Tuesday, March 15, 2011

Ayat Al Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman

Selasa, 15Mac 2011/10 Rabiulalkhir 1432

Firman Allah swt dalam Surah Al Isra': 82;

" Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al- Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmnat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan sebaliknya Al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".

Huraian:

1. Al Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNYa, kerana merekalah lah sahaja yang percaya kepadaNya d, an mematuhui ajaranNya. Al Quran menjadi ubat penawar bagi penyakit-penyakit rohani seperti i'tiqad-i'tiqad kepercayaan yang sesat dan akhlak yang buruk. Ia juga menjadi ubat penawar dengan syarat kita yaqin dengan sepenuhnya, serta mematuhui perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya. Banyak hadis -hadis Nabi saw yang menerangkan hakikat ini, yang membuktikan bahawa Rasulullah saw dan sahabat-shabatnya telah mengamalkannya.

No comments: