Isnin, 4 Mei 2009.
Biasanya pelajar belajar dengan tujuan untuk lulus peperiksaan dapat digunakan sijil yang diperolehi untuk menlanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan dan latihan. Bagi guru juga mengajar berupa tugas runtin seoran profesional untuk mendapatkan sara hidup.Di sisi Allah swt amalan yang dilakukan itu hanya mendapat ganjaran atau pahala jika diniatkan kerana Allah Taala. Untuk bebrbuat demikian bukan satu perkara yang susah, malahan lintasan hati melakukannya kerana Allah sudah memenuhi kehendak mengikhlaskan usaha beramal kerana Allah.
Semua keunggulan ilmu itu boleh diraih bila berniat Lillahi Taala. Jila tidak, tentu kehancuran akan terjadi merajalela.
Pencari kebanggaan melalui ilmu pasti dihalangi aroma syurga, bahkan dilemparkan ke ke kerak neraka sebagai tempat siksa.
Nanti di akhirat akan ada orang yang dilempar ke neraka. Seluruh usus isi pertutnya dikeluarkan meronta-ronta. Di sana ia diputar-putar bagai keldai memutarkan gilingan menumbuk gandum sebagai tanda kehinaan.
Penghuni neraka pun datang mengajukan pertanyaan, "Apa dulu amar makruf nahi mungkar tidak kau tegakkan?". Ia pun menjawab, "Duhai kaumku, tentu saja kutegakkan, tetapi aku tak mengamalkan ilmu yang kerananya aku dimuliakan."
Seseorang tentu berdosa bila belajar tidak berniat kerana Allah, bahkan dia lalai dan pahala akhirat pun terlupa. Untuknya, haram mengambil biasiswa bagi orang mengaji sebab hal itu hak bagi yang sibuk dengan ilmu bererti.
Begitu pun bagi yang mengajar, ia berdosa tiada harga diri, kecuali mengajarkan ilmu manfaat jangan seperti zaman jahiliah.
No comments:
Post a Comment