Wednesday, March 28, 2012

Bertambahan Iman dan mendapatkan ketenangan jiwa melalui Al Quran dan amal soleh yang lain.

Firman Allah swt dalam Surah Al Anfaal:

Ayat 2: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Ayat 3:Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang... mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Ayat 4: Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

Huraian:

Sebagai mokmin kita hendaaklah menjadikan Al Quran teman ynag terbaik dengan berinteraksi dengannya, sama ada dlam bentuk bacaan, mendengar, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Melalui berinteraksi dengan Al Quran, seseorang itu dengan mendengar bacaan Al quran sahaja sudah membuat keimanannya bertambah, bukan sahaja sekadar ketenangan jiwa sebagaimana ayat 2 di atas.

Orang-oranag yang menghampirkan dirinya dengan Allah bersolat, mengeluarkan zakat serta ibdat-ibadat yang lain akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi , keampunan dan ditempatkan di syurga yang penuh ketenangan lagi abadi. Oleh itu Allah memanggil orang yang jiwanya tenang untuk masuk ke SyurgaNya , sebagaiman firmanNya ynag bermaksud:
Firman Allah Surah Al Fajr:27-30.

Ayat 27: "Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Ayat 28: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Ayat 29: “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

Ayat 30: “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

No comments: