Wednesday, March 30, 2011

Rabu 30 Mac 2011/25 Rabiulakhir 2011

Tuesday, March 29, 2011

29 Mac, 2011/24 Rabiulakhir1432

Monday, March 28, 2011

Urusan sedekah

Isnin,28 Mac 2011/23 Rabiulakhir 1432

Dari Abi Zar ra jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah saw, berkata kepada Nabi saw: Ya Rasulullah! orang-orang yang mempuyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka solat sebagiamana kami solat dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka.

Berkata Rasulallah: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersdekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap- tiap tahmid itu sedekah,dan tiap-tiap tahlil itu sedeah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan melarang daripada yang mungkar itu sedekah dan kepada kemaluan seseorang kamu itu pun sedekah.

Berkata mereka; Ya Rasulullah! adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adakah baginya pahala pada perbuatnnya itu?

Berkata Rasulullah: Apakah pendapat kamu kalau dugunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala"

-( HR Muslim)

Sunday, March 27, 2011

Ucapan selamat melahirkan dan jawapannya

Ahad, 27 Mac 2011/22 Rabiulakhir 1432.

Ucapan selamat melahirkan dan jawapannya.


Sunat mengucapkan selamat atas lahirnya anak seseorang kepada ibubapanya. Para ashhab mengatakan sunat mengucapkan selamat itu berdasarkan riwayat Husain ra;


"Sesungguhnya ia mengajar seseorang bacaan tahniah (ucapan selamat) ia berkata; Ucapakanlah;

" Semoga Allah memberi berkat kepadamu pada pemberiannya, semoga kau syukuri Yang Memberi, semoga anak ini menjadi dewasa dan bakti kepadamu"

Disunatkan pula menjawab ucapan selamat itu dengan:

"Semoga Allah memberi berkat kepdamu, semoga Dia meberi berkat atasmu, semoga Allah membalaskan kebaikanmu, semoga kau diberi rezeki seumpamanya (atau) semoga Allah melipat gandakan pahalamu", dan jawapan lainnya yang serupa.

Thursday, March 24, 2011

Sedekah berpahala kalau niat baik walaupun tidak pad

Khamis, 24 Mac 2011/19 Rabiulakhir 1432

Terjemahan hadis Nabi saw:

Sedekah berpahal kalau niat baik walaupun tidak pada tempatnya.

Daripada Abu Hurairah bahawa Raslullah saw telah bersabda: Telah berkata seorang lelaki: Demi sesungguhnya aku hendak bersedekah dengan satu sedekah lalu ia keluar dengan membawa sedekahnya itu maka diletakanya pada tangan pencuri. Kemudian berpagi-pagi mereka (orang ramai) menceritakan bahawa engkau bersedakah kapada pencuri! Lalu ia berkata: Hai Tuhanku, Bagai engkaulah pujian.

Sesungguhnya aku hendak sedekah dengan satu sedekah. Lalu ia keluarkan dengan sedekahnya itu maka ia letakkan pada tagan peermpuan zina.Maka berpagi-pagi mereka itu menceritakan: Engkau bersedekah semalam ke atas perempuan zina! Maka berkata ia: Wahai tuhanku! Bagi engkau pujian, sesungguhnya aku hendak bersedekah dengan satu sedekah. Maka keluar ia dengan sedekahnya lalu diletakkannya pada tangan orang kaya. Kemudian berpagi-pagi mereka itu menceritakan: engkau bersedakah kepada orang kaya! Maka berkata ia; Wahai Tuhanku, Bagi engkau pujian atas pencuri dan atas perempuan zina dan atas orang kaya.

Maka didatangi kepadanya lalu dikatalan baginya: Ada pun sedekah-sedekah engkau kepada orang pencuri itu mudah-mudahan ia kan berhenti daripada mencurintya. Adapun pada perempuan zina iitu mudah-mudahan ia akan berhenti daripada pekerjaan zinanya dan adapaun kepada orang kaya itu mudah-mudahnya ia akan mengambil iktibar (teladan), lalu ia pun belanjakan daripada harta yang diberikan kepadaya oleh Allah azwajal (untuk kebaikan pula)"

-(HR Imam Bukhari)

Wednesday, March 23, 2011

Rabu, 23 Mac 2011/18 Rabiulakhir 2011

Tuesday, March 22, 2011

Selasa, 22 Mac 2011/17 Rabiulakhir 1432

Monday, March 21, 2011

Isnin, 21 Mac 2011/16 Rabiulakhir 143an

Sunday, March 20, 2011

15 perkara jika dihalalkan berlakulah bencana

Ahad, 20 mac 2011/15 Rabiulakhir 2011

Lima Belas Perkara Mendatangkan Musibah & Bala Bencana

Dari Ali bin Abi Thalib Ra berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka halal baginya (layaklah) ditimpakan kepada mereka bencana.” Ditanyakan, apakah lima belas perkara itu wahai Rasulullah?

Rasulullah Saw bersabda: “Apabila…

Harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik pribadi,
Amanah (barang amanah) dijadikan sebagai harta rampasan,
Zakat dianggap sebagai cukai (denda),
Suami menjadi budak istrinya (sampai dia),
Mendurhakai ibunya,
Mengutamakan sahabatnya (sampai dia),
Berbuat zalim kepada ayahnya,
Terjadi kebisingan (suara kuat) dan keributan di dalam masjid (yang bertentangan dengan syari’ah),
Orang-orang hina, rendah, dan bejat moralnya menjadi pemimpin umat (masyarakat),
Seseorang dihormati karena semata-mata takut dengan kejahatannya,
Minuman keras (khamar) tersebar merata dan menjadi kebiasaan,
Laki-laki telah memakai pakaian sutera,
Penyanyi dan penari wanita bermunculan dan dianjurkan,
Alat-alat musik merajalela dan menjadi kebanggaan atau kesukaan,
Generasi akhir umat ini mencela dan mencerca generasi pendahulunya;
Apabila telah berlaku perkara-perkara tersebut, maka tunggulah datangnya malapetaka berupa; taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang diatasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tananh longsor), dan perubahan-perubahan atau penjelmaan-penjelmaan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.”
(HR. Tirmidzi, 2136)

Itulah perkara-perkara yang menyebabkan suatu negeri mengalami kekacauan, kehancuran, kesempitan, kemelaratan, perseteruan, dan perpecahan satu sama lainnya, antara rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan penguasa. Korupsi dan ketidakadilan merajalela, segala macam penyakit bermunculan menimpa manusia, yang benar-benar menyulitkan dan membinasakan kehidupan manusia, hewan dan tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah Saw berdoa agar sahabat-sahabatnya tidak menjumpai keadaan yang demikian dahsyat dan terpuruknya. Dari semua perkara yang menyebabkan datangnya siksa dan azab itu. Insya Allah akan berakhir jika manusia dan kaum Muslimin khususnya kembali kepada Allah dan Rasul Nya, berpegang teguh kepada Dinullah (Islam yang sebenar-benarnya, menurut Al Qur’an dan As Sunnah) mengikut petunjuk Rasulnya.

Saturday, March 19, 2011

Sabtu, 19 Mac 2011/14 Rabiulakhir 1432

Friday, March 18, 2011

Pengertian Iman dan Islam.

Jumaat,18 Mac 2011/13 Rabiulakhir 1432

Pengertian Iman dan Islam.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujarat: 14, yang bermaksud:

"Orang -orang dusun itu berkata:

Kami beriman (percaya). Katakan: Kamu belum percaya, tetapi katakanlah bahawa kamu islam (tunduk)" (ertinya kamu telah menyerah diri pada zahirnya)

Huraian:

1. Iman di sini ialah meianmbenarkan dengan hati sahaja.

2. Islam di sini ialah menyerah pada zahir dengan lidah dan anggota tubuh anggota sahaja.

Islam sebenar ialah penyerahan secara zahir , dengan perkataan dan perbuatan.

3. Iman adalah salah satu dari perbuatan dan imanlah yang paling utama daripadanya. Dan Islam itu ialah menyerah, adakalanya dengan hati, adakalanya dengan lidah dan adakalanya dengan anggota badan (perbuatan).

Dan yang paling utama ialah dengan hati iaitu pembenaran, yang dinamai IMAN.

4. Maksud hadis Nabi saw:

"Akan keluar daripada api neraka, siapa yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada Iman"

Iman di sini difahamkan termasuk ikatan dengan hati, pengakuan dengan lidah dan mengerjakan dengan anggota badan. Barangsiapa yang mengumpulkan di antara 3 perkara tersebut, maka tidak adalah perselisihan lagi bahawa tempatnya di dalam syurga

Wednesday, March 16, 2011

Langit dan Bumi dan sekalian makhluk bertasbih kepada Allah.

Rabu 16 Mac 2011/11 Rabiulakhhir 1432

Firman allah swt dlam suarah Al Ira' yang bermaksud:'

" Langit dan tujuh bumi serta sekalian makhluk yang ada dalamnya, sentias mengucap tasbih baginya, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih denghan memujinya. akan tetapi kamub tidka faham akan tasnbuh mereka. sesungguhnya Dia adalah amat penyabar lagi Amat pengampun."

1. Langit dan bumi dan segala isnya menyatakan dan menunjukkan keesaan Allah swt dan kekuasaannNya. Tetapi orang-orang yang mempersekutkan Allah tidak mahu memahami akan bukti-bukti yang terang nyata itu. Dalam pada itu, Allah Amat Penyabar daripada membalas kekufuran mereka, untuk memberi tempuh supaya mereka kembali ke jalan yang sebenar. Allah juga Amat Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Tuesday, March 15, 2011

Ayat Al Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman

Selasa, 15Mac 2011/10 Rabiulalkhir 1432

Firman Allah swt dalam Surah Al Isra': 82;

" Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al- Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmnat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan sebaliknya Al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".

Huraian:

1. Al Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNYa, kerana merekalah lah sahaja yang percaya kepadaNya d, an mematuhui ajaranNya. Al Quran menjadi ubat penawar bagi penyakit-penyakit rohani seperti i'tiqad-i'tiqad kepercayaan yang sesat dan akhlak yang buruk. Ia juga menjadi ubat penawar dengan syarat kita yaqin dengan sepenuhnya, serta mematuhui perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya. Banyak hadis -hadis Nabi saw yang menerangkan hakikat ini, yang membuktikan bahawa Rasulullah saw dan sahabat-shabatnya telah mengamalkannya.

Sunday, March 13, 2011

Jangan menghampiri zina

Ahad, 13ac 2011/8 Rabiulakhir 1432

Allah melarang manusia menghampiri zina, apalagi perbuatan melakukan zina itu, keran yang demikina bukan sahaja satyu perbuatan ynag terang kejinya tetapi juga menimbukkan berbagai kerosakan dalam masyarakat. Di antaranya merosakann nasab keturunan, mengembangkan pehyakit yang merbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan, kerana suami atau waris sudah tentu akan menyerang lelaki yang berzina dengan isterinya atau dengan perempuan yang menjadi daging darahnya.

Sebagaimana yang yang difirmankan di dalam Al Quran; Surah Al Isra':630:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Friday, March 11, 2011

Al Quran sepabagi panduan dan petunjuk bagi orang beriman

Jumaat,11 Mac 2011/6 Rabiulakhir 1432

Al Quran yang dibawa oleh oleh Nabi Muhammad saw adalah dibawa oleh Malaikat Jibril dari Allah swt untuk memandu keimanan dengan isinya mengandungi dalil-dalil tegas yang membuktikan keesaan Allah swt yang menguasai seluruh alam dan keluasan ilmunya, dan memberi galakkan supaya mereka memerhati dan menyelidik alam langit dan bumi,dan berisi pula dengan undang-undang yang memajukan umat manusia meliputi akhlaknya, kebudayaanya dan ilmu pengetahuannya, ke peringkat yang tidak dapat ditandingi oleh umat yang lain.

Sebagimana Firman asllah swt :

"Katakan (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruh Al Qudus (Jibril) dari Tuhanmu, dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk meneguhkan iman orang-oarang ynag beriman, dan untuk menjadi hidayah pertunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam".

- (Surah An Nahl: 102)

Kesimpulan:

Al-Quran bukan sahaja menjadi petunjuk hidayah bagi umat Islam, untuk mencapai kemajuan dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat, tetapi juga membawa berita gembira kepada mereka tentang sebaik-baik balasan yang disediakan untuk mereka di sisi Allah swt.

Wednesday, March 9, 2011

Anak Soleh/Solihah

Rabu,9 Mac 2011/4 Rabiulakhir 2011

Antara Ciri-ciri anak yang soleh/solehah sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al Isra' ayat 23-24, yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "husy" (bah. ah) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu aku kecil"

Tuesday, March 8, 2011

Hak kerabat, orang miskin dan orang musafir

Selasa 8, Mac 2011/3 Rabiulakhir 1432

Dalam surah Al Isra' Ayat 26-28, Allah swt berfirman:

26. " Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang yang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelnjakan hartamu dengan boros yang melampau-melampau."

27. "Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"

28. Dan jika engkau terpaksa berpaling, tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari tuhanmu yang engaku harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati".

Pengajarannya:

1. Hak kaum kerabat ialah menguatkan tali silaturrahim dengan mereka, bergaul mesra dengan mereka dan membantu mana-mana yang memerlukan bantuan. Orang-orang miskin dan orang-orang musafir juga berhak mendapat bantuan. Dalam pada itu membelanjakan hartabenda itu pada bukan tenmpatnya adalah perbuatan bosros yang dikeji oleh syara'.

2. Orang yang membelanjakan hartanya dengan boros pada jalan yang dlarang oleh Allah bermakna kufurkan nikmat Allah, yakni tidak syukur akan nikmat-nikmat pemberiannya itu. Keadaan mereka yang demikian samalah seperti syaitan yang sangat kufur kepada Tuhannya kerana ia telah menghabiskan dengan boros segala daya usahnya yang diberikan Allah itu untuk menyesatkan manusia dan menghasut mereka menderhaka kepada Allah swt.

3. Jika kita tidak mampu hendak memberikan apa-apa kepada kaum kerabat, atau orang-orang miskin, atau orang-oarang musafir yang memerlukan bantuan, lalu kita tidak melayan mereka kerana menunggu kedtangan rezeki dari limpah kurnia Allah yang diharap-harapkan, maka pada saat itu janganlah kita memperkatakan sesuatu yang mengecilkan hati mereka, tetapi hendaklah berkata kepada mereka dengan cara yang baik dan berterus-terang, seprti dikatakan:
" Maafkanlah, tak dapat saya memberi apa-apa pada masa ini. Insya Allah pada kali yang lain jika ada, saya beri".

Sunday, March 6, 2011

Berlaku adil dan berbuat kebaikan

Ahad 6 Mac 2011/1 Rabiulakhir 1432


Firman allah swt dalm Surah An nahl: 90 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya".

- (Surah An Nahl: 90)

Huraian:

Allah swt memerintahkan kita berlaku adil dalam segala perkara, sebab itulah umat Islam disifatkan Allah sebagai "Umat Wasata" (Umat yang adil).

Kita diperintahkan menjalankan dasar "Ikhsan" (berbuat kebaikan", yakni segala perkara yang dilakukan, samada mengenai ibadat atau lainnya hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan sempurna "Ikhsan". Juga bermakna memberi pertolongan kepada orang lain yang memerlukan pertolongan, membalas budi orang dengan sebaik-baiknya, dan memaafkan kesalahan orang yang dilakukan kepada kita.

PerintahNya yang ketiga dalam ayat ini ialah: hendaklah kita membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan, kerana merekalah yang perlu diutamakan.
Di samaping itu ktta dilarang daripada melalakukan "perkara yang keji" yang termasuk dalam dosa-dosa besar seperti perbuatan zina dan sebagainya; dan dilarang daripada melakukan segala perkara yang 'mungkar' yakni perkara-perkara yang dikeji oleh syarak serta dilarang dari perbuatan 'menceroboh' atau melakukan 'kezaliman'.

Friday, March 4, 2011

Ancaman kemewahan dunia

Jumaat 4, Mac 2011/29 Rabiulawal 1432



Allah telah menjelaskan mengenai kebaikan-kebaikan kebendaan di dunia. Allah juga mencela keduniaan ini dan melarang kita jangan sampai tertipu oleh keindahan dan keseronokanke.

Dalam hal ini Allah swt berfirman:

" Ketahuilah olehmu semua bahawasanya kehidupan dunia itu tiada lain kecuali permainan dan senda gurau, perhiasan serta bermegah-megahan antara sesama kamu semua, juga merupakan perlumbaan untuk mencari yang lebih banyak perihal kekayaan dan anak-anak. Keadaan semacam itu dapatlah dijadikan perumpamaan sebagaimana hujan yang membuat keherannan atau ketakjuban kepada para petani di saat melihat tumbuh tanamannya.

Tetapi tidak lama sesudah itu tanaman tersebut menjadi kering dan kamu dapat melihat warnanya menjadi kuning dan selanjutnya hancur lebur, musnah dan binasa. Pada saat berada di akhirat nanti akan ditemui siksa ynag sangat pedihnya yakni bagi orang-orang-orang yang salah menempuh jalan yang benar ketika di dunia, sedangkan ampunan dan keredhaan dari Allah adalah diperuntukkan orang-orang yang Mukmin dan megerjakan kebaikan. Memang kehidupan di alam dunia ini tiada lain keculai suatu kesenangan yang dapat menipu setiap orang yang tidak beriman."

- (Surah Al Hadid: 20)