Selasa: 5 Jun 2012/15 hb rejab 1433.
Siapa yang behak menrima pemeberian zakat?(Asnaf zakat).
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Siapa yang behak menrima pemeberian zakat?(Asnaf zakat).
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- - (Surah AtTaubah: 60)
Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada :
1. Asnaf Fakir.
·
Seorang yang tidak mempunyai
apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain
yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan
tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
o Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan
dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya
tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung
orang-orang dibawah tanggungannya.
3. Asnaf Amil.
·
Mereka yang terlibat secara langsung
dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan
mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan
sebagainya.
·
4. Asnaf Muallaf.
·
Mereka yang dijinakkan hatinya
atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang
memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:-
1.
Baru memeluk agama Islam
2.
Ketua-ketua kaum yang memeluk
Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang
sejawatan atau sama taraf dengannya.
3.
Ketua-ketua kaum yang memeluk
Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah
pimpinannya.
4.
Orang-orang yang memeluk Islam
yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh
5. Asnaf Al-Riqab (Hamba)
·
Memerdekakan orang-orang Islam
daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman
fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan
orang-orang tertentu.
·
6. Asnaf Al-Gharimin (Orang yang Berhutang)
·
Golongan yang berhutang untuk
memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau
masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum
syara'.
·
7. Asnaf Fisabilillah (Berjuang Pada Jalan Allah)
·
Mana-mana orang atau pihak yang
melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak,
mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.
·
8. Asnaf Ibnussabil (Musafir Terkandas)
·
Mana-mana orang dalam
perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana
jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
No comments:
Post a Comment