Monday, May 11, 2009

Hibbah

Isnin, 11 Mei 2009

Hibbah disebut juga sebagai hadiah atau pemberian.
Dalam istilah syarak bererti. :Memberikan sesuatu kepada orang lain selaggenharap baasan semata-mata dari Allah, maka itu dinamakan sedekah.
Kalau pemberian itu dihantarkan ke tempat yang diberikan kerana hendak memuliakannya, dinamakan hadiah. Tiap-tiap sedekah dan hadiah boleh dinamakan pemberian dan tidak sebaliknya.

Supa pemberian itu nyata dan tahkik, disyaratkan pula hendaknya melafazkan ijab kabul iaitu,
;Aku berikan barang ini kepadamu:
Tapi tidak disyaratkan ijab kabul itu dalam soal hadiah, sebab hadiah boleh dilakukan secara kiriman saha. Barang yang sah diberikan ialah barang ynag sah pula dijual, dan terlarang memberikan sesuatu bila sesuatu itu yang terlarang pula menjualnya. Kecuali sebutir gandun dan sebutir beras, boleh diberikan tapi tidak boleh dijual, kerana ia tidak berharga. Hadiah itu tidak boleh ditolak.

Pekerjaan beri memberi ini, sangat disuruh sekali oelh Rasulullahsaw, sebab pekerjaan ini bererti mempereratkan hubungan persaudaraan seagama dan menimbulkan rasa tolong menolong serta menghilangkan sifat iri dan dengki dari hatis eseorang. Olejh sebab itu pemeberian tidak bolehdicela, walaupun sedikit, sebaba pemberian itu hanya kesukaaan orang yang memberi.

Pemberian biasa dari seorang kepada seorang dinamakan hibbah, tyertapi pemberian hutang terhadap orang ynag berhutang dinamakan ibarak ertinya lepas dari hutang.

No comments: