Malam lailatul qadar sangat dinantikan oleh umat Islam, malam yang penuh barakah dan malam yang dijanjikan denghan ganjaran pahala ibadat pada malamnya lebih baik dari 1,000 bulan.
Pada malam itu turun rahmat dan kebaikan-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkannya. Ia tidak boleh dicapai hanya dengan kehadiran kita pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tentang bila datangnya Lailatul Qadar, banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang menyebutkan bahawa “Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil.”
Bagi pencinta tuhan yang mencintaiNya dengan penuh keikhlasan tidak penting bila Lailatul Qadar itu turun. Yang penting baginya adalah menunjukkan kerinduannya kepada kekasihnya secara sungguh-sungguh melaksanakan ibadat di malam-malam 10 terakhir husnya dalam bulan ramadhan tersebut.
Intinya adalah mujahadah iaitu kesungguhan menghidupkan bulan Ramadan dan ritual (yang dibenarkan syariat).
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Dalam surah al-Qadar ayat terakhir Allah SWT menyebut tanda-tandanya: Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr - ynag bermaksud, " malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan.
Justeru, dalam surah ad-Dukhan ayat tiga Lailatul Qadar disebut "Laylatun mubaarakah" kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.
Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.”
- (HR riwayat Ahmad)
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.
Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.
Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.
Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.
Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja.
Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah
Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan kerananya, kebenarannya tidak diragukan. Ia hanya dapat dicapai melalui darjat intelektual paling tinggi iaitu intelek kenabian.
Sekurang-kurangnya jika kita dapat sekadar percikannya pada malam Lailatul Qadar bermakna mujahadah kita waktu itu berhasil menyentuh intelek kenabian. Itulah kenikmatan, sekali gus berkat yang paling tinggi.
Ayat yang pertama yang diturunkan.
Ayat yang pertama diturunkan ialha ketiak Nabi Muhammad saw berhalwat atau bersunyi diri di dalam Hua Hira' kerana sedangn mencari petunjuk Tuhan.
Dengan tiba-tiba muncullah malaikat Jaibt=raik mendepak beliau supaya menyuuhnya untuk membaca.esiki pun pada mulanya beliau tak dapat membaca, namun akhirnya dapat juga beliau menbacanya. Adapun ayat yang Nabi disuruh membacanya itulah ayat yang mula-mula diturunkan iaitu surah Al 'laq ayau 1- 5: Yang bermaksud:
" Bacalah (Hai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia. Yang telah mengajar dengan pena. Dia telah mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Inilah wahyu yang perama yang diuturunkan Allah swt kepada nabi Muhammad saw. dan Inilah pula saat penobatan beliau sebagai Rasulullah.
Peristiwa turunya wahyu pertama ini pada ketika itu Raslullah saw berusia 40 tahun. Dari maksud ayat-ayat di atas dapatlah kita memetik beberapa pelajaran yang terkandung di dalamnya antara lain:
1. Bhaw Allah adalah zat yang menciptakan Alkhaliq.(Makhluk)
2. Allah menciptakan manusia dari pada segumpal darah. Manusia yang asalnya tidak ada, lalu diciptakna Allah menjadi ada. DilengkapNya manusioa dngan pancaindera sehingga manusia dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan, dapat mendengarkan kemerduan suara, menciummharumnya wewangaian, meraskan lazatnya makanan dan sebagainya.
3.manusia juga dibekalkan dnegna ' akan fikiran ', yang dengan akal fikiran fikiran inilah manusia dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah, man yang haq dan mana yang bathil,mana ynag harus dikerjakan dan mana yang pokok perbezaan antara manusia dengan binatang.
4. Oleh kerannaya wajiblah kita manusia memanjatkan syukur kepada Allah serta beribadat dan taat kepadaNya dengan mematuhu segala perintahNya dan mengerjakannya hanya semata-mata kerana Allah.
5. Allah adalah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.Tiada kemuliaan satu makhluk pun yang dapat menyamai kemliyaannNya, apalagi melebihNya. Kemuliaan allah di aras kemuliyaan semua makhluk.
6. Mengajar manusia tentang apa yang sebelumya sama seklai tidak diketahui olehnya. hendaklah kita ingat bahawa manusia berasal dari benda yang mati, yang kemudian atasehendak allah dijadikan hidup. Sermasa dalam rahim ibu bayu tanap mengetahui apa-apa. Melalui proses yang lama sedikit demi sedikit, diberikan Allah ilmu penegtauan, hingga jadilah manusia yang mengetahui berilmu pengetahuan. Ini semua adalh merupakan buktiu kasih sayang Allah kepada umat manusia.
7. Dari yat tersebut do atas juga terlihat pulaah berap[a pentingnya kepandaina tulis menulis sangatlah dihargai oleh Nabi Muhammad saw terbukti dari sabda beliau:
" Di akhirat nanti tinta ulama-ulamak itu aakan ditimbangn dengan darah syuhadah (Orang-orang yang mati syahid)"
Terbukti pula pada saat peperangan badar, orang-orang musyrikin yang ditawan oleh Nabi, yang tak dapat menebus dirinya dengan wang, akan tetapi ia pandai menulis atau membaca, tiap-tiap orang diharuskan mengajar sepuluh orang Muslim untuk menulis serta membaca sebagai ganti tebusan bagi dirinya.
No comments:
Post a Comment