Sunday, June 26, 2011

Berbakti kepada Makhluk Allah

Ahad, 26, Jun 2011/24 Rejab 1432

Berbakti kepada Makhluk Allah.

Menghulurkan bantuan kepada hamba dan makhluk Allah adalah antara ibadat yang paling mulia, sama ada bantuan tersebut berbentuk kebendaan, buah fikiran, tenaga dan sebagainya. Bahkah pernah seorang lelaki diampunkan Allah dosanya kerana bantuannya terhadap anjing yang sedang kehausan, sepertimana yang terdapat di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan ulama hadis lainya. Sabda Rasululah saw:

Maksudnya,

"Semasa seornag lelaki berada dalam perjalanan ia sangat merasa dahaga, ia lalu menemui perigi dan turun atau masuk ke dalamnya, lantas ia minum kemudian ia keluar.

Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan tanah kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata (dalam hatinya)
" Sungguh anjing ini mengalami kehausan seperti saya alami tadi"

Ia lalu turun ke dalam perigi dan mengisi kasutnya hingga penuh dengan air kemudian ia memberi minum anjing tersebut. Maka Allah swt, berterima kasih kepada lelaki tersebut dan mengampuni dosanya.

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita memperoleh pahala kerana (membantu) binantang? Jawab baginda,

"(Bantuan) terhadap semua makhluk yang bernyanwa ada pahala"

-(HR Bukhari, Abu Daud, Ahmad dan Imam Malik)

No comments: