Ahad, 29 Mac 2009.
Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Perkataan zakat mengiringi perkataan solat dalam 82 ayat al Quran. Orang-orang Islam digalakkan supaya bekerja mencari rezeki yang halal sebanyak mungkin, kemudian wajib mengeluarkan zakat dan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Zakat ialah sebahagian harta yang tertentu yang dikenakan atas harta benda yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Dalam sebuah negara Islam tugas mengambil dan menguruskan pembahagian zakat ialah pihak pemerintah.
Firman Allah swt, "Ambillah sebahagian dari harta benda mereka sebagai sedekah (zakat) yang membersihkan dan menyucikanya dan berdoalah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) mendatangkan ketenangan kepada mereka"
....At-Taubah:103
Dan FirmanNya, "Dan pada harta benda mereka ada hak bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (yang tidak meminta)"
.......Az-Zariat: 19
"Sesungguhnya akat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, Pekerja-pekerja zakat, para muallaf yang dipujuk hati mereka untuk (memerdekakan) hamba, orang -orang yang terhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedanag dalam perjalanan (musafir), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan Allah: dan Allah Maha mengetahyui lagi Maha Bijaksana."
No comments:
Post a Comment