemilihan Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, yang terletak di Parlimen Permatang Pauh sebagai calon BN dianggap mampu menarik semula sokongan pengundi Cina. Bukan saja beliau, malah tiga anaknya juga belajar di sekolah Cina. Beliau diberikan jolokan OCBC (orang Cina bukan Cina) kerana berbahasa Hokkien ketika berceramah kepada masyarakat Cina. BN juga menggunakan khidmat Exco Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang fasih berbahasa Tamil bagi menarik sokongan golongan itu.

Jika dapat menarik sokongan majoriti undi masyarakat Cina dan India serta pengundi Melayu atas pagar, tidak mustahil BN boleh merampas semula kerusi Permatang Pauh dengan majoriti tipis. Menyedari hakikat inilah Pakatan Rakyat juga turut menghantar pemimpin utama mereka berkampung di Permatang Pauh bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

Bagi majoriti rakyat negara ini, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh malam esok akan menentukan sejauh mana Pakatan Rakyat, malah Anwar sendiri dapat membuktikan gagasan mereka untuk mewujudkan keterbukaan, keamanan dan keadilan yang lebih baik. Jika hari penamaan calon 16 Ogos lalu dicemari dengan pergaduhan dan insiden wartawan dikasari oleh kumpulan dipercayai penyokong PKR, ramai berharap suasana pengundian esok berjalan lancar dan aman tanpa gangguan mana-mana pihak.

Begitu juga dengan proses penjumlahan undi dan pengumuman keputusan di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang malam esok. Pakatan Rakyat perlu mengawal penyokong mereka daripada bertindak keterlaluan jika merayakan kemenangan atau bertukar ganas apabila menerima kekalahan malam esok. Jika ini gagal dilakukan PKR dan Anwar sendiri, bagaimana mereka mahu memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sekiranya dapat membentuk kerajaan 16 September ini?

Sunday, August 24, 2008

Panduan ibadah puasa

Adad 24 Ogos 2008/22 Syaaban 1429 - 8 hari lagi Puasa.

Ibadat puasa


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Rencana ini berkaitan dengan amalan puasa masyarakat Islam. Untuk lebih umum, sila ke rencana Puasa.

Sebahagian siri dalam Islam



Senarai kandungan

1 Firman Allah s.w.t
2 Pengertian Puasa
3 Hukum Puasa
4 Syarat Wajib Puasa
5 Syarat Sah Puasa
6 Rukun Puasa
7 Sunat2 Puasa
8 Perkara2 yang Membatalkan Puasa
9 Orang2 yang Diizinkan Berbuka




Firman Allah s.w.t

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)

[sunting] Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.


[sunting] Hukum Puasa
Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 tiap-tiap bulan
Tempoh haram puasa merupakan tempoh tertentu yang umat Islam dilarang (diharamkan) berpuasa.


[sunting] Syarat Wajib Puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.

[sunting] Syarat Sah Puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

Orang Islam
Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Sempurna akal fikirannya pada hari itu
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

[sunting] Rukun Puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:

Berniat pada malam harinya
Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).

[sunting] Sunat2 Puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

Makan sahur serta melambatkannya
Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
Menjamu orang-orang berbuka puasa
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

[sunting] Perkara2 yang Membatalkan Puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari.

[sunting] Orang2 yang Diizinkan Berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

Orang yang sakit
Orang yang dalam musafir (perjalanan)
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.




KEPENTINGAN IBADAH PUASA
Oleh: Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad



Assalamu'alaikum wrh.

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."



Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa

kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.



Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk

susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia

sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?



Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat

menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.



Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa

seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.



Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam

menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan

larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."



Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan

segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.



UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT

DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH

MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.



Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama

sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana

ALLAH.



Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.



Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.



Wassalam.


PUASA BERI KEKUATAN DALAMAN
Oleh: Dr. Mashitah Ibrahim


Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.



Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.



Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan

ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan

orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat

kepada Allah doanya mudah diperkenankan.



Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.



Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''



Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang

yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan

perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.



Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa

adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.

Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita

bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.



Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami

bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi

penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.



Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya

kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.



Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang

terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.



Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati

juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.



Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.



Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri

seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.



DR. MASHITAH IBRAHIM
Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

IBADAT PUASA
Fasal (*) Fasal Kedua : KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN KEISTIMEWAANNYA
Kandungan (*)
Firman Allah Taala:



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..



"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)



Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:



_______________________________



1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.



7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)



(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)



_______________________________



1. Fath al-Bari (5:14).



Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:



8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)





8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)



(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.



______________________________



1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).



Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:



9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)





9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)



(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)



Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.



Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.



Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)



________________________



1. Al-Targhib (2:97) - Hadith Sahih menurut keterangan al-Hakim.



2. Mastika Hadith (1:79).



Lebih lanjut diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:



10- عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطُوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعَينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةِ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلَّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ أَوْ عَلَى شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلَهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ غَفَرَ اللَّهُ لَه وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النِّارِ، وَمَنْ سَقَى صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ. (رواه ابن خزيمة في صحيحه)





10- Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya (1): "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).



"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".



"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".



"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".



"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".



"Sababat-sababat Baginda berkata: "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".



"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".



"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: Pertama - mengucap:




أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله



Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:



أستغفر الله



Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:



نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.



"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)



(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).



Demikian mulianya dan berkatnya bulan Ramadhan dan demikian pula besarnya pahala yang diberikan bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan di sepanjang bulan yang membawa rahmat itu.

Friday, August 22, 2008

Kelebihan Lailatu Qadar

Jumaat 22 Ogos 2008/20 Syaaban 1429

Tinggal 10 hari lagu puasa tahun ini.

Kelebihan Lailatul Qadar

Bulan ramadhanmempunyai kelebihan serta keberkatan iaitu di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah btelah menjadikan puasanya satu fardhu dan mendirikan ibadat terutama solat di malam harnya satu amaln sunat.

Siapa memndekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu maamaln kebajikan di dalamnya (ramadhan) samlah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain dan siapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnay samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 fardhu di bulan yang lain, sedang dia adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya syurga; juga dia bulan yang memberkan pertolongan. Di samping itu dia adalah suatu bulan di mana Allah menambahkan rezeki para mukmin di dalamnya; Siapa memberi makannan berbuka di dalamnya kepada orang yang betpuasa, adalah yang demikian meruupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari iksaan Neraka.Seterusnya rang yangmemberikan makanan berbuka puasa baginya pahala seperti pahala orang yang menmgerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikit pun.

PENCARIAN Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadan masih belum berakhir dan umat Islam digalakkan supaya terus mengimarahkan adalah malam akhir bulan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT.

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam berkenaan dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana ganjaran pahala beribadat pada malam itu adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan keduanya, malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah SWT melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan adalah pada malam ganjil sesudah hari kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Kini tinggal hanya 10 hari sebelum kita berpuasa dan akan menempa lalitul Qadar pada salah satu malam di bulan tersebut.

Justeru, di samping kita membuat persediaan menyambut hari raya, jangan pula melupakan kepentingan merebut peluang akhir yang disediakan Allah, iaitu menggandakan pahala amalan pada malam Lailatul Qadar.

Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah tertentu seperti;

  • Allah SWT menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan.
  • Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat supaya kita berdoa sepanjang hari itu.
  • Allah SWT menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
  • Allah SWT menyembunyikan isim adzam di antara nama-Nya supaya kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna)
  • Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat.
  • Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
  • Allah SWT menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
  • Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.



Walau bagaimana pun berkaitan dengan Lailatul Qadar, ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam itu antaranya ialah:

  • Orang berkesempatan melihat malam al Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.



Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Taala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


WAKTU DAN TANDA-TANDA KEDATANGAN MALAM LAILATUL QADAR

Dari Ibnu Umar ra, ada beberapa orang sahabat Nabi Saw yang bermimpi bahwa Lailaitul Qadar akan datang pada pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda: "Aku juga melihat ru'yah kalian pada tujuh malam terakhir bulan tersebut. Maka barang siapa yang menginginkannya, dapatkanlah malam tersebut pada tujuh malam terakhir"

Lailatul Qadar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam, karena malam tersebut diakui sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada malam tersebut turunlah para malaikat (termasuk malaikat Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam tersebut akan penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.

Seperti halnya kematian, malam Lailatul Qadar juga dirahasikan keberadaannya oleh Allah supaya manusia mempergunakan seluruh waktunya untuk beribadah dan mengingatnya dengan tetap mawas diri setiap saat, selalu berbuat kebaikan dan taat kepada Tuhannya.

"Aku juga melihat Lailatul Qadar dalam mimpi seperti kalian yaitu pada tujuh malam terakhir" (dengan mempergunakan kalimat Tawaata'a). Hadis ini bersinggungan dengan sebuah hadis yang berbunyi: "Seseorang telah melihat malam Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi bersabda: "Dapatkanlah malam mulia itu, pada tujuh malam terakhir" (Dengan mempergunakan kata Ra'a). Riwayat Muslim menyatakan bahwa Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedang riwayat Bukhari ada yang melihat jatuh pada malam ketujuh dan ada yang melihat sepuluh terakhir.

Karena perbedaan kalimat pada kedua hadis tersebut (dalam riwayat Muslim mempergunakan kalimat Tawata'a sedangkan riwayat Bukhori tidak mempergunakan kalimat tersebut), timbullah perbedaan pendapat di antara para ulama dalam menentukan datangnya malam Lailatul Qadar, ada yang mengatakan pada tujuh malam terakhir dan ada juga yang mengatakan sepuluh malam terakhir. Padahal secara tidak langsung bilangan tujuh masuk ke dalam sepuluh, maka Rasulullah pun menentukan bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir, karena makna Tawaata'a pada hadis yang diriwayatkan Muslim berarti Tawaafuq (sesuai atau sama).

Sebagian ulama berpendapat bahwa yang dimaksud dengan tujuh di sini adalah tujuh malam terakhir bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ali ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seandainya kalian kehilangan hari-hari sebelumnya maka jangan sampai kalian melewatkan malam-malam terakhir bulan tersebut"

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda: "Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, apabila kalian merasa lemah atau tidak mampu melaluinya maka jangan sampai kalian kehilangan tujuh malam berikutnya" Dari berbagai versi hadis yang ada, telah terbukti bahwa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

Sebagian ulama berpendapat bahwa Lailatul Qadar jatuh pada malam dua puluh dua dan paling akhir jatuh pada malam dua puluh delapan, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori dari Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Akan tetapi malam Lailatul Qadar sendiri jatuh pada malam ke sembilan, tujuh dan lima Ramadhan (bilangan ganjil).

Dari riwayat hadis yang berbeda lahirlah pendapat para ulama yang beragam (tidak kurang dari empat puluh pendapat). Malam Lailatul Qadar mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali setelah berlalunya malam tersebut. Salah satu ciri atau keistimewaan tersebut adalah; terbitnya matahari seperti biasa akan tetapi memancarkan cahaya redup (tidak bersinar terang seperti biasa), berdasarkan sebuah hadis: dari Zur Bin Hubaisy, ia berkata: "Aku mendengar Ubay Bin Ka'ab berkata: "Barang siapa yang bangun di tengah malam selama satu tahun ia akan mendapatkan Lailatul Qadar" Ayahku berkata: "Demi Allah tidak ada Tuhan selain dia, malam itu terdapat di bulan Ramadhan, demi Tuhan aku mengetahuinya, tapi malam manakah itu? Malam dimana Rasulullah memerintahkan kita untuk bangun untuk beribadah. Malam tersebut adalah malam ke dua puluh tujuh, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih tidak bercahaya seperti biasanya".

Diriwayatkan dari Ibnu Khuzaimah dari hadis Ibnu Abbas: "Ketika Lailatul Qadar pergi meninggalkan, bumi tidak terasa dingin, tidak juga panas, dan matahari terlihat berwarna merah pudar" dan dari Hadits Ahmad: "Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi, dan rembulan bersinar" Dari hadis kedua kita dapat menyimpulkan bahwa ciri-ciri tersebut hanya ada pada waktu malam hari.

Malam Lailatul Qadar bukanlah malam yang penuh dengan bintang yang bersinar (sebagaimana diperkirakan orang) akan tetapi Lailatul Qadar adalah malam yang mempunyai tempat khusus di sisi Allah. Dimana setiap Muslim dianjurkan untuk mengisi malam tersebut dengan ibadah dan mendekatkan diri padanya.

Imam Thabari mengatakan: "Tersembunyinya malam Lailatul Qadar sebagai bukti kebohongan orang yang mengatakan bahwa pada malam itu akan datang ke dalam penglihatan kita sesuatu yang tidak akan pernah kita lihat pada malam-malam yang lain sepanjang Tahun, sehingga tidak semua orang yang beribadah sepanjang tahunnya mendapat Lailatul Qadar" Sedangkan Ibnu Munir mengatakan bahwa tidak sepantasnya kita menghukumi setiap orang dengan bohong, karena semua ciri-ciri tersebut bisa dialami oleh sebagian golongan umat, selayaknya karamah yang Allah berikan untuk sebagian hambanya, karena Nabi sendiri tidak pernah membatasi ciri-ciri yang ada, juga tidak pernah menafikan adanya karamah.

Ia meneruskan: Lailatul Qadar tidak selamanya harus diiringi keajaiban atau kejadian-kejadian aneh, karena Allah lebih mulia kedudukannya untuk membuktikan dan memberikan segala sesuatu sesuai dengan kehendaknya. Sehingga ada yang mendapatkan malam Lailatul Qadar hanya dengan beribadah tanpa melihat adanya keanehan, dan ada sebagian lain yang melihat keanehan tanpa di sertai ibadah, maka penyertaan ibadah tanpa disertai keanehan kedudukannya akan lebih utama di sisi Tuhan.

Ada sebagian pendapat yang mengatakan bahwa salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar adalah melihat segala sesuatu yang ada di bumi ini tertunduk dan sujud ke hadirat-Nya. Sebagian lain mengatakan pada malam itu dunia terang benderang, dimana kita dapat melihat cahaya dimana-mana sampai ke tempat-tempat yang biasanya gelap. Ada juga yang mengatakan orang yang mendapatkan malam Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan khutbahnya malaikat, bahkan ada yang mengatakan bahwa salah satu ciri tersebut adalah dikabulkannya do'a orang yang telah diberikannya taufik.


(Disunting dari al-Shiyâm fî 'l-Islam, karya Dr. Ahmad Umar Hasyim. Penyunting dan alih bahasa: Yessi Afdiani NA.)

Thursday, August 21, 2008

Ganjaran sedekah/infak

Khamis 21 Ogos 2008/19 Syaaban 1429

- 11 hari menjelang Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan Ibadah Puasa Ramadhan.


Marilah kita bersedia dari sekarang membersihkan hati dan beramal dengan mengharapkan keampunan Allah swt. Ya Allah rahmatilah umur kami dengan melanjutkan usia dan seterusnya dapat melaksanakan puasa Ramadhan tahun ini dengan melakukakan ibadat serta amal soleh, supaya dapat meningkatkan ketaqwaan serta serta mendapat rahmat, keampunan dan diajuhi dari siksa api nerakaMu Ya Allah. Amin

Jang lupa kelebihan bersedekah berinfak terutamanya sempena bulan ramadhan yang berlipatganda pahalanya. Berikanlah kepada mereka yang memerlukan dan berilah makan orang yang berbuka daripada puasanya dan buatlah amal jariah yang akan mendapat ganjaran seterusnya selagi barang yang didermakan dimanafatkan oleh mereka.

Firman ALLAH: (SURAH AL BAQARAH:261)

"UMPAMA ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SEPERTRI SEBUAH BIJI YANG TUNBUH MENKADI TUJUH TANGKAI, PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU BERBUAH SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN BAGI SIAPA YNAG DIKEHENDAKINYA. ALLAH MEMPUNYAI KURNIA LUAS, LAGI MAHA MEGETAHUI".

Allah memerintahkan hanmba-hambaNya supaya melakukan infaq dan membeanjakansebahagian rezeki yang telah dilimpahkan kepada mereka kepada fakir, miskin, orang-orang yang sangat memerlukannya dan untuk kebaikan dan lemanafaatan orang banyak, dan jangan berpeluk tangan atau berlaku kikir kerana takut habis hartanya atau susut bilangan dan banyaknya.

DiberitahukanNya bahaw Allah tetapt dan pasti membalas infaq atau belanja yang telah dikeluarkan hambaNya, akan dibalasnya dengan berlipat ganda. Allah membalas dengan caranya sendiri, baiik hambaNya sedar atau tidak sedar, balasannya telah melimpah kepadanya di dunia ini atau ditangguhkannya pada waktu yang ditentukanNya sendiri atau ditangguhkanNya pada hari akhirat kelak,

DiberitahukanNya bahawa Allah lah Maha Pemberi Rezeku itu, kerana rezeki itu dikembalikan lagi kepadaNYa. Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik dan berlipat ganda. Oleh keran itu janganlah hendaknya kita merasa ragu-ragu melakukan infaq/sedekah dan membelanjakan harta benda dan kekayaan yang lebih atau dianggap lebih dari keperluan sendiri dan keperluan orang-orang yang wajib ditanggungnya.

Mendahulukan kaum kerabat keluarga adalah lebih utama daripada kepada orang lain. Sesudah mereka barulah dilakukan kepada orang-orang fakir, miskin yang taat kepada Tuhannya.


Hikmah Infak/Sedekah

Posted on September 2nd, 2007 in 07 Tafsir Al-Qur'an by redaksi

1- Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.

2- Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

3- Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas

4- Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (Qs. Al-Israa’ [17]: 26-29)

Tafsir mufradat

Para ulama berpendapat bahwa, yang dimaksudkan dengan “mubadzir” ialah membelanjakan harta secara sia-sia. Sifat tabdzir sangat erat hubungannya dengan pemborosan, yaitu membelanjakan harta dengan sia-sia, yang tidak ada manfaatnya. ikhwan berarti saudara-saudara yang pada lazimnya, mempunyai hubungan yang sangat erat satu sama lain. Asy syayathin berarti syaitan-syaitan, yaitu makhluk Allah yang gaib (tidak dapat dilihat manusia), tetapi mereka dapat melihat manusia, dan mempunyai sifat jahat, mereka selalu mendorong manusia berbuat kejahatan.

Perkataan “ikhwan asy syayathin” termasuk ungkapan metaphor, yang menggambarkan bahwa, orang yang berbuat tabdzir (sia-sia) adalah seperti syaitan.
Biasanya orang yang melakukan kesalahan, baik disengaja atau tidak akhirnya akan menyesal.

Tafsir Ayat:

a. Sebab Nuzul
Sebab nuzul ayat tersebut di atas menurut ath Thabari, dari Abi Said al Hudri, setelah turun ayat:

Rasulullah memanggil Fathimah dan memberikan harta kepadanya untuk memenuhi kebutuhannya. Pada masa jahiliyah, bangsa Arab mempunyai adat kebiasaan mengumpulkan harta, kemudian dipergunakan untuk berpesta dan sebagainya, secara berlebihan, sehingga meninggalkan tuntunan Islam, lalu turunlah ayat:

Adapun ayat berikutnya, menurut Ibnu Mardawaih, dari Abu Umamah ia meriwayatkan, bahwa Rasulullah saw bersabda kepada ‘Aisyah: Belanjakanlah apa yang ada. Lalu ‘Aisyiyah berkata : kalau begitu tidak ada lagi sisanya. Kemudian turunlah ayat:

Maksudnya : Janganlah kamu terlalu kikir dan jangan pula terlalu pemboros.

b. Munasabah

Pada ayat sebelumnya, Allah SwT mewajibkan kepada kaum Muslimin untuk berbuat baik kepada kedua orang tua, ibu dan bapak. Kemudian, pada ayat ini Allah memerintahkan kepada mereka agar berbuat baik kepada saudara, kerabat dan bersilaturrahim, sebagaimana berbuat baik kepada kedua orang tua. Adapun munasabah (hubungan) antara ayat ini dengan ayat berikutnya ialah bahwa, pada ayat berikutnya, Allah SwT memerintahkan kepada kaum Muslimin agar selalu bersikap baik kepada siapa pun. Jika tidak dapat memberikan infak atau sedekah kepada saudaranya, sebab pada hakekatnya Allah-lah yang memberikan rizki dan Allah juga yang menahannya, Pada ayat lainnya Allah berfirman:

Artinya: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (Al-Baqarah [2]: 215).

Kewajiban memberikan infak kepada orang-orang yang memerlukannya diungkapkan pada ayat-ayat lainnya seperti pada surat Al-Imran [3]: 117, 134; An-Nisa [4]: 38,117 dan pada ayat-ayat lainnya.

Kemudian pada surat al-Isra [17] : 26 - 29, dijelaskan kembali, bahwa, memberikan infak dan sedekah merupakan kewajiban bagi kaum Muslimin yang berada, untuk orang-orang yang memerlukannya dengan tidak pandang agama suku atau etnik, dan tidak terlalu kikir dan tidak terlalu boros. Dimaksudkan dengan infak atau sedekah ialah suatu derma atau pemberian selain zakat.

Pada ayat di atas, Allah telah membuat ranking bagi mereka yang berhak menerima infak atau sedekah : yang paling utama adalah ibu bapak, sebab keduanya adalah orang yang paling berjasa kepada anak, mereka telah mengasuh anak sejak sebelum lahir hingga akhir hayatnya, bahkan, sesudah meninggal pun kedua orangtua tetap mendoakan agar Allah memberikan ampunan atas dosa-dosanya dan memberikan rahmat kepada anak-anaknya.

Kemudian saudara kerabat (dekat) seperti anak-anaknya, kakak-kakaknya, adik-adiknya, paman-paman dan keponakan-keponakan dan sebagainya.
Kemudian anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.

Urutan-urutan tersebut bukanlah merupakan syarat, maka apabila urutan yang pertama sudah tidak lagi memerlukan bolehlah dijatuhkan pada urutan berikutnya dan seterusnya.

Orang yang mampu dan dengan ikhlas mau mengeluarkan infak/sedekah, harus bersyukur kepada Allah SwT, sebab mereka akan diberi pahala yang berlipat ganda baik di dunia maupun di akhirat kelak, sebagaimana diungkapkan dalam firman-Nya.

Artinya: Perumpamaan (infak yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah [2]: 261).?

Para malaikat pun mendoakan agar harta yang mereka infakkan diganti dengan yang lebih banyak lagi, sebagaimana diungkapkan dalam suatu Hadits:

Artinya: Tidaklah hamba Allah yang bangun pagi setiap hari, melainkan turunlah dua malaikat. Berkatalah salah satu di antaranya : Ya Allah, berilah ganti orang yang memberikan infak, dan yang satu lagi berkata : Ya Allah, berilah kebinasaan orang yang menahan infak. (Diriwayatkan oleh Muslim, No. 5111010).

Tentu saja harta yang diinfakkan haruslah harta yang thayyib (bersih) dan halal, sebab Allah tidak akan menerima kecuali hanya yang thayyib, seperti ditegaskan dalam suatu Hadits yang artinya: Dari Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Hai manusia, sesungguhnya Allah adalah thayyib, tidak menerima kecuali hanya yang thayyib, dan sesungguhnya Allah menyuruh orang-orang mukmin untuk melakukan apa yang Dia perintahkan kepada para utusan. (Diriwayatkan oleh Muslim No. 65/1015).
Allah menghendaki agar kaum Muslimin semuanya sehat lahir dan batin, jasmani dan rohani, karena itulah mereka harus mengkonsumsi makanan yang thayyib, bersih dan halal, serta memakai pakaian dan peralatan yang thayyib lagi halal.
Dengan infak/sedekah, sesuai dengan tuntunan Allah dan Rasul-Nya, diharapkan dapat meringankan para dhuafa, dan dapat terjalin silaturrahmi serta memperkokoh ukhuwah islamiyyah.l

Sunday, August 17, 2008

Mengingati Allah

Ahad 17 Ogos 2008/16 Syaaban 1429

Yang dimaksudkan zkir ialah - mengagungkan Allah, mensucikanNya, mengucapkan "Allah, Allah...", memngucapkan tasbih (subhanallah..) dan melaklukan pujian kepadaNya denhgan segala macam bentuk dan upa atau cara.

Zikir dapat dilakukan dengna lisan dan juga hati.

1. Zikir dengan lisab bererti mengulang-ukang namaNya , sifat-sifatNya atau puji-pujian kepadaNya. Untuk dapat kekal danentiasa melakukanny, hendaklah dibiasakannay atau dilakukan berkali-kali dan berulang-ulang. Oleh iutu perlulah selalu zikir (ingat) kepada Allah, dengan meltih dan membiasakan lidah untuk tetap mengucapkan zikir dan diharapkan akan terus ke hati.

2. Zikir dengan hati ialah menghadirkan kebesaran dan keagunganNya di dalam diri dan jiwanya sendiri sehingga mendarah daging. Yang selalu diingatinya ialah Tuhannya dengan lafaz Allah serta ingat akan kebesaran dan keagungan Allah dalam hati dan sanubarinya.

Hubungan antara lisan dan hati dalam hal zikir sangatlah baik, kerana apabila diamalkan dengan sendirinya akan meningkat menjadi zikir a'dla'a ertinya seluruh anggota badannya akan terpelihara dari berbuat maksiat kerana zikir kepada Allah.

Allah berfirman dalam hadis Qudsi;
" Wahai anak Adam! Apabila engkau ingat padaKu dalm keadaan sunyi sepi, Aku aklan ingat pula kepadamu dalam keadaan sepi. Dan apabila engkau ingat kepadaKu di tengah khalayak ramai, Aku akan ingat pada mu di tengah khalayak ramai., Aku akan ingat pula kepadamu di tengah khalayak ramai yang lebih baik dari tempat engkau ingat kepadaKu"

(H.Q.R. Bazzar yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a)

Saturday, August 16, 2008

Mengingat Allah.

Hari Sabtu, 16 Ogos 2008/14 Syaaban 1429,...Hari {Penamaan Calon Plihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Mengingat Allah.
Allah berfirman dalam Hadis Qudsi

"Wahai Anak ADAM .! aPABILA ENGAKAU INGAT PADA kU DALAM KEADAAN SUNYI SEPI, aKU AKAN

ms 77, Hadis Qudsi, KHM Ali Usman.. Diponegoro, Bandung 1976.
BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini. - Utusan.

Friday, August 15, 2008

Keagungan dan kebesaran Allah

15 Ogos 2008/13 Syaaban 1429 - 17 hari lagi menjelang ramadhan.

Keagungan dan Kebesaran Allah

Allah berfirman dalam hadis Qudsi,

"Kerperkasaan dan kemuliaan itu ibarat kainKu. Keagungan dan kebe4saranitu ibarat selendangkaKu. Barangsiapa berusaha menyamai Aku sedikitpun niscaya akan Kusiksa"

(H.QR. Muslim dan Abu Sa'ad dan riwayat Samuwaih dari Abu Sa'id dan juga riwayat Thabrani yang bersumber dari Ali r.a)

Di dalam hadis Qudsi ini dikemukakan 2 sifat khusus yanh ditonjolkan yang hanya dimiliki oleh Allah swt iaitu sifat izzah (keperkasaan dan kemuliaan) dan sifat Kibrnya (keagungan dan kebesaran).

Ada sifat lain yang kadang-kadang makhluknya boleh bersifat dengan sifat itu sebagai pinjaman sementara dan buken menurut hakikat yang sebenanya,s eperti sifat kasih sayang (rahman) pemurah (karim).

Kedua sifat yang disebutkan di atas diibaratkan oleh Allah sebagai kain sarung dan selendang, yang sudah tentu tidak boleh direbut, dipakai atau digunakan oleh yang lain.

Perumpamaan itu semata-mata hanyalah untuk mendekatkan pengertiannya kepada akal kita sebagai makhluknya. Barang siapa yang hendak menyamakanNya atau menyekutuiNya, dirinya akan dilemparkan Allah ke dalam neraka dan disiksa setimpal dengan perkosannya.

Tegasnya orang yang yang kebetulan dianugerahi kemuliaan, misalnya kenaikan pangkat, kedudukan tinggi dalam jawatan, wakil rakyat, kekayaan dan lain-lain, tidak menyalahgunakan anugerah tersebut sehingga seolah-olah berkuasa mutlak, menunjukkan gagah, menganggap ia nya berkuasa takabur dan seumpamanya. Besikap dengan sifat-sifat yang sementara sedemikian seseorang itu sudah menyekutukan sifat Tuhan, berdosa kepada Tuhan, durhaka dan menyombong kepada Tuhan yang Esa.

Oleh itu Wahai Allah, berilah kami sifat ikhlas. Jauhkanlah kami dari sifat ria'. takkabbur dan sombong serta sifat-sifat atau perbuatan yang mendekati perbuatan menyekutukan Engkau, Ya Allah, ya Ar-hamarrahimin. Amin.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Thursday, August 14, 2008

nilai Puasa ramadhan

Nilai Puasa
Khamis, 14 Ogos 2008/ 12 Syaaban 1429

Rasulullah saw dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt berfirman maksudnya,

"Semua amal perbuatan Bani Adam menyangkutr dirinya peribadi., kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu, dan kerana itu Akulah yang langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai pada hari melaksanakan puasa, janganlah yang berpuasa mengucapkan kata-kata kotor, tidak sopan, dan tidak enak didengar, dan jangan pula ribut hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kamu memakinya atau mengajak berkelahi, hendaklah katakan kepadanya; ": Saya sedang berpuasa". Selanjutnya Nabi saw bersabda. " Demi Tuhan yang diri Muhammad di dalam kekuasaaanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kesturi" Dan bagi orang puasa tersedia dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana bukanya dan gembira ketika kelak menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya".
(H.Q.R. Syaikhani, Nasa'i dan Ibnu Hibban yang bersumber dari Abi Hurairah)

Pengajarn dari hadis di atas antaranya:

1. Memelihara lidah an anggota badan lainnya dari perbuatan maksiat spt mencela, mengumpat, dll.

2. Menjaga diri jandan samapi terlibat dalam pertengkaran/perkelahian.

3. Bukan sahaja puasa menahan lapar, tapi juga menahan dari yang diharamkan Alllah swt dan yang tidak diredhaiNya.

4. Berpuasa mempunyai 2 kegembiraan, kegembiraan di dunia iaitu berbuka dengan nikmat makanan dan diahkirat gembira keraan mendapat balasan yanag dijanjiukan Allah swt

5. Nilai di sisi Allah sangat tinggi nilainya, Mulut orang yang berpuasa, akibat perut kosong walupun bau busuk tapi lebih wangi dari kesturi di sisi Allah.

Wednesday, August 13, 2008

Nilai Puasa

Asas agama ma'rifatullah

13 Ogos 2008/ 11 Syaaban 1429

Mengenal Allah................

Mengenal Allah atau ma'rifatullah ialah mengetahui dan mempercayai dengan yaqin tentang wujudnya Allah swt. Allah sebagai pencipta dan pentadbir seluruh alam bersifat dengan segala sifat kesempurnan.

Mengenali Allah dapat diasaskan daripada dalil-dalil seperti dalil fitrah, dalil 'akal, dan dalil wahyu.

Ma'rifah dan beriman kepada Allah adalah kewajipan agama setgiap mukalaf. Tanpa iman semua amalan akan menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah.

mengenal A;lah disebut juga sebagai mentauhidkan Allah. Tauhid bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Tauhid Ar Rububiah
2. Tauhid Al Uluhiyah
3. Tauhid Al Asma was sifat.

Huraian:

1. Tauhid Ar Rububiyah : ialah beriman bahawa Allah sahajalah yang memiliki, mencipta dan mentadbior alam ini dan seluruh makhluk.

Firman Allah yang bermaksud, "Ingatlah mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah Tuahna seluruh Alam" (S. Al I'raf: 54)

Rububiyah juga bererti kita beri'tikad segala sesuatu yang berlaku kepada makhluk seperti hidup dan mati, mendapat mudharat dan manafat, selamat dari bala bencana dan sebagainya adalah dengan kehendak Allah, FirmanNya,
"Hanya Allah yang menghidup dan mematikan. Allah Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan"
- (s. Ali Imran: 156)

2. Tahuhid Al Huluyliyah: Ia lah beiktikad bahawa Allah sahaja yang berhak disembah, sama ada ibadat zahir atau bathin. Ibadat zahira seperti solat, doa dan nazar. Ibadat bathin seperti harapan (Ar rijaa) takut ( AlKhauf) dan ikhlas.

3. Tauhid Al asma wasifat. ialah dengan secara ajmali dan tafsili. Ajmali ialah bahawa Allah swt bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan bersih daripada segala sifat kekurangan dan sifat-sifat yang tidak layak dengan kebesaran dan kekurangannya. Manakala secara tafsilinya ialah beriman dengan segala nama dan sifat Allah yang dikenali dengan Asmanul Husna. Kita juga wajib beriman bahawa sifat-sifat tersebut khusus bagi Allah serta tidak serupa dan sama dengan mana-mana sifat makhluk.


Petikan hadis dari Mastika Hadis.




1- عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

1- Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum: Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى )

Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): ..."Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah supaya mereka mengakui keEsaan Allah Taala..."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ )

Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas) ibadat kepada Allah. .."
(البخاري ومسلم)
(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.
(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.
(3) Dakwah Islamiah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.
(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Huraiannya:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.
Islam - sebagaimana yang sedia maklum - adalah agama yang berasaskan i'tiqad atau kepercayaan mengenal perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, yang wajib dipegang teguh oleh setiap penganutnya.

Untuk meresapkan sesuatu kepercayaan ke dalam hati, tak dapat tidak berkehendakkan kebijaksanaan dan cara yang sebaik-baiknya dalam masa menjalankan dakwah dengan memberi penerangan yang jelas dan berkesan, sesuai dengan keadaan zaman dan keadaan orang-orang yang ditujukan dakwah Islamiah itu kepadanya.

Aqidah kepercayaan tidak akan dapat dimasukkan ke dalam jiwa seseorang dengan jalan kekerasan atau paksaan dan Islam tidak dikira sah jika seseorang itu pura-pura Islam pada zahirnya sedang hatinya kosong dari aqidah kepercayaan yang diakui dan diyakininya.
Dengan itu nyatalah tidak benarnya orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebarkan Islam dengan pedang kerana kuasa pedang tidak dapat memasukkan kepercayaan ke dalam hati seseorang. Peperangan Jihad yang pernah dilancarkan oleh Baginda s.a.w. adalah untuk membela Islam dan umat Islam dari pencerobohan musuh.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

Dakwah adalah satu tugas yang penting dalam Islam kerana kepadanyalah bergantung maju mundurnya perkembangan Islam. Oleh itu maka pihak yang berkuasa bertanggungjawab melantik orang-orang yang layak menjayakannya.
Rasulullah s.a.w. telah melantik orang-orang yang menjalankan tugas ini dari kalangan guru-guru agama, pegawai-pegawai daerah dan lain-lainnya. Di antaranya ialah Mu'az bin Jabal yang tersebut perihalnya dalam hadis ini.

Mu'az diutuskan oleh Baginda s.a.w. ke negeri Yaman pada tahun yang kesepuluh hijrah - sebelum daripada Baginda berangkat ke Mekah untuk menunaikan "Haji Wadaa".
Mu'az dipilih oleh Baginda s.a.w. menjalankan tugas dakwah Islamiah di negeri Yaman bukan sahaja kerana kelayakannya sebagai seorang ahli agama yang pengetahuannya mendalam tentang Islam tetapi juga kerana ia berasal dari Yaman yang mengetahui selok belok negeri itu dan tabiat serta adat resam penduduknya.

Mu'az ditugaskan menjalankan dakwah kepada sekalian penduduk daerah Yaman yang masih belum Islam dan oleh kerana di antaranya golongan ahli kitab (kaum Yahudi) yang pada umumnya berilmu pengetahuan, maka Baginda s.a.w. mengingatkan Mu'az supaya ia bersedia menghadapi mereka dengan cara yang lain dari cara menghadapi orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan.

(3) Dakwah Islamlah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.

Nabi Muhammad s.a.w. diutus oleh Allah Taala kepada umat manusia seluruhnya. Tiap-tiap seorang yang hidup dalam zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian, sama ada ia Yahudi, atau Nasrani, atau penyembah berhala atau lain-lainnya, wajib beriman kepada Baginda s.a.w. dan menerima agama Islam yang dibawanya.
Tiap-tiap seseorang tidak sah imannya kepada Allah Taala selagi ia tidak beriman kepada sekalian Rasul-Nya - mulai dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Kaum Yahudi dan Nasrani yang dipanggil dengan nama "Ahli Kitab" (pengikut kitab-kitab Taurat dan Injil), bukan sahaja telah mengubah dan merosakkan ajaran kitab-kitab mereka tetapi telah menyeleweng dari i'tiqad Tauhid yang sebenar.

Mereka mendakwa bahawa mereka beribadat kepada. Allah Taala, tetapi "Allah" menurut fahaman mereka yang telah rosak itu hanyalah nama sahaja bukanlah Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang diterangkan oleh Allah sendiri di dalam al-Qur'an dan diterangkan oleh rasul-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu.

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Islam ialah agama ciptaan Allah yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w terkandung hukum-hukum dan amalan-amalan meliputi segala bidang hidup, dari perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu bergantung kepada satu asas yang penting - "Marifat Allah", iaitu mengenal Allah Subhanahuwataala dan mengakui keEsaanNya.
Hakikat ini telah disimpulkan oleh ulama Tauhid dalam kalimah "Awalud Din Ma'rifat Allah" (asas agama ialah mengenal Allah), iaitu intisari dari maksud hadis yang kami sebutkan dalam bab ini.

Jelasnya, sebagaimana sesebuah bangunan bergantung kepada asasnya tentang teguh kukuh atau tidaknya, maka demikianlah pula halnya "Ma'rifat Allah" itu, tiap-tiap seorang wajib memahaminya supaya meresap dan sebati dalam jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan dan gerak langkahnya untuk memikul tanggungjawab menjalankan hukum-hukum Islam dan amalannya.

Sekiranya asas Ma'rifat ini tidak kukuh dan hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya seseorang itu tidak merasa bertanggungjawab dalam menjalankan hukum-hukum dan amalan yang tersebut dengan sepenuhnya.
Ma'rifat Allah wajib pada syarak dan juga wajib pada akal.

Tiap-tiap seorang manusia apakala ia lahir ke alam wujud ini, ia akan dapat menerima berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung.
Di antaranya ialah tubuh badannya dilengkapkan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga dan lain-lainnya yang tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia sendiri atau makhluk-makhluk yang lain

Maka tidaklah patut bagi orang yang menerima nikmat itu kalau ia tidak mahu mengenal siapakah pemberinya dan tidak mahu bersyukur akan pemberian yang sangat-sangat berharga itu.

Sikap yang demikian, tak dapat disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang berakal siuman yang menggunakan akalnya dengan jujur. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan nikmat pada bukan tempatnya dan ia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu kepadanya. Kerana sikap yang demikian menggambarkan ketiadaan peri kemanusiaan.

Allah Taala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, yang melimpahkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk, telah mengingatkan manusia supaya mengenal-Nya dan mengakui keEsaanNya, dengan firmanNya : فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُyang maksudnya memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha mencari jalan mengenal-Nya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya, dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini.
Dengan ini jelaslah bahawa "Ma'rifat Allah" (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman.

Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-nikmat pemberian-Nya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan "Fitrah insaniah" (keaslian perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Taala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri.

Jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat.

Cara mengenal sesuatu sudah tentu dengan jalan mengenal sifat-sifatNya. Maka demikianlah pula cara mengenal Allah Taala, yang wajib al Wujud, tak dapat tidak dengan jalan mengenal sifat-sifat-Nya. Tetapi sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa itu tidak dapat dicapai dengan pancaindera, hanya dapat diyakini dari kesan sifat-sifatnya yang ternyata pada kejadian-kejadian alam yang diciptakan-Nya.

Meskipun manusia dilengkapkan dengan akal untuk memikir dan menimbang apa yang diperhati dan ditelitinya dari kejadian-kejadian alam yang tercipta dengan indah dan teratur, bahkan manusia disuruh berbuat demikian untuk kebaikan dan keselamatan dirinya di dunia dan di akhirat, tetapi akal manusia itu adalah terbatas setakat perkara-perkara dan benda-benda yang ada dalam alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera dan alat-alatnya sahaja. Maka dengan keadaannya yang demikian, sudah tentu ia tidak dapat memikirkan sama sekali tentang zat Allah Taala yang bukannya dari jenis-jenis benda dan tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya.

Oleh sebab itulah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutus oleh Allah Taala untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, telah menerangkan tentang cara menggunakan fikiran untuk "mengenal Allah" dalam beberapa hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Ibn Abbas, Abu Zar dan Ibn Umar r.a.