Monday, December 7, 2009

Kebesaran Allah mencipta Alam.

Isnin, 7 Disember 2009/ 20 Zulhijjah 1430



Kebesaran Allah mencipta Alam.


Sesungguhnya Allah swt ialah Tuhan yang menciptakn langit dan bumi dengan segala apa yang terkandung di dalam keduanya. In menciptanya dalam masa enam hari. Allah lah yang menjamin kelanjutan semua yang dicipta, juga yang memelihara, yang mengetahui segala hanjat keperluan yang dicipta, dan yang memenuhi semua hajat keperluan yang dicipta. Dia lah yang tidak ada Tuhan selain Allah, hanya Allah yang dapat berbuat semua yang tersebut itu, dan hanya itulah sifat Tuhan, jika ada orang yang bertuhan kepada selain dariNya adalah nyata sesat, kafir dan bodoh.

Ingatlah hanya Allah ynag brerkuasa mencipta semua makhluk dan segala urusan.. meyelubungi malam dengan siang, dan sinar matahari, bulan dan bintang semuanya berjalan munurut perintahNya.


Firman Allah swt, Surah Al'Araf :Ayat 54 ynag bermaksud:

"Sesungguhnya Tuhanmu hanya Allah. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian tegak mengatur di ats Arsy. Dia yang menyelubungi malamn dan siang, susul menyusul dengan segera, juga matahari, bulan dan bintang tunduk berjalan menururt perintahNya. Ingatlah Dia pencipt dan yang memeritah. Mahagung Allah yang memelihara alam semesta",

Sabda Nabi saw, " Siapa yang tidak memuji kepada Allah terhadap perbuatan ynag dilakukannya dari amal soleh dan hanya memuji dirinya sendiri bereti ia kafir( mengingakari hidayat taufik dari Allah) dan gugur amalnya. Dan siapa yang mempercayai bahawa memberi kekekuasaan kepada hamba untuk menentukan apa yang telah diturunkan Allah keapad para rsulNya,kerana firman Allah, Ingatlah di dalam kekuasaan Allah sendiri menjadikan dan dna segala urusan.

Sunday, December 6, 2009

Sifat Ikhlas kerana Allah.

Ahas,6 Disember 20009/19 Zulhijjah 1430.


Sifat Ikhlas kerana Allah.


1. Sifat ikhlas diperlukan bagi mendapat keredhaan Allah swt dalam apa jua kita lakukan atau amalkan . Ikhlas bermakna menumpukan niat pada ibadat yang dilakukan kerana Allah dan diqasadkan menjunjung perintah Allah semata-mata tidak kerana yang lain.

2. Setiap pekerjaan yang dikerjakan itu hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan selain daripada taat akan peritah Allah.

3 Hendaklah tidak berniatkan dari sebab-sebab ynag lain yang boleh dijadikan perbuatan riya' (menunjuk-nunjuk kerana selain Allah) dan inginkan kemasyhuran atau seumpamanya. dari makhluk lain.

4. Apa-apa juga yang dilakukan adalah bebas meninggalkan apa yang ditegah Allah , dan hendaklah diniatkan semata-mata karana mentaati perintah Allah tidak kerana segan atau malu kepada manusia atau sebagainya.

5. Tanpa ikhlas seseorang beramal kerana sesuatu muslihat keduniaan, mahu dipuji, mahu menutup kejahatannya agar orang percaya kepadanya dan bermacam-macam lagi muslihat yang rendah. Orang dari golongan ini walaupun banyak melakukan amalan namun, amalan mereka adalah umpama tubuh yang tidak bernyawa, tidak dapat menolong tuannya dan di hadapan Tuhan nanti akan menjadi debu yang tidak mensyafaatkan orang yang melakukannya.

6. Setiap orang yang beriman kepada Allah s.w.t mestilah mengusahakan ikhlas pada amalannya kerana tanpa ikhlas syiriklah yang menyertai amalan tersebut, sebanyak ketiadaan ikhlas itu.

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (Ayat 31 : Surah al-Hajj )

“Serta (diwajibkan kepadaku): ‘Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik’”. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan tidak juga dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). ( Ayat 105 & 106 : Surah Yunus )

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. (Ayat 37 : Surah al-Hajj )

Allah s.w.t menyeru sekaligus supaya berbuat ikhlas dan tidak berbuat syirik. Ikhlas adalah lawan kepada syirik. Jika sesuatu amal itu dilakukan dengan anggapan bahawa ada makhluk yang berkuasa mendatangkan manfaat atau mudarat, maka tidak ada ikhlas pada amal tersebut. Bila tidak ada ikhlas akan adalah syirik iaitu sesuatu atau seseorang yang kepadanya amal itu ditujukan. Orang yang beramal tanpa ikhlas itu dipanggil orang yang zalim, walaupun pada zahirnya dia tidak menzalimi sesiapa.

7. Perkara yang asas sifat kepada ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t semata-mata,buka kerana ynag selaian daripadaNya. Kepentingan nadfsu kerana kemegahan dunia merupakan musuh ikhlas yang paling utama.Sifat manusia mempunyai Nafsu inginkan kemewahan, keseronokan, kedudukan, kemuliaan, puji-pujian dan menjadi ternama dan mahu disanjung oleh orang lain. Apa yang lahir daripada nafsu itulah yang sering menghalang atau merosakkan ikhlas dan membatalkan dari mendapat pahala serta keredhaan Allah yang abadi di ahirat.


Nabi Yusuf a.s adalah hamba Allah s.w.t yang ikhlas. Hamba yang ikhlas berada dalam pemeliharaan Allah s.w.t. Apabila dia dirangsang untuk melakukan kejahatan dan kekotoran, Nur Rahsia Allah s.w.t akan memancar di dalam hatinya sehingga dia menyaksikan dengan jelas akan tanda-tanda Allah s.w.t dan sekaligus meleburkan rangsangan jahat tadi. Inilah tingkat ikhlas yang tertinggi yang dimiliki oleh orang arif dan hampir dengan Allah s.w.t. Mata hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, tidak pada dirinya dan perbuatannya. Orang yang berada di dalam makam ikhlas yang tertinggi ini sentiasa dalam keredaan Allah s.w.t baik semasa beramal ataupun semasa diam. Allah s.w.t sendiri yang memeliharanya. Allah s.w.t mengajarkan agar hamba-Nya berhubung dengan-Nya dalam keadaan ikhlas.

Dia Yang Tetap Hidup; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ( Ayat 65 : Surah al-Mu’min )

Allah s.w.t jua Yang Hidup. Dia yang memiliki segala kehidupan. Dia jualah Tuhan sekalian alam. Apa sahaja yang ada dalam alam ini adalah ciptaan-Nya. Apa sahaja yang hidup adalah diperhidupkan oleh-Nya. Jalan dari Allah s.w.t adalah nikmat dan kurniaan sementara jalan dari hamba kepada-Nya pula adalah ikhlas. Hamba dituntut supaya mengikhlaskan segala aspek kehidupan untuk-Nya. Dalam melaksanakan tuntutan mengikhlaskan kehidupan untuk Allah s.w.t ini hamba tidak boleh berasa takut dan gentar kepada sesama makhluk.
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan yang demikian). ( Ayat 14 : Surah al-Mu’min )

Allah s.w.t telah menetapkan kod etika kehidupan yang perlu dijunjung, dihayati, diamalkan, disebarkan dan diperjuangkan oleh kaum muslimin dengan sepenuh jiwa raga dalam keadaan ikhlas kerana Allah s.w.t, meskipun ada orang-orang yang tidak suka, orang-orang yang menghina, orang-orang yang membangkang dan mengadakan perlawanan. Keikhlasan yang diperjuangkan dalam kehidupan dunia ini akan dibawa bersama apabila menemui Tuhan kelak.

Saturday, December 5, 2009

Jauhkan perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran

Sabtu, 5 Disember 2009/18 Zulhijjah 1430

Jauhkan perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran

1. Orang mukmin dikehendaki memberikan kasih sayang serta cintnya terhadap Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya dengan menjauhi perkara yang membawa kekafiran. Adalah dilarang untuk meneruskan hubungan baik atau berkasih sayang dengan mereka yang mengutamakan kekafiran daripada beriman kepada Allah swt.


2. Adalah menjadi satu dosa besar jika seorang itu menjadikan beberapa golongann yang tersebut , walaupun ada perhubungan persaudaraan orang-orang yang mencintai kerabatnaya, hartabendanya, perusahaannya, tempat tinggalnya dan berkepentingan sendiri, yang ada kaitan dengan urusannya dan menjadikan sebab untuk mengutamakan mereka bagi meninggalkan apa yang diperintahkan Allah dari mencintai Allah dan Rasulnya.,

Firman Allah swt,

23. " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): " Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri (suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan hartabenda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (azab siksanya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik"

- (Surah Taubah: 23-24)

(Nota: Mohd Shukri bin Shafie, meninggal dunia l/k jam 3. 00 pm di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang. Jenazah dibawa dengan van jenazah bertolak dari hospital jam 7.45 pm di bawa ke temerloh untuk dikembumikan di Kg Paya Jauh jam 11.30 pm. Kami sekeluarga sempat ke kubur untuk pengkebumian pada itu, selesai 12.30 mlm. Semoga Allah memberikan keampunan serta rahmat kepada Roh Allah yarham. Amin).

Friday, December 4, 2009

Pohon kepada Allah sahaja

  1. 4, Disember 2009/16 Zuljijjah 1430.

  2. Dari Abu Dzar Al -Ghifari ra., dari Nabi saw, beliau meriwayatkan “Sesungguhnya Allah swt telah berfirman “ Hai hambaku! Sesungguhnya Aku mengharamkan atas diriku kezaliman dan Aku menjadikannya haram di antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi (menganiaya). Hai hambaku! Kamu semua sesat kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepadaKu, nescaya Aku akan memberikan petunjuk. Hai hambaku ! Kamu semua lapar kecuali orang yang telah Aku beri makan, maka mintalah makan kepadaKu, pasti Aku memberi makan padamu. Hai hambaK ! Kamu semua telanjang, kecualai orang yang telah Aku berikan pakaian, maka mitalah pakaian kepadKu, pasti Aku akan memberikan pakaian. Hai hambaku! Sesungguhnya kamu berbuat dosa di waktu siang dan malam, daa Aku yang akan nengampuni semua dosa-dosa itu, maka mohonlah kapadaKu, pasti Aku akan mengampunimu. Hai hambaku! Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi mudharat kepadaKu, begitupula kamu tak akan dapat memberi manafaat kepadaKu. Hai hambaKu! Senadainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang datang kemudian daripadamu, manusia dan Jin, semua mereka memiliki hati dan taqwa seperti hati seorang yang paling taqwa di antara kamu, hal itu tak akan menambah kepada kerajaanKu sedikipun juga. Hai hambaKu! Seandainya orang-orang yang terdahulu dan yang datang kemudian daripadamu, manusia dan Jin, semua mereka itu memiliki hati seperti hati seorang yang paling jahat dinatara kamu, hal itu pun tidak akan mengurangi kepada kerajaanKu sedikitpun. Hai hambaku! Seandainya orang-orang yang terdahulu dan yang datang kemudian daripadamu, manusia dan Jin, semua mereka berada di satu tempat (di bumi ini) dan semua mereka meminta kepadaKu lalu Aku memberinya kepada setiap orang permintaannya, itu tidaklah mengurangi apa yang Aku miliki, melainkan ibarat sebatang jarum apabila dimasukkan ke laut (jarum tersebut apabila dikeluarkan maka tidak akan mengurangi air laut sedikitpun). Hai hambaku! Sesungguhnya Aku menghitung semua amal perbuatanmu dan Aku akan membberi balasan atas semua amalan tersebut. Maka barang siapa yang mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji Allah (mensyukuri kurniaanNya), sebaliknya barangsiapa mendapatkan selain daripada itu, maka janganlah ia salahkan kecuali dirinya sendiri” - (Diriwayatkan Oleh Imam Muslim)

Thursday, December 3, 2009

Wajib memahami dan mamatuhi isi Al Quran.

Khamis 3 Disember 2009/15 Zulkaedah 1430.

Wajib memahami dan mematuhi isi Al Quran

1. Umat manusia sangat bertuah kerana mempunyai Al Quran yang merupakan wahyu Allah untuk diamal dan dijadikan panduan dan pegangan hidup di dunia dan di akhirat. Tetapi adakah kita benar-benar membaca, memahamaminya untuk dipatuhi segala ajaran dan perintahNya? Jika dipatuhi ia akan dapat menjadikan umat itu beriman dan dapat memimpin dan mentadbirkan dunia ini sebagai khalifah Allah.

2. Quran bukan setakat untuk lebih dibaca atau dilagukan sahaja, tapi ajaranya diamalkan dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya adalah lebih penting lagi. Ini bermakna isi Al- Quran itu perlu benar-benar di kaji serta difahmi bagi melaksanakan maksud yang disampaikan oleh Allah swt. Sungguh menghairankan jika ada manusia yang tidak ingin menegetahui kandungannya sedangkan pelbagai manfaat dan ganjaran yang besar terdapat di dalamnya untuk diambil selain dari dijadikan ubat penawar atau jampi bagi menyembuhankan penyakit sebagaimana yang biasa diamalkan dalam pengubatan penyakit.

3. Adalah malang dan zalim jika manusia yang beriman kepada Allah dan Al- Quran tetapi tidak menghayatinya sedangkan Al-Quran itu diturunkan bagi faedah yang besar untuk kebahagiaan bukan menyusahkan mereka. Sepatutnyalah kita sebagai muslim yang berlandaskan Wahyu Allah dapat berjaya dan tidak menjadi menderita dan dizalimi semasa hidup di dunia dan kita dijanjikan dengan kebahagiaan di akhirat dengan memelakisanakan perintah-perintah Allah.

Firman Allah swt, " Kami tidak menurunkan Al -Quran ini kepadamu agar kamu susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)."

- ( Surah Taha: 2-3)

4. Tidak ada jalan lain bagi kita melainkan kita perlu mempelajari dan menghayatai Al-Quran , suapaya tidak menzalimi Al Quran dan diri dosa yang besar ini, dan tidak bermakna dengan kemewahan dunia yang yang sedikit ini kita akian diselamatkan Allah di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

Wednesday, December 2, 2009

Yang mula-mula dihisab- solat

Rabu, 2 Disember 2009/14 Zulkaedah 21430


Amalan yang mula-mula di hisab ialah solat



113- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. (الترمذي)

113- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .



(Tirmizi).



Seseorang mukmin yang betul memahami kandungan hadis yang tersebut sudah tentu tidak akan cuai membetulkan sembahyang fardunya yang lima waktu sehari semalam, dan tidak pula merasa keberatan mengamalkan sembahyang sunat, puasa sunat, sedekah sunat, dan haji sunat bila mampu berbuat demikian.



Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua Malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi sebagaimana yang diterangkan oleh ayat-ayat 24 Surah an-Nur, 65 Surah Yasin dan 20 Surah Fussilat; juga oleh hadis yang berikut:

Tuesday, December 1, 2009

Balasan terhadap amalan manusi di dunia

Selasa 1, Disember 2009/14 Zulhijjah 1430,.


Surah Al-Araf- Ayat 3,4, 8, 10.

1, Mematuhi ajaran-ajaaran yang diturun oleh Allah sahaja dan menolak ajaran-ajaran yang lain

2. Mengingatkan mala petaka dan bencana yang ditimpa ke atas umat-umat yang derhaka,

3. Mengingatkan segala amalan manusia akan ditimbang dengan seadil-adilnya pada hari akhirat.

4. Mengingatkan manusia kepada nikmat-nimat yang besar telah dikurniakan kepada mereka.


Ayat 3. Firman Allah swt,

(Katakan kepada mereka wahai Muhammad) " Turutlah apa ynag telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pimpinan-pemikmpin selain dari Allah (tatpi sayang) matlaah sedikit kamu mengambil peringatan"

Ayat 4.

"Dan berapa banyka negeri yang Kami binasakan dia, iaitu datang azab siksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau keika mereka berejat pada tengahari"

Ayat 8.

" Dan timbangan amalan pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Ayat 10.

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan ( supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukyur".