Wednesday, March 25, 2009

Derhaka kepada ibubapa

Derhaka kepada kedua ibubapa.

Firman Allah swt, ''Dan janganlah kamu berkata kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu mengherdek kedua-duanya dan berkatalah kepada kedua-duanya dengan perkatan yang mulia"
......Al Isra': 23.


Antara kelakuan/sikap derhaka terhadap ibubapa;


1. Menyakiti hati dalam perkara-perkara kebaikan, baik dengan perbuatan atau pun ucapan.

2. Bercakap kasar atau bersikap kasar walaupun dalam perkara-perkara yang mungkar.

3. Memandang hina , menghinanya dengan ucapan atau berbbuatam atau isyarat.

4. Mencacai atau mencela.

5. Menganggap dirinya lebih mulia/sombong.

6. Mengingkari kehendak ibubapa.

Semua dosa akan dibalas Allah di akhirat nanti, tetapi dosa menderhaka ibubapa di balas di dunia ini lagi selain siksaan di akhirat.

Sabda Nabi saw,

"Semua dosa akan di ta'akhirkan siksaannya mengikut kehendak Allah, ke hari Kiamat, melainkan dosa derhaka kepada ibubapa , kerana sesungguhnya Allah akan menyegerakannya ke atas yang berhak dalamn kehidupan dunia , sebelum mati lagi"

.......(HR: Al-Hakim dan Al-Ashbahani (dhaif)

Dari Abdullah bin Zmru ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Termasuk doasa yang paling besar adalah kalau orang mengutuk kedua orang tuanya,>Ada yang bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana orang mengutuk ibubapanya?. Beliau menjawab: Kalau seseorang mencaci bapa oranglain, lalau orang lain itu membalas mencaci bapanya dan mencaci ibunya..

Apa pula erti berbuat baik kepada ibubapa?

1. Menunaikan janji mereka yang belum ditunaikan sebelum matinya.

2.Memuliakan kawan-kawan kedua-duannya dan menghubungkan silaturrahim dengan orang-orang yang berhubung rapat dengan kedua-keduanya.

3. Berddoa dan beristrighfar untuk keduanya.

Firman Allah, "Katakanlah, Ya Tuhanku, rahmatilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mendidikku di waktu aku kecil"

...........Al Isra':24

No comments: