Thursday, September 2, 2010

Zakat fitrah

Khamis, 2 September 2010/23 Ramadhan 1431.

Zakat firah gunanya untuk mensucikan hati dan jiwa. Zakat fitrah dinamakan juga "zakat-an-nafs", ertinya zakat untuk mensucikan jiwa dengan mengeluarkan sebahagian bahan makanan yang mengenyangkan, menurut ukuran yang ditentukan oleh syarak setiap bulan ramadhan setiap tahun. Zakat fitrah itu wajib hukumnya atas tiap-tiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki dan perempuan , yang mendapati matahari terbenam di akhir bulan ramadhan.

2. Islam memrintahkan orang Islam supaya mengeluarkan zakat fitrah, guna mensucikan jiwa orang yang berpuasa bagi membersihkan diri dari perkara yang tidak disengajakan melakukannya semasa melakukan ibadat puasa.


Sabda Rasululahi saw: "Dari Ibnu Abbas ra ia berkata: telah diwajibkan Rasulullah saw zakat fitrah, guna mensucikan orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji dan untuk memberi makan bagi kaum yang miskin. Siapa yang mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka itulah zakat yang diterima, dan siapa yang membayarkannya sesudah solat hari raya , maka itu adalah semacam sedekah dari beberapa sedekah".

- (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

3. Maka wajib atas orang-orang tersebut mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan unuk keluarganya, iaitu orang-orang yang wajib atasnya kalau menanggung nafkahnya seprti anak-isteri hamba sahaja , dengan syarat kalau makan ada berlebihan dari makanan yang sederhana di hari dan malam hari raya.

3.Zakat fitrah itu banyaknya satu gantang Arab (Sya') untuk setiap orang. Atau 3 1/2 liter, bahan makanaa untuk kekuatan bagi penduduk negeri.

4. Jika anak itu dilahirkan selepas matahari terbenam, tidaklah wajib di atasnya mengeluarkan zakat fitrah, walau pun jaraknya hanya satu minit sekalipun.

5. Zakat fitrah harus dibayar sejak awal bulan ramadhan, waktu wajib ialah apabila matahari telah terbenam; waktu afdhal ialah sebelum orang keluar untuk mengererjakan solat hari raya (pagi-pagi raya), dan makruh dikelurakan selepas hari raya. Dalam hal ini disunatkan seseorang itu supaya jangan dilambatkan membayarkan zakat fitrah itu sampai selesai.

6. Berilanlah zakat kepada fakir miskin di anata keluarga yang lebih dekat,kmeudian baru kepada fakir miskin yang lain.

Firman Allah: "Berikanlah harta yang dicintai itu kepada qarib (keluarga) yang dekat, kepada anak yatim, kepada kaum miskin, kepada anak sabil, orang yang meminta-minta dan kepada hamba-hamba".

- (Surah Al Baqarah: 177)

No comments: