Saturday, September 10, 2016

Rukun Islam dan Rukun Iman

Sebagaimana yang diketahui pegangan kita umat Islam di dalam beragama ialah adanya Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam dan Rukun Iman adalah sebagaimana yang disahkan oleh Jibril  semasa Nabi  saw bertemu dengan beliau pada suatu hari. Nabi Muhammad saw telah menjawab pertanyaan Jibril dengan mengatakan Rukun Islam itu ialah:

"Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan solat dan engkau keluarkan zakat dan engkau puasa ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya"

Apabila Nabi saw  ditanya Jibril tentang Rukun Iman, Nabi saw mennerangkan dan selepas itu dibenarkan oleh Jibril seperti berikut.

"Iman itu ialh bahawa Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan dan segala KitabNya dan para RasulNya dan hari Kemudian dan engkau beriman kepada Taqdir baikNya dan jahatNya"

Apabila diditanya dua perkara yang lain oleh Jibril  iaitu  tentanag Ihsan dan  Hari Qianat, Nabi saw berkata:

1 Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau"

2. Tanda-tanda  hari qiamat itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan."

Rukun Islam dan rukun Iman seperti yang diterangkan di atas tadi merupakan  asas segala  amal syariat yang dikaitkan dengan perkara-perkara yang menjadi cabangnya. Dengan mengamalkan dan melaksanakan Rukun Islam seseorang itu  terpelihara daripada kemurkaan Allah swt.
Dengan mmelaksana perinah yang di sampaikan seseorang Islam itu dijamin keselamatan hidupnya dan dijanjikan dengan balasan baik dan jahat bagi yang melakukannnya sebagai balasan d akhirat.. Sebagai OrangIslam kita dikehendaki berpegang teguh sebagai wahyu yang benar dan yang diredhai oleh Allah swt.


No comments: