Saturday, September 10, 2016

Beramal dengan niat

Amal ibadat yang dilakukan oleh sesorang itu hanya akan diterima Alah swt sekiranya amal ibadat tersebut diakukan dengan Iikhlas kerana Allah,tanpa di niat atau dirasakan perasaan kehairanan dan kekaguman atau merasa megah melakukannya.Inilah maksud hadis yang bermaksud "iaitu segala amal adalah dengan niat".Dengan memasang niat kerana Allah inilah seseorang itu akan diberikan ganjaran balasan baik atau jahat. Maksud ikhlas ialah seseorang itu melakukan taat akan perintah Allah dan tidak tidak merasakan keperluan kepada yang lain. Perasaan kerana berbangga dan merasa kesombongan atau lebaih baih baik dari orang lain akan merosakkan amal walaupun setelah dilakukan dengan tertib, sempurna dan terbaik pada kelihatan zahirnya.
inilah yang dimaksudkan ikhlas yangmenjadi jiwa sesuatu amal adan amal yabg demikian inilah yang diperintahkan Allah dengan firmanNya:
"Dan ttida dipertntahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan dan (siupaya) mereka mendirikan solat dan memberikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus"
- (Surah Al- Bayyinah: ASyat 5)
2. Selain dari merasa kesombongan dan ego melakukan ibadat, yang tidak kurang juga merosakkan ibadat sesorang itu ialah perasaan riyak. maksud riyak ialah melakukan syo=itik dengan keasaan Allah, dengan ,merasakan ibadatnya kerana takut kepada sesorang atau melakukan kerana selain daripada Allah seperti untuk mencari nama dan pujian orang atau menganggapkan kedua pihak dirasakan ketaatannya.
3. Amal yang bercampur dengan riyak atau bukan semata-mata kerana Allah menjadikan amal tersebut tidak bersih yang dianggap menipu diri sendiri dengan mengotorkan jiwa. Sebenar walau pun syirik ini nampaknya kecil, ia sudha cukup untuk mnjiak ibadatnya tidak diterima Allah swt.
4, Secara mudahnya riyak itu terjadi apabila sesorang itu melakukan amal ibadatnya untuk dipamerkan kepada orang lain atau ia meningalkan amal itu tidak dikerjakan kerana orang lain.
Like
Comment

No comments: