Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430

Isnin, 9 Mac 2009.

Hari ini Isnin/ 9 Mac 2009/12 Rabiul awal 1430 kita merayakan hari keputeraan Nabi Muhammad saw. Sambutan Maulidur Rasul, ialah mengingati serta mengenang jasa Rasulullah SAW membawa risalah Islam untuk umat seluruhnya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidaklah aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat untuk sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)


Sambutan Maulidur Rasul mengingatkan kita untuk mentaati perintah Allah dan Rasulnyadengan amalan yang disyariatkan Allah swt seperti yang ajarkan kepada sahabat dan melalui sunah Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW .



Semasa hayatnya baginda pernah mengucapkan dengan mengulang-ulang perkataan "Ummati, ummati..." iautyu umatku, umatku..., kerana mengenangkan nasib pengikuytnya di akhirat nanti.

Oleh itu tiba masanya sebagai umat Nabi Muhammad SAW/ seorang muslim kita membuktikan bahawa kita menghayati segalamn perintah dan ajaran Baginda SAW dengan menterjemahkan dalam kehidupan supaya umat Islam mencapai kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat.

Rasulul Allah pernah memberi nasihat kepda seorang lelaki yang bermaksud,
( Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: iaitu

1. peluang masa engkau muda sebelaum tua
2. masa engkau sihat sebelum sakit
3. masa engkau kaya sebelum papa
4. masa engkau lapang sebelum sibuk dengan kerja.
5. masa engkau masih hidup sebelum mati.)

Keterangan:

Wajib atas setiap mukmin meningsafi benar-benar akan nilai hidup di dunia ini sebelum hidupnya didatangi suatu yang mengganguinya atau membinasakannya, seperti kesusahan, kesakitan, kesibukan, kekacauan dan kematian. Kerana kedatangan yang tersebut itu sebelum amal atau pekarjaan dapat disempurnakan adalah membawa kekeciwaan dan penyesalan yang tidak berguna, kerana masa telah luput, badan pun telah lemah atau binasa.

Badan seseorang itu merupakan alat hidup untuk bekerja dan beramal. Imam Ghazali berkata, (Sungguhnya badan anak adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila ia berjaya dalam tugasnya ini kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang telah dipisahkan oleh mati.)

Berita Semasa:

KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000 dan plak.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah.

Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat.

Masing-masing menerima wang tunai RM22,000 dan plak.

Petikan dari: Utusan Malysia 10 Mac 2009

No comments: