Selasa 25 Mei 2009
Sebagaimana solat, yang terdapat pelbagai solat sunat seperti solat taubat,solat qubliah dan ba'diah, terawih, isytiharah, hajat dll. Kita juga dituntut mengerjakan puasa sunat (Puasa tatawwuk) untuk meningkatkan ketaqaan kita dan untuk mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga di akhirat.
Puasa sunat ini ialah puasa yang dikerjakan pada sebarang masa sahaja, hanya dengan harapan balasan dan keampunan dari Allah swt saja (tidak diwajibkan), yang boleh dikerjakan pada bila masa bila berkuasa, kecuali pada hari-hari yang terlarang dan dimakruhkan berpuasa padanya. Tapi ingat, jika mengamalan kebajikan dan mengharapan ganjaran pahala yang berlipat ganda di akhirat. bukan sekadar pahala darai ibadat wajib sahaja, kita hendaklah merancang dan melakukan amaln-amalan sunat juga.
Di antara Jenis-jenis Puasa Sunat adalah seperti:
1. Puasa enam: iaitu berpuasa sehari selepas hari raya puasa (idilfitri). Ia boleh dikerjakan secara berturut-turut, dan boleh pula berselangan, asalkan dalam bulan syawal sahaja.
2. Puyas awal Bulan Zulhijjah, sampai 8 hari bulan zul hijjah. Disebut juga dia "puasa sebelum hari raya haji"
3. Puasa Hari 'Arafah, pada 9 haribulan Zulhijjah. Orang yang sedang mengerjakan Ibadat haji, lebih baik jangan berpuas pada hari ini.
4. Puasa pada 9 Muharram
5. Puas pada hari Asyura, iaitu pada 10 hb Muharram.
6. Puasa pada bulan Rajab seberapa hari ynag kuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'aban, boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya, kecualai pada hari syak (ragu-ragu) iaitu pada 30 hb sya'ban.
8. Puasa pada hari senin dan khamis.
9. Puasa 3 hari pada tiap-tiap bulan Qamariah.
10. Puasa pada hari putih iaitu pada 13, 14, dan 15 hb Qamariah.
11. Puasa berselng hari. Ertinya: sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa
pula. Demikianlah seterusnya. Inilah puasa yang dikerjakan oeh Nabi Daud as.
Tambahan:
Jika seseorang sedang berpuasa sunat, jika dia dipanggil kepada satu jamuan /kenduri, dibolehkan baginya bembuka/membatalkan puasanya.
Apa yang perlukan dilakukan semasa berpuasa?
1. Makan sahurlahlah supaya lebih kuat menghadapi puasa di siang harinya.
2. Berbukalah setelah nyata terbenam matahari (menyegrakan berbuka) diikuti dengan solatmaghrib. Memadai berbukan dengan sedikit kurma/tamar dan minuman.
3. Berdoa kepada Allah ketika berbuka sebagaimana membanyakkan taubat, membanyakkan kebaikandanmenjauhu segala yang dimurkai Alla.
4. Lebih baik mandi wajib (sekiranya berhadas besar sebelum terbit fajar sidiq, supaya memasuki puasa itu dalam keadaan suci.
5. Tahanlah diri dari berdusta dan bertengkaqr dan memperkatakn yang tidk berfaedah, seprti mengumpat, memfitnah..
6. Tahanlah diri daripada pengaruh marah dan bersikap kyrang ajar.
7. Selalulah berusaha mencari ketaqwaan kepada Allah swt dan mensykuri Allah atas segala nikmatnya.
8. Bermurah tangan.
9. Pergunakan segala waktu untuk mendalami masalah keagamaan, mengerjakan solat terawih, memperbanyak ibadat terutama dalam puluhan yang akhir bulan ramdhan.
10. Berusahalah memperoleh makan yang suci dan halal, agar tidak masuk ke dalam perut makanan-makanan yang haram.
11. Peliharalah nafsu dari penyakit dengki, memelihara anggota dari segala maksiat dan selalu berlaku tenang dan bersikap terhormat.
No comments:
Post a Comment