Friday, March 18, 2011

Pengertian Iman dan Islam.

Jumaat,18 Mac 2011/13 Rabiulakhir 1432

Pengertian Iman dan Islam.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujarat: 14, yang bermaksud:

"Orang -orang dusun itu berkata:

Kami beriman (percaya). Katakan: Kamu belum percaya, tetapi katakanlah bahawa kamu islam (tunduk)" (ertinya kamu telah menyerah diri pada zahirnya)

Huraian:

1. Iman di sini ialah meianmbenarkan dengan hati sahaja.

2. Islam di sini ialah menyerah pada zahir dengan lidah dan anggota tubuh anggota sahaja.

Islam sebenar ialah penyerahan secara zahir , dengan perkataan dan perbuatan.

3. Iman adalah salah satu dari perbuatan dan imanlah yang paling utama daripadanya. Dan Islam itu ialah menyerah, adakalanya dengan hati, adakalanya dengan lidah dan adakalanya dengan anggota badan (perbuatan).

Dan yang paling utama ialah dengan hati iaitu pembenaran, yang dinamai IMAN.

4. Maksud hadis Nabi saw:

"Akan keluar daripada api neraka, siapa yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada Iman"

Iman di sini difahamkan termasuk ikatan dengan hati, pengakuan dengan lidah dan mengerjakan dengan anggota badan. Barangsiapa yang mengumpulkan di antara 3 perkara tersebut, maka tidak adalah perselisihan lagi bahawa tempatnya di dalam syurga