Sunday, January 10, 2010
Kelebihan menolong orang yang perlukan bantuan
Draipada Abdullah bin Umar ra bahaw rasulullah saw bersabda:
' (Diantara) orang yang paling dicintai oleh Allah swt ialah orang banyak mmeberi manfaat kepada masyarakat, dan (diantara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau mengilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya Allah akan menutup auratnya (keaibannya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan ia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesipa berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincr (dimasukkan ke neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan, sebagaimana cuka merosakkan madu"
- (HR Imam Tabrani)
Sesorang yang memenuhi hajat orang lain/ menolong menyelesaikan hajatnya, ganjarannya ialah ia dberikan pahala sebulan beriktikaf.
Dengan inii fahamlah kita baha beruntunglah bagi sesiapa yang menjadi orang yang bayak memberi manfaat kepada manusia, memberikan bantuan dlam kerja-kerja kebajikan, menggembirakan nhatin mereka dengan menyelesaikan hutang piutang mereka atau m uisbah yang dideritai olehnya dan keluarganya.
Oleh itu perbanyakkanlah menolong meringankan kesusahan orang lain yang memerukan pertolongan kerana Allah aswt. Allah akan memebrikan pahala kepada orang-orang yang suka menolong.
Saturday, January 9, 2010
Menuntut ilmu, beribadat dan mencari sara hidup
Laksanakan tugas amalan penting harian bagi mendapat faedah dunia dan akhirat agar kita menhyesal di akhirat nanti.
1.Berusaha mencari dan belajar lah ilmu yang bermanafaat dalam agama.
Kita perlu belajar bagi mneingkatakan ilmu serta kefahaman dalam agama supaya dapat kita menjalani ibadat sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Usaha arah ini termasuklah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu, membaca, menyalin atau mengarangnya. Rasulullah saw bersabda menegaskan kemuliaan perbuatan seperti ini;
" Di antara dosa itu, ada yang tidak tertutup oleh solat, puasa dan haji, kecuali oleh perhatian terhadap pencarian ilmu"
" barangsiapa tempoh usianya habis ketika mencari ilmu, maka ia akan menemuiku, sednag perbezaan antara dia dengan p ara nabi hanya satu darjat"
"Barangsiapa menuliskan satu huruf ilmu bagi seorang muslim, maka baginya pahala seprti sedekah satu dinar dan memerdekakan satu hamba sahaya. Untuk setiap huruf, Allah juga menuliskan baginya satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan"
2. Lakukanlah ibadah yang lebih khusuus antaranya seperti :
a) mendirikan solat,
b) berzikir
c) membaca Al Quran
d) bertasbih.
Semua urusan beribadat tersebut bertujuan mengingati dan mendekatrkan diri kepada Allah.Syaikh Muhammad Nawawi mengatakan, " Sesuatu yang dpat menyampaikan kebaikan kepada kaum muslimin, sesuatu yang dpaat menggembnirakan hati mereka dan sesuatu yang memudahkan amal soleh, serti berkhidmat kepada fuqaha,kamu sufi dan ahli agama..."
3. Berusaha mencari rezeki menyara hidup harian uhtuk dari dan keluarga.
Friday, January 8, 2010
Berbuat sesama sudara dalam Islam
Kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak dapat lari dari hidup secara berjamaah atau dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat”. Apabila kita jauh dari sanak saudara dan ahli keluarga, maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau sahabat handai yang tinggal dekat mahupun yang jauh dari kita.
Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 36 : yang bermaksud,
“ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri ”.
Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa melaksanakan tuntutan sosial sesama umat Islam adalah salah satu tuntutan dalam Islam dan ia merupakan salah satu cabang keimanan kita terhadap Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda :
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمٌ وَمَنْ اَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ الله.
( رواه الطبراني )
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan. Dalam persaudaraan dan perpaduan terkandung nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Maka nilai-nilai ini menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat.
Tuntutan melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.
Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah s.w.t. kelebihan suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya : “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.
Berdasarkan hadir tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan amalan suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.
Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menghuraikan hadis tersebut dengan menjelaskan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan bantuan kerana Allah.
Semoga sebagai umat Islam kita sama-sama menyemarakan tuntutan tanggungjawab sosial terutama ditempat kediaman kita. Kerana sesungguhnya tersirat seribu rahsia dan hikmah disebalik semangat tersebut. semoga hubungan yang baik dan semangat tolong menolong dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah (persaudaraan) sesama Islam.
Kesimpulan:
1. Menurut Sunnahtul Allah, bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.
2. Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia.
3. Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah s.w.t. dan Rasul.
4. Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam kehidupan mesyarakat.
Firman Allah swt dalam surah Susilat :34, ynag bermaksud,
(Dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah ( kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau perlaku demikian maka orang-orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib ”.
(Surah Fusilat ayat : 34)
Tuesday, January 5, 2010
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. ( البخاري ومسلم )
5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka. "
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kelima ini. menerangkan:
Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik.
Huraiannya
Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.
Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.
Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah. Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.
Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab, atau alat untuk menjayakan maksudnya.
Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan, atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.
6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )
6- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:
Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.
Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik, maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.
Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat, dan yang ditakuti bala bencananya.
Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.
Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.
Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:
(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk.
(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.
(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu, tentulah aku tidak berjaya.
(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri.
(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.
7- عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )
7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpakamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
(Imam Ahmad)
8- عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ. ( الترمذي )
8- Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. "
(Tirmizi)
9- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ. ( أبو داود والإمام أحمد)
9- Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik"
( Abu Daud dan Imam Ahmad)
Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. Tetapi bukanlah semua jenis ketiga-tiga perkara itu dikira syirik, malah setengah jenisnya sahaja, iaitu yang mengandungi perkataan yang tidak difaham, kerana boleh jadi termasuk perkara sihir, syirik atau lain-lainnya yang dilarang oleh hukum syarak sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliah
Adapun yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an atau zikrullah, maka yang demikian tidak dilarang.
Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya, atau yang berdasarkan sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.
Adapun yang menggunakan kalam Allah, nama-Nya atau sifat-sifat-Nya atau zikrullah, maka yang demikian tidaklah salah.
Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.
Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:
(1) Jangan menggunakan sesuatu benda, atau perkataan, ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah.
(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya, bahkan memberi kesannya itu bergantung kepada takdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa.
(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain dari Allah Azza wa Jalla
Perkara : Baginda S.A.W. Menjadi Tumpuan Pertanyaan Sahabat Sahabatnya
Monday, January 4, 2010
Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan
Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan.
Dalam hidup ini kita diuji oleh Allah swt dengan ditimpanya penyakit, musibah dan kesusahan yang menyebabkan kita merasa menderita menanggung kesakitan dan sesusahan. Jika ditimpa penyakit kita diwajibkan berikhtiar mengubatinya dan pada masa yang sama bedoa memohon kepada Allah swt supaya disembuhkan penyakit tersebut.Dalam menghadapi penyakit itu kita hendaklah redha dan bersabar terhadap Allah swt di atas ujian yang diberikan kepada kita.
2. Dalam hal ini di dalam Al- Quran dikesahkan Nabi Ayub yang pernah menderita akibat penyakit yang dapat dijadika contoh bagimana beliau telah bersabar mendapatkan rahmat Allah swt, dan jika dapat bersabar berterusan ia pasti akan membuahkan kejayaan. Kerana kita yakin kuasa menyembuh itu adalah di tangan Allah dan sesiapa yang diperkenankanNya. Apabila seorang hamba berhubungan dengan Allah yang bersifat Al-Syafi (Yang Maha Menyembuhkan), maka pertolongan Illahi pun berjalan dengan sempurna untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan Allah pula memberi ilham kepadanya. Al- Quran menggambarkan kepada kita mengenai "ubat' yang telah menyembuhkan penyakit yang diderita oleh Nabi Ayub a.s Allah berfirman:
" Hentakkan kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum"-(Surah Sod:41)
3. Terdapat di dalam Al Quran permohonan nabi Ayub kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit yang dideritainya dna Allah memperkenannya nya. Firman allah dlam surah Al-Anbia: 90:
"Dan (ingatlah kisah)Ayub, Ketika ia menyeru Tuhannya: (Ya tuhanku) sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha penyayang..Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu kmai lenyapkan penyakit yang ada padaya, dan kami kembalikan keluarganya kepadanya. Dan kami lipatgandakan bilangan mereka, sebagai satu rahmat dari kami dan untuk menjadi peringatan bagi segala mereka yang menyembah Allah"
4. Manusia lupa bahawa tidak ada siapa pun yang boleh menghilangkan bencana, kecuali allah swt. Firman Allah swt:
"Dan jika Allah menimpa sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya, kecualai Dia".
- (Surah Yunus: 107)
Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun di alam ini ynag boleh kita harapkan untuk menghilangkan bencaa dan kemudaratan, selain dari Allah. Sesungguhnya pintu doa sentiasa terbuka dan peluang untuk "berzikir" terserah kepada kita. Hayatilah ayat-ayat berikut:
1. " Dan sesungguhnya telah kmai mudahkan Al Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan" ( Surah Al Isra': 56)
2." Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam".(Surah: Al-Takwir; 27)
3. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang ynag beriman, supaya tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka0. (Surah Al Hadid: 16)
5. Awaslah supaya perasaan putus asa tidak merayap ke dalam hati kita, yang menyebabkan kita bercita-cita untuk mati,ataupun meminta agar mati itu disegerakan.Anas R.A mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda;
" Janganlah seseorang kaum itu bercita-cita untuk mati kerana penyakit yang menegnainya. Jika sekiranya ia terpaksa bercita-cita maka hendaklah dia berkata begini:
"Ya allah, hidupkanlah aku jika sekiranya hidup itu lebih baik bagiku, matikanlah aku jika sekiranya kematian itu lebih baik bagiku"
Yang paling baik ialah ialah kuat sabar, dan tenang menghadapi setiap ketentuan Allah swt yang menimpa kita serta berserah diri dan redha dengan kehendak Allah swt.
Sunday, January 3, 2010
Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.
Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.
1. Perniagaan sangat digalakkan bagi menyara cara hidup bagi mencari harta kekayaan di dunia. Sembilan persepuluh dari rezeki itu boleh diperolehi dari perniagaan.Walasu bagaimanapun Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula.Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran. serta tidak melibatkan penipuan,. pengananiayaan , pencurian hak orang lain,perampasan, riba dan sebagainya.
an jual beli yang diotetapkan did alam Islam.
2. Menjalankan petrniagaan tanpa mengikut cara yang tersebut dia tas, adalah haram hukumnya kerana tidak menamalkan cara atau peraturan ynag ditetapkan dalam Islam. Haram dipakai dan haram dimakan , sebabperbuatan itu dinamakan perbuatan ynag batil (tidak sah) menurut Agama. Di antara perbuatan ynag yang termasuk perbuatan yang batil adalah seperti berikut.
1. Penipuan
2. Perampasan
3. Makan riba
4. Pengkhianatan
5. Perjudian
6. Suapan
7. Berdusta
8. Pencurian
3. Barang-barang yag bersukat seperti pada zaman dulu tyang tiada alat timbangan seperti hari ini, hendaklah disukat dengna sempurna dan barang-barang yang bertimbanag hendaklah ditimbang dengan cukup, tiada boleh kurang.
Firman Allah swt: " Dan hendaklah kamu sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil"
- ( Al-An'am: 152)
Perbuatan curang mengurangi sukatan dan timbangan dalam syariat Islam adalah dipandang sebagai satu dosa besar. Orang yang melakukannya diancam azab sengsara di akhirat kelak.
Firman Allah swt:
" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya"
- ( Al-Muttaffifin: 1-3)
Rasulullah saw bersabda ynag bermaksud:
" Lima (dibalas) dengna lima. Mereka sahabat bertanya: Apaah lima (dibalas) dengan lima , Hai Rasulullah?
Rasullulah menjawab; satu kaum tidak membatalkan perjanjian melainkan Allah (membenarkan) musuh menguasai mereka. Mereka tidaklah memutuskan perkara dengan selain apa yang telah diturunkan Allah, melainkan merebak kepapaan dalam kalangan mereka.
Tiada lahir di kalangan mereka kejahatan (zina) , melainkan Allah menurunkan ta'un ke atas mereka, yakani banyak kematian. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan, melainkan mereka ditahan dari tunbuh-tumbuhan (tanaman tidak menjadi) dan mereka ditimpa kemarau dan kelaparan. Dan tiadalah mereka menahan zakat (tidak mengeluarkan zakat) melainkan mereka tidak mendapat hujan".
-( HR. At-Thabarani)
Demikianlah ancaman Allah dan Rasul tehadap dosa kerana curang dalam timbangan dan sukatan; Dan Firman allah lagi:
"Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan? Pada suatu hari yang besar, iaitu hari (ketika) manusia berdiri menghadap tuhan semesta alam"
-(Al-Nuthaffifin: 4-6)
Pada hari kiamat nanti orang-orang yang curang itu akan mendpat siksa yang pedih dari Allah. Ini adalah satu kepastian.
Saturday, January 2, 2010
Akhlak Al Quran
Akhlak Islam sebagaimana dalam Al Quran.
Akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
1. " Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
(Al-Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:
2. "Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. " (Ali-Imran:190)
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:" akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. |
| Pada
“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudlaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan … … “ (Yunus [10] : 18).
Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. …. (Az-Zumar [39] : 3).
“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. (At-Taubah [9]: 31).
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Israa’ [17]: 23). Dan pada ayat lannya ditegaskan kembali: “… …Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman [31] : 14).
4. Berbuat baik kepada kerabat seperti anak-anak saudara dekat, seperti kakak, adik, paman dan sebagainya dengan cara bersilaturrahim, saling menghormati, saling menolong, membantu dan sebagainya, dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu”. (An-Nisaa’ [4]: 1). 5. Berbuat baik kepada anak-anak yatim
“Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang”. (Adh-Dhuhaa [93] : 9).
“Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya”. (Adh-Dhuhaa [93]: 10). 7. Berbuat baik kepada tetangga dekat.
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, rr.xka janganlah menyakiti tetangganya …… “ (Diriwayatkan oleh Muslim,
Kesimpulan.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut: Akhlak dan moral.
Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat. Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif. Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif. Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat. Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran a sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung".
(Al-Qalam:4)
Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia. Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai: Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya. Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah: |