Jumaat, 15 Mei 2009
1. Ketika mendengr kabar bahawa ada kematian atau kemalangan hendaklah dibaca,
( Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun)- Sesungguhnaya kita ini kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kita pasti akan kembali kepadaNya.
2. Melawat ahli waris, dalam masa 3 hari setelah seseorang itu meninggal dunia.
3. Waktu melawat yang akan dicakapkan hendaklah segala kebaikan si mati, janganlah membukakan keburukan dengaa kejahatannnya. Sebaiknya hendaklah mendoakan kebajikan untuknya.
4.Menyabarkan dan menghiburkan ahli waris dengan kata-kata yang baik dan lemah lembut.
5. Memberi makan kepada ahli waris pada hari kematian itu (bukan ahli waris yang menyediakan makanan untuk pelawat. Tidak boleh makan atau minum di rumah orang yang kematian.
6.Ziarah ke kubur. Waktu ziarah bacalah doa ini:
(Selamat sejahtera engkau (wahai) ahli tempat kubur ini yang terdiri dari kaum mukmini dan mukminat, kaum muslimin dan muslimat, Insya Allah aku akan menyusul kamu pula. Kami mohon kepada Allah supaya kami dan kamu mendapat keselamatan)
LARANGAN DAN HARAM HUKUMNYA MERATAP MAYAT.
Kita dilarang meratapi mayat, kerana meratap itu adalah menyiksa diri si mayat, sebagaimana sabda Nabi saw yang bererti, "Mayat itu disiksa di dalam kuburnya kerana diratapi"- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maksud meratap di sini ialah , menangis sambil berdendang-dendang, dan menyebut-nyebut perangai dan kebaikan si mati sewaktu hidupnya, sambil menghempaskan diri, mengoyak-ngoyak baju di dada, kerana putus tenmpat bergantung, putus harapan dan seumpamanya. Perbuatan yang seperti inilah yang dilarang oleh Islam.
Sabdanya lagi, "Perempuan-perempuan yang meratap itu, bila dia tidak bertaubat sebelum matinya, akan ditegakkan dia pada hari kiamat dan dipakaikan ke atas bahunya selendang dari api neraka dan baju besi dari karat-karat besi neraka"
No comments:
Post a Comment