Friday, January 14, 2011

Mempelajari ilmu Tauhid

Jumaat,14 Januari 2011/9 Safar 1432

Setinggi ilmu yang dipelajari oleh manusia ialah ilmu mengenal Allah swt. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mukallaf mengetahui apa yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Begitu juga wajib bagi mereka mengetahi sifat-siaf wajib, mustahil dan harus bagi para nabi as.

2.Mereka wajib mengetahui dengan segala sifat bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan mustahil bersifat dengan segala sifat kekurangan. Merek juga wajib mengetahui apa yang harus sabit bagi zat Allah Taala.

3. Sekurang-kurangnya mereka perlu mengetahui sifat ynag sabit melalui dali aqli dan naqli seperti di dalam sifat dua puluh. Berdasrkan dalil nas tersebut setia mukallaf wajib beriman dan mengetahui secara terperinci (tafsil). begitu juga jika terdapat dalil nas Allha bersifat dengan sifat-sifat tertentu , maka wajiblah diimani bahaw siaft-sifat itu adalah mustahil bagi Allah Taala. Contohnya; 20 sifat yang berlawanan dengan 20 sifat yang wajib bagi Allah Taala. Disamping itu juga wajib diimani bahawa selain 20 sifat tesebut, sifat-sifat kesempurnaan Allah tiada terbatas dan penyudah.

4. Mengajar dan belajar ilmu Tauhid itu hukumnya wajib. kewajiban kitu sama ada wajib aini( fardhu ain) atau wajib kifayah (fardhu kifayah). Dengan belajar fardhu ain dapat seorang mengelakkana dari pada taklid (ikutan sembrono) keapada tahqiq (ikutan bersandarkan kepada dalil ).walaupun dengna dalil ynag ijmali (ringkas).Dengan cara ini sudah mnemadai kesahihan akidah orang tersebut.

Thursday, January 13, 2011

Keutamaan istighfar dan taubat (mohon ampun)

Khamis 13 januari 2011/8 Safar 1432

Nabi saw, bersabda tentang keutamaan istighfar:

"Barangsiapa yang selalu (terbiasa) membaca istighfar (memohon ampun) , Allah akan menciptakan untuk dia jalan keluar dari kesempitan ,dan kebebasan dari keresahan serta diberi rezeki yang tidak terhitung (tidak disangka-sangka)".

-(HR Abu Dawuuud Dan Nasa'i)


2. Syadad bin Aus berkata, bahawa Nabi saw bersabda' "Puncak dari istighfar ialah bila kau katakan; yang ertinya, " Ya Allah, Engkau yang menciptakan daku. Aku ini hambaMu, aku selalu berada di atas janjiMU yang harus kulaksanakan sedapat mungkin. Aku berlindung kepada Mu dari segala dosa yang kulakukan. Aku mengakui segala nikmat yang Kau berikan kepada Ku, dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada yang akan mengampuni kecuali Engkau"

Nabi besabda, " Siapa yang mengucapkan pada siang hari dan beriman akan itu, lalu mati (misalnya) pada hari itu pula, maka sebelum malam hari, akan jadi ahli syurga, Dan barangsiapa yang mengucapkan malam hari dan ia beriman akan itu, lalu ia mati (misalnya) sebelum pagi maka ia menjadi ahli syurga".

- (HR Bukhari dan Nas'i)

Tuesday, January 11, 2011

Ketakitan dosa dan kemahuan melakukan taubat

Selasa 11 januari 2010/6 Muharam 1432

Pesanan Khalifah Umra bin abdul Azizi, Khalifah Umayyah ke 7 yang berpesan:

" Wahai sekalian manusia; janganlah kamu menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan usahakanlah untuk mengikis habis apa-apa yang telah dilakukan, dengan jalan melakukan taubat;
Allah berfirman: "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatn bagi orang-orang yang mahu ingat.

Seterunya beliau berkata: " Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, dan dia telah diharamkan (dilarang) untuk masuk Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (hari qiamat kelak) tersedia bagi orang yng takut akan Tuhannya, ialah orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk ditukarkan dengan yang banyak, orang yang suka menukar yang fana' dengan yang kekal abadi."

Saturday, January 8, 2011

Orang yang paling melarat(Muflis)

Sabtu, 8 Januari 2010/3 Safar 1432

Sabda Rasulullah saw;

"Tahukan kamu siapakah orang yang paling melarat (muflis)?. Orang yang paling melarat(muflis) di antara umatku ialah, orang yang datang pada hari qiamat dengan solat, puasa, zakat. Dia datang dengan mencela ini, menghapsus itu, makan harta ini, menumpahkan darah itu, dan memukul itu. Maka ia akan memberikan ini semuanya dari kebaikan-kebaikannya, dan ini lagi dengan kebaikan-kebaikannnya. Maka bilamaaa kebaikan-kebaikannya hapus sebelum ia meninggal, ia akan diambilkan dari dosanya dan diletakkan padanya. Kemudian akan diletakkan di atas nerakan".

- (HR Muslim dan Ar Tarmizi dari Abu Hurairah)

Wednesday, January 5, 2011

Keutamaan Solat Jenazah/menghantar jenazah ke kubur

Rabu 5 Januari 2010/30 Muharam 1432


Abu Hurairah ra, berkata, " Rasulullah saw bersabda :
" Barangsiapa menyaksikan jenazah sehingga ia solat atasnya, maka ia memperoleh satu qirath, dan barangsiapa menyaksikan jenazah sehingga dikubur, maka dia mendapat dua qirath. Seorang bertanya: Apakah dua qirath itu? Nabi menjawab:"Seperti dua buah gunung besar".

- (HR Bukhari dan Muslim)

Pahala yang dierolehi oleh seorang yang datang ke btempat orang ynag mati atas dasar iman dn aihtisab (buka atasd dasar membalas nudi atau atas dasar dasar memperlihatkan kasih sayang kepada ahali orang ynag telah meninggal.Pahala yang diperleh dua qirath kerana hadir bersolat atas jenazah dan selepasnya pergi menghanar jenazahnya dikebumikna di perkuburan.

Nabi saw, menggembirakan kita menghadri jenazah bersolat atasnya dan meguburkannya.Hadis ini menunjukkan pula pada besarnya keutamaan Allah terhadap si mati, dan bahawa Allah memuliakan dengan memberikan pahala kepada orang yang berbuat baik kepada si mati sesudah meninggalnya si mati itu.

Walluahu a'lam.

Monday, January 3, 2011

Perkara Yang wajib bagi Allah dan dalilnya

Isnin,3 januari 2010/28, Muharam 2010.


Wajib bagi Allah mempunyai sifat kesempurnaan yang layak bagi zatNya yang Maha Suci. Sifat-sifat kesempurnan Allah tidak berskesudahan.Alla berfirman :

"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah lahi Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Maha Sejahera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Prekasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang membentuk rupa, Yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

- (Surah al Hasyr : 22-24)

Saturday, January 1, 2011

Beriman Dengan Allah

Sabtu 1 Januari 2011/25 Muharam 1432.

Setiap orang Muslim wajib ia percaya atau beriman dengan Allah. Allah adalah nama bagi zat Tuhan yang wajib wujud. Allah adalah nama khas pada lafaznya yang bererti lafaz Allah hanya ljusus untuk Tuhan yang bersifat wajib wujud. Nama ini tidak boleh dinamakan kepada selain zat Allah melainkan dengan disandarkan seperti nama Abdullah (hamba Allah).

Erti nama ini hanya khusus bagi Allah Taala dan tidak boleh difahamkan pengertian ini kepada selain Allah. kerana nama Allah itu membawa maksud "ma'bud bihaq" (yang disembah dengan sebenar-benarnya. Pengertian ini hanya khusus ada bagi Allah dan tidak boleh difahamkan penegrtain ini selain Allah. Menrut Jumhur Ulamak, lafaz Allah adalah AsmulalA'zam (Nama yang paling Agung)

Ar Rahmnan ialah kata nama bagi sifat Allah Taala. Kata Nama ini adalah khas dari sudut lafaznya tetapi dari sudut penegrtiannya adalah umum.Sebab ia dikira khas pada lafaznya iaitu keran lafaz ar rahman itu hnaya khusus disifatkan kepada Allah jua dan idak harus dikatakan kepada selain dari Allah.