Showing posts with label t. Show all posts
Showing posts with label t. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Ucapan selamat melahirkan dan jawapannya

Ahad, 27 Mac 2011/22 Rabiulakhir 1432.

Ucapan selamat melahirkan dan jawapannya.


Sunat mengucapkan selamat atas lahirnya anak seseorang kepada ibubapanya. Para ashhab mengatakan sunat mengucapkan selamat itu berdasarkan riwayat Husain ra;


"Sesungguhnya ia mengajar seseorang bacaan tahniah (ucapan selamat) ia berkata; Ucapakanlah;

" Semoga Allah memberi berkat kepadamu pada pemberiannya, semoga kau syukuri Yang Memberi, semoga anak ini menjadi dewasa dan bakti kepadamu"

Disunatkan pula menjawab ucapan selamat itu dengan:

"Semoga Allah memberi berkat kepdamu, semoga Dia meberi berkat atasmu, semoga Allah membalaskan kebaikanmu, semoga kau diberi rezeki seumpamanya (atau) semoga Allah melipat gandakan pahalamu", dan jawapan lainnya yang serupa.

Tuesday, August 17, 2010

Solat Terawih

Rabu, 17 Ogos 2010/ 7 Ramadhan 1431.

Setahun sekali dalam bulan Ramadhan sahaja orang Islam solat sunat terawih pada setiap malam selepas solat isyak. Solat terawih membawa erti solet bersenang-senang. Solat terawih ini sangat dituntut oleh agama Islam, kerana ia merupakan ibadat yang paling utama di malam hari bulan ramadhan. Sebaik-baik solat terawih itu ialah disempurnakan secar berjemaah.


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya rasulullah saw pernah bersabda:" Sesiapa yang mendirikan ibadat dengan berian dan dengan perhitungan di bulan ramadhan, diampuni Allah dosanya yang terdahulu"

-( HR Bukhari dan Muslm)

2. Menurut Mazhab Imam Shafie dan Hanafi serta sahabt-sahabatnya, solat terawih itu sebanyak 20 rakaat, dengan 10 kali salam atau 5 kali terawih serta diikuti solat sunat witir.Di zaman Umar bin Khatab ra solat 20 rakaat) Rasulullah bersolat dalam bulan ramadhan 8 rakkat dengan 3 rakaat solat witir.menikut Aisyah yang diriwayatkan oleh Bkhari dan Muslim). Kedua pendapat yang mengatakan pebezaan rakaat adalah kuat sanadnya. Di zaman Nabi solat sebelam dipanggil solat terawih dinamakan "Qiam Ramadhan" ertinya mendirikan ibadat bulan ramadhan.