Thursday, June 7, 2012

Jadilah manusia yang boleh memberikan sumbangan dan manfaat kepada orang lain.

Khamis, 7 Jun 2012/17 Rejab 2012.


Jadilah manusia yang boleh memberikan sumbangan dan manfaat kepada orang lain.





Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Diantara orang yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala  ialah ynag banyak memberi manfaat kepada manusia, dan di antara amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraaan yang dimasukkan dalam seorang Muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau menghilangkan baginya kepalapran. Dan kalau aku berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya , Allah akan menutup auratnya (keaibannnya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan dia berkuasa untuk betrtindak, Allah akan penuhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesiapa berjalan  dengan saudaranya untuk  menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di Sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincir (dimasukkan ke neraka) dan sesungguhnya akhlak yang  buruk itu merosakkan amalan kebaikan sebagaimana cuka merosakkan madu".



        -(HR Imam Tabrani dan Ibnu Abid Dunia. (hadis telah dihukumkan sebagai hadis hasan di dalam Kitab Sahih Al Jami, 176)


Soalan untuk dijadikan renungan:


1. Siapakah di antara orang yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala?

2. Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala?

3. Bagimana pula jika ada  manusia melakukan sebaliknya iaitu perkara yang bertentangan dengan apa yanag didisukai Allah? (seperti memudharatkan orang lain, menyusahklan kehidupan orang lain, menimbulkan huru hara dalam masyarakat dan negara, menabur fitnah, melakukan maksiat dll)


No comments: