Sabtu 14 Mac 2009
Wafatnya Nabi Muhammad.
Akhir bulan zulkaedah tahun ke 10 H, Rasulullah bersama-sama 90,000 orang Islam berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.Sebelum ini baginda telah menyeru seluruh orang Islam supaya mereka semua ikut serta untuk mempelajari dari rasulullah sendiri cara-cara mengerjakan haji selengkapnya.
Pada waktu haji ini Rasulullah telah membuat pidatunya yang terakhir di padang Arafah menerangkan hukum-hukum dan dasar-dasar Islam, Diantara pidatunya:
- Wahai seklian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat sampai kamu datang mengadap tuhan kamu. Bahawa kamu menanti akan datang mengadap tuhan kamu, kamu akan ditanya tentang amalan kamu..
- Wahai sekalian manusia, orang perempuan mempunyai hak atas kamu seperti kamu mempunyai hak atasnya. Seseorang Islam adalah saudara bagi lain-lain orang Islam. Semua mereka bersaudara..
- Wahai sekalian manusia, aku telah meninggalkan kapada kamu suatu pesaka dan kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu masih berpegang dengan pesaka itu, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunah Rasulnya…
Setelah berada di Mekah selama 10 hari maka rasulullah pulang ke Madinah. Ribuan kaum muslim yang turut bersama menunaikann haji pulang ke tempat masing-masing.
Kira-kira 3 bulan kemudian iaitu penghujung bulan safar tahun yang ke 11 H, baginda mulai demam selsema. Baginda mengumpulkan isteri-isterinya dan meminta supaya dirawat di rumah isteri baginda saidanatul Aisyah.
Pada mulanya baginda keluar ke masjid seperti biasa menjadi Imam solat, memberi ucapan dari atas mimbar menerangkan hukum islam dan berpesan supaya kaum muhajirin dan kaum ansar bermuafakat dan bertolong menolong lalu menyuruh Saidina Abu Bakar menjadi imam solat menggantinya. Lantikan saidina Abu Bakar menjadi pengganti Rasululllah itu dalam ssolat itulah yang menjadi salah satu sebab mengapa orang ramai memilihnya menjadi khalifah Islam yang pertama setelah baginda wafat.,.
Putra dan putri Rasululllah ada 7 beradik tetapi hanya seorang sahaja yang masih hidup pada masa itu, iaitu saiditina Fatimah Azzahra. Fatimah tidak tahan hatinya melihat baginda gering lalu menangis sambil berkata, “ Aduhai! beratnya penderitaan ayahanda,"
Baginda menyabarkan putri yang dikasihinya itu dengan bersabda, maksudnya,” Tidak ada penederitaan yang akan ditanggung oleh ayah engkau, wahai Fatimah kemudian daripada hari ini”.
Selang beberapa hari daripada mula geringnya itu maka pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 H, bersamaan 8 Jun Tahun 632 M wafatlah Junjungan kita Nabi Muhammad saw, dengan hati ynag tenang dan tenteram, kerana baginda telah menunaikan segala kewajipan yang dipertanggunjawbkan kepadanya, Berpindahlah baginda dari alam yang fana ini ke alam akhirat yang kekal abadi, lalu dimaqamkan di tempat yang ada sekarang ini di Madinah Al Munawarah.
No comments:
Post a Comment