Tuesday, March 31, 2009

Lima makasiat Ynag Disegerakan balasannya.

Selasa, 31 Mac 2009.

Maksud hadis yang ertinya, " Daripada Ibn Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda, "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibala'kan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kami, dan aku berlindung dengan Allah swt, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada satu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belaum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibala'kan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangnan pemimpin mereka.

3.Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binantnag (yang hidup di pernmukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.


4.Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.


5.Dan apavila pemnimpin-pempimpin mereka tidak melakssnakan hukuym Allah yang terkandung dalam al Quran dan tidak mahu mernjadikan sebagai pilihan, maka 9disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"

.........HR: Ibn Hajah

No comments: