Jumaat,24 September, 2010/15 Syawal 1431
Kemsyhuran kitab "Sahih Muslim" hampir tak perlu disiar-siarkan lagi, kerana nama itu sendiri telah cukup menjadi jaminan . Semua orang akan percaya bila dikatakan kepadanya bahawa, "Hadis ini Riwayat Muslim".
Kitab ini berisi hadis sebanyak 7275 buah termasuk kira-kira 3000 buah yang berulang-ulang; kata Imam Muslim sendiri dalam salah satu pecakapanisepertinya dengan seorang kawan, bahawa jumlah 7275 hadis itu, hasil saringannya dari 300 ribu hadis (2,425%)
Sebenarnya pengakuan alim ulama tentang kesahian dan keimanan Imam Muslim sperti yang tersebut tadi, adalah pada umumnya kerana kenyataan yang terdapat dari hasil penyelidikan kitab "Sahih" ini.
Pujian ahli hadis kepada kitab ini tak terkirakan banyaknya, dan kami cukupkan dengan menukil beberapa pujian saja untuk menjadi pengetahuan tentang nilai hadis Muslim.
a) Imam Nawawi:
1. Alim ulama telah sepakat, bahawa kitab Bukhari dan Muslim , kitab ynag tersahih sesudah Al Quran
2. Imam Muslim telah memilih jalan dan cara yang sangat teliti sekali untuk kitab "Sahih"nya.
b) Umar bin Shalah:
1. Semua hadis yang telah ditetapkan oleh Muslim kebenerannya di dalam sahihnya, pasti benar dan tidak boleh dibantah lagi.
2. Hadis-hadis yang telah diriwayatkan bersama oleh Bikhari dan Muslim, telah pasti datangnya dari Rasulullah saw.
3.Beza antara kitab Bukhari dan Muslim dengan kitab-kitab hadis lain, bahawa hadis-hadis yang termaktub di dalam kedua kitab itu tidak perlu dibahas lagi, bahkan dengan mutlak dan tidak bersyarat, harus diamalkan; sedang yang lain harus melalui pemeriksaan dan syarat-syarat yang tertentu untuk menetapkaan kebenarannya.
No comments:
Post a Comment