Rabu, 22 Sept 2010/13 Syawal 1431
Sempen sambutan Hari Raya, ziarah menziarah mremang menjadi budaya kaum muslimn di tempat kita. Budaya ini mempunyai kelebihannya yang tesenddiri dana mat abak dilakjsana dan diteruskan. Allah swt mengggalakan kita bermaafa-maafan dengan berziarah natra satu sa,m ynag lain sama ada sesama keluarga atau sahabat andai atau pun jiran tempat kita tinggal.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari sahabat Abu Hurairah ra: yang berbunyi:
"Ada seorang yang berziarah ke tempat saudaranyan ( kerana seagama boleh dianggap saudara) dalam sebuah desa, lalu Allah mengutus seorang Malaikat untuk mendatangi jalan yang dilaluinya. Setelah bertemu, lalu Malaikat itu berkata:
"Kemana saudara akan pegi?" Jawabnya: " Hendak ke tempat saudara saya dalam desa ini". Malaikat bertanya, " Apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan dari padanya yang akan saudara dapatkan?'
Jawabnya: "Tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan kerdhaan Allah"
Kemudian Malaikat itu berkata lagi; "Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawasanya Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu".
Oleh sebab iu semasa berziarah kita hendaklah melakukan dengan penuh keikh;asan kerana Allah swt.
No comments:
Post a Comment