Wednesday, June 15, 2011

Gerhana dan Cara mengerjakan solat gerhana

Rabu, 15 Jun 2011/13, Rejab 1432

1. Gerhana berlaku apabila hilang atau berkurang cahaya. Ia terjadi apabila ada matahari, bumi dan bulan dalam perjalananya sama-sama terletak pada aras lurus.

2. Secara teorinya bumi itu bergerak di sekeliling matahari, dan bulan pun bergerak di keliling bumi, dan perjalanan bumi dan bulan itu kedua-duanya mengelilingi matahari.

3. Gerhana matahari berlaku pada siang hari dan ia berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari , yang menyebabkan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bulan dan berlakulah kegelapan (gerhana) di bahagian yang setentang dengan sinar matahari yang tertutup dari dataran bumi.

4. Gerhana bulan terjadi di waktu malam iaitu apabila bumi berada di antara bulan dan matahari, menjadikan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bumi, terjadilah gelap ketika itu. Gerhana ynag terjadi itu ada kalanya hanya sebahagian sahaja yang tertutup dan ada kalanya seluruhnya.

5. Tempuh gerhana itu adalah tempuh masa kegelapan hingga datang semula cahaya. Biasanya gerhana terjadi di awal atau di akhir bulan qamariah/Islam. Apabila berlakunya gerhana kita disunatkan melihat gerhana tersebut dan mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan niat solat gerhana.Hukum solata sunat gerhana ialah sunat Muakad. Solata ni boleh dikerjakna bersendirian tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah

6. Cara mengerjakan solat gerhana,

1. Niat solat gerhana.
2. Membaca al fatihah sesudah takbiratul ihram.
3. Ruku' dan Iktidal. Membaca al fatihah sekali lagi
6. Ruku' dan iktidal
7. Sujud dan kemudian berdiri ke rakaat yang kedua.
8. Dan lakukanlah seperti yang dilakukan di rakaat yang pertama tadi.

Gerhana bulan: khusuf alqamari
gerhana matahari:kusuf alshamsi..

7. Khutbah sesudah solat gerhana.

Apabila selesai solat gerhana , maka disunatkan pula berkhutbah iaitu dengan 2 kali khutbah yang berisi pesan agar para hadirin membanyakkan taubat, membuat amal kebaikan, membanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, solat, puasa sunat, menjauhi dosa dan maksiat serta kemungkaran, bertaqwa kepada Allah, meningkatkan ketaatan dan didorong agar mensyukuri nikmat Allah dan mengingatkan agar tidak lalai dan tertipu. Wallahu'alam.

Dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu dua tanda hari sekian banyak tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana sebab kematian seseorang dan tidak pula sebab hidup ( lahir) seseorang. Apabila kamu ,melihat gerhana iu berdoalah kepada Allah swt, bertakbir dan bersedekah".
-(HR Bukhari dan Muslim)

( Hadis ini berpunca dari nperistiwa kewafatan saidina ibrahim, anak Rasulullaha saw dan berlaku kejadian gerhana matahari. Para manusia ketika itu mengatakan berlakunya gerhana matahari kerana kewafatan anak Rasulullah saw. Untuk mengelakkan kejadian tersebut menjadi keparcayaan Rasulullah saw bersabda seperti hadis di atas).

Dari Abdur Rahman bin Samurah ra ia berkata:

" Aku datang mngadapa Nabi saw, ketika itu sedanag gerhana matahari. Nabi saw berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya. Ia bertasbih, bertpai selesai gerhana, manakla sudah terang kembali ia membaca dua buah surah al Quran dan solat dua rakaat"

-(HR Muslim)

8. Selain solat sunat gerhana, disunatkan juga mandi sunat gerhana dan bersolat berjemaah di masjid.

-------------------------------
Petikan Akbar Utusan Malysia.
-------------------------------

Boleh saksikan fenomena gerhana bulan penuh Khamis
14/06/2011 6:45pm

KUALA LUMPUR 14 Jun – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama.
(Sumber: Utusan Malaysia 15 Jun 2011)

No comments: