Ahad 6 Mac 2011/1 Rabiulakhir 1432
Firman allah swt dalm Surah An nahl: 90 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya".
- (Surah An Nahl: 90)
Huraian:
Allah swt memerintahkan kita berlaku adil dalam segala perkara, sebab itulah umat Islam disifatkan Allah sebagai "Umat Wasata" (Umat yang adil).
Kita diperintahkan menjalankan dasar "Ikhsan" (berbuat kebaikan", yakni segala perkara yang dilakukan, samada mengenai ibadat atau lainnya hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan sempurna "Ikhsan". Juga bermakna memberi pertolongan kepada orang lain yang memerlukan pertolongan, membalas budi orang dengan sebaik-baiknya, dan memaafkan kesalahan orang yang dilakukan kepada kita.
PerintahNya yang ketiga dalam ayat ini ialah: hendaklah kita membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan, kerana merekalah yang perlu diutamakan.
Di samaping itu ktta dilarang daripada melalakukan "perkara yang keji" yang termasuk dalam dosa-dosa besar seperti perbuatan zina dan sebagainya; dan dilarang daripada melakukan segala perkara yang 'mungkar' yakni perkara-perkara yang dikeji oleh syarak serta dilarang dari perbuatan 'menceroboh' atau melakukan 'kezaliman'.
No comments:
Post a Comment