Petikan sebahagian dari hadis dari Amir al-Mukmin Abu Umar Ibn Khatib radiyal-lahu anh. katanya Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
"Hanya segala amal amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan"...
1.Segala amal adalah dengan niat.
Niat adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.Diterimanya amal itu atau tidak adalah kerananya., iaitu qasad yang timbul dari kesedaran hati atau jiwa untuk melakukan menurut kemahuan sendiri.Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syarak yang hendak dilakukan.dengan tujuan mendampingkan diri dengan Allah.
Menurut istilah syarak, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan nmenyatakan perasaan tunduk dan aptuh kepada perintahNya. Inilah ynag dikatakan ikhlas atau kejujuran dalanm melaksanakan sesuatu amal
No comments:
Post a Comment