Wednesday, May 13, 2009

Lagi tanda akhir zaman/ hampir qiamat

Rabu, 13 Mei 2009.

Maksud hadis,
Draipada Abdullah bin Masud r.a berkata, Rasulullah saw telah bersabda:

(Sesungguhnya apabila qiamat sudah hampir tiba 1) Orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, 2) Perniagaan akan bertambah maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, 3) banyak orang memutuskan silaturrahim (hubungan kekeluargaan), 4) Banyak saksi palsu, 5) Orang suka menyembunyikan penyiksaan yang benar, 6) dan akan banyak kemudahan alat tulisan).

............Hadis Riwayat Ahmad.
Huraian:

1. Di akhir zaman orang hanya akan memberi salam pada sahabat yang dikenali sahaja, bukan seperti yang dituntut dalam agama islam supaya kita mengucapkan salam kepada semua orang islam sama ada yang dikenali atau tidak kita kenali. Keadaan ini menunjukkan bahawa perhubungnan kemesraan di kalangan kaum muslimin sudah amat berkurangan.

2. Begitu pula cara hidup di akhir zaman mendorong orang perempuan untuk bekerja di luar rumah, terutama dalam perniagaan.
Perempuan itu akan dijadikan daya tarikan pelanggan atau oleh kerana kos kehidupan yang tinggi sehingga gaji suami tidak cukup untuk memenuhi keseluruhan keperluan keluarga maka terpaksa si isteri juga bekerja. Maka keadaan ini mengakibatkan kerenggangan hubungan kekeluargaan, Isteri tidak lagi taat kepaad suami kerana ia juga banyak memikiki wang dan mungkin lebih banyak daripada wang suaminya.

3. Manakala anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan kasih syang ibu bapa kerana mereka hanya menyerahkan pada orang gaji (pembantu rumah) sahaja.

4. Begitu juga di akhir zaman akan wujud kecanggihan alat tulisan, dan bahan bercetak dan media massa termasuk alat komputer, internet dan lain-lainnya lagi. Alat-alat ini semestinya digunakan untuk mengangkat martabat manusia, namum apa yang berlaku ialah sebaliknya. Segala alat-alat yang canggih itu telah banyak digunakan untuk pembohongan dan memutarbelitkan kenyataan dan mencemarkan martabat insan itu sendiri.

No comments: