Khamis, 24 Mac 2011/19 Rabiulakhir 1432
Terjemahan hadis Nabi saw:
Sedekah berpahal kalau niat baik walaupun tidak pada tempatnya.
Daripada Abu Hurairah bahawa Raslullah saw telah bersabda: Telah berkata seorang lelaki: Demi sesungguhnya aku hendak bersedekah dengan satu sedekah lalu ia keluar dengan membawa sedekahnya itu maka diletakanya pada tangan pencuri. Kemudian berpagi-pagi mereka (orang ramai) menceritakan bahawa engkau bersedakah kapada pencuri! Lalu ia berkata: Hai Tuhanku, Bagai engkaulah pujian.
Sesungguhnya aku hendak sedekah dengan satu sedekah. Lalu ia keluarkan dengan sedekahnya itu maka ia letakkan pada tagan peermpuan zina.Maka berpagi-pagi mereka itu menceritakan: Engkau bersedekah semalam ke atas perempuan zina! Maka berkata ia: Wahai tuhanku! Bagi engkau pujian, sesungguhnya aku hendak bersedekah dengan satu sedekah. Maka keluar ia dengan sedekahnya lalu diletakkannya pada tangan orang kaya. Kemudian berpagi-pagi mereka itu menceritakan: engkau bersedakah kepada orang kaya! Maka berkata ia; Wahai Tuhanku, Bagi engkau pujian atas pencuri dan atas perempuan zina dan atas orang kaya.
Maka didatangi kepadanya lalu dikatalan baginya: Ada pun sedekah-sedekah engkau kepada orang pencuri itu mudah-mudahan ia kan berhenti daripada mencurintya. Adapun pada perempuan zina iitu mudah-mudahan ia akan berhenti daripada pekerjaan zinanya dan adapaun kepada orang kaya itu mudah-mudahnya ia akan mengambil iktibar (teladan), lalu ia pun belanjakan daripada harta yang diberikan kepadaya oleh Allah azwajal (untuk kebaikan pula)"
-(HR Imam Bukhari)
No comments:
Post a Comment