Wednesday, July 15, 2009

Tentang kejadian manusia

Rabu, 15 Julai 2009, 22Rejab 1430.

Sabda Rasulullah saw, Maksudnya, " Dari Abu Abdul Rahman bin Mas'ud katanya. "Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw, dan ia benar lagi dibenarkan.

Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannyya dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu kemudian menjadi segumpal daging sperti yang demikian juga iaitu 400 hari kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan ruh padanya dan diperintahkan menuliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagiannya.

Maka demi Allah ynag tiada Tuhan selainnya. sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia mengerjakan pula dengan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalamnya.

Dan sesungguhnya salah seorang kamu memgerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya keyterntuan tulisan lalu diapun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya"
-Riwayat Bukhari dan Muslim.

1. Setelah ditiupkan roh oleh malaikat semasa berada di dalam kandunga ibunya. Mka adiperintahkan pula oleh Allah kepada malaikat supaya dituliskan empat kalimah tentang rezekinya , amalanya, umurnya dan kesudahan ajalnya sama ada bahagia atau celaka.

2. Namun perkara ini adalah menjadi rahasi Allah dan kita tidak mengertahui berapa banyak rezeki kita, berapa panjang umur kita dan bagaimanakah kesudahan kita nanti.Apa ynag seharusny kita lakukan ilah berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang hamba yang mennaikan segala perintah Allah dengan sempurna,

3. Allah jadikan manusia daripada setiis air mani. Stelah 40 hari Allah mengolahkannya menjadi segumpal darah setelah 40 hari pula Allah Allah menjadikanya segumpal daging dan setelah 40 hari kemudian Allah menjadikan pula kerangka yang disalut dengan daging, urat-urat saraf, jantung, hatu, usus, jantian, mata, telinga, hidung. mulutkaki tangan dan lain-lain anggota badan. Setelah semua anggota sudah terbukti menjadi seorang manusia maka ditiupkan pula ruh. Melalui ruh ini manusia itu dapat bergerak dan benafas. Kemudian lahirlah manusia ke dunia ini dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.


Firman Allah yang bermaksud. "Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari stitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) dan kerana itu kami menjadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus ada yang bersyukur dan ada yang kafir"
( - Al-Insan: 1-3)

1. Semasa di dalam kandungan hanya Allah sahaja yang menjaga dan memberi rezeki kepada kita iaitu semasa berada di dalam perut ibu.

2. Kelahiran manusia ke dunia ini adalah dengan kehendak dan kemahuanNya bukan kerana dengan kehendak manusia. Kita tidak berupaya memaksa Allah supaya melahir dan menghidupkan kita. Allah yang menentukan selama mana ia akan dihidupkan di dunia ini dan kemudian Allahlah juga yang akan menentukan pula bila dia akan mati untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

3. Kejadian manusia yang sebegini indah dan sempurna adalah contoh yang terbaik untuk kita mengkaji dan memikirkannya dengan berteraskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tentang keagunganNya.

Tuesday, July 14, 2009

Membersihkan diri daripada sifat Mazmumah

Selasa, 14 Julai 2009/21 Rejab 1430H

Dari segi zahirnya kita dengan mudah menjaga kebersihan tubuh badan pakaian atau tempat tinggal dari kekotoran yang boleh membawa kepada penyakit dan menganggu kehidupan harian.Tetapi adalah amat sukar mengawasi akhlak dan hati kita daripada melakukan maksiat terhadap Allah swt. Sebagai orang Islam kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan jiwa atau rohani kita daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) seperti hasad dengki, ujub, riak, takbur, caci mencaci, fitnahj memfitnah, mengumpat, menghina orang lain, derhakan kepada ibu bapa, emninggalkan solat dan seumpamanya yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan budaya hidup manusia.

Mtlamat kita ialah untuk melaksana perintah allah dengan melakukan kenbbaikan dan meninjauhkan perkara yang ditegah, supaya kita mendapat ganjaran dan keredhaan Allah swt dengan balasan syurga di akhirat nanti. Oleh itu kita perlulah berusaha pada seiap masa tiadak lari dari tuntutan agama yang melaranag kita melakukan amalan ynag bersifat mazmumah seperti di sebutkan di atas tadi. Kita hendakjlah berusahan membersihakan dirikita dari pada sifat-sifat keji yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak dan jiwa kita yang akan menjerumuskan kita kepada kehinaan hidup di dunia dan kahirat, kerana maksiat dan dosa sama ada zahir atu batin akan menghalang kit adipada menjadi seorang hamba ynag taat melaksanakn perintah Allah.

Sabda Rasulullah saw.

"Jika seorang mukmin jika ia berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya senoktah titik warna hitam.Dan jika dia menyedari akan kesalahan dan dosanya itu, jika dia bertaubat dan berisghfar maka hatinya akan kembali menjadi putuh bersih. Jika ditambah pula degan dosa lain, noktah itu akan bertambah menutup hatinya. Inilah yang disebutkan oleh Allah: Sungguh telah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri".

- (H.R. Al-Hakim, Tarmizi, An-Nasi dan Ibnmu Majah dari abu Hu7rairah)

Thursday, July 9, 2009

Kewajipan berzakat

KHAMIS, 09 JULAI 2009/ 15 REJAB 1430 H,

Zakat ertinya kesucian dan kebersihan. Menurut istilah syarak ialah, mengeluakan sebahagian harta atau bahan makanan yang utama mernurut ketentuan dan ukuran yang ditentukan oleh syarak. Zakat mulai disyariatkan pada tahun ke 11 H. Adapun harta yang dikenakan zakat itu terdiri dari:

1. Binatang-binatang ternakan spt sapi, kerbau. lembu, kambing, biri-biri dan kibas.
2.tanam-tanaman dan buah-buahan yang menyengangkan misalnya padi, jagung, gandum, tamar dll.
3. Emas dan perak
4. Harta benda perdagangan.

Zakat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Zakat harta- zakat ini hanya wajib di atas orang yang kaya sahaja. Zakat harta ialah mengeluarkan sebahagian harta menurut ukuran yang tertentu, bila harta itu telah sampai nisabnya, kepada lapan golongan iaitu:

1. Orang fakir
2. Oranag miskin
3. Amil
4. Mualaf
5. Hamba
6. Orang ynag berhutang banyak
7. Yang maksud dengan sabillilah.
8. Orang musafir


Hadis menyatakan:

"Dari Ibnu Abbas r.a, Bahawasanya Nabi saw, telah mngutus Muaz ke Yaman, lalu beliau berkata:
Ajaklah mereka kepada pengakuan, bahawa tiada ada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Aku Rasulullah. Maka jika mereka telah mentaatinya yang demikian itu, maka beritahukan kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan solat lima kali sehari semalam di atas mereka. Maka jika mereka telah mentaati pula yang demikan itu, beritahukan pula kepada mereka, bahawa Allah telah mewajibkan zakat di atas mereka, yang dipungut dari orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin mereka".
-( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

2. Zakat fitrah - Zakat fitrah dinamakan juga zakat diri, ertinya zakat untuk mesucikan badan atau jiwa. Zakat fitrah dikeluarkan sebahagain dari makanan ynag utama menurut ukuran ynag ditentukan oleh agama, ynag diwajibkan di atas tiap-tiap seseorang, baik kaya mahu pun miskin, lelaki dan perempuan, tua atau muda sesudah selesai mengerjakan puasa Ramadhan triap-tiap tahun.

Firman Allah swt. Maksudnya, "Ambillah (Ya Muhammad) sebahagian harta mereka untuk dijadikan zakat, guna mensucikan mereka dan pembersihan mereka".-( Surah At Taubah: 102)

Hadis Nabi saw, yang bermaksud, "Dari Ibnu Umar berkata: Telah diwajibkan oleh Rasulullah saw zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang, satu gantang tamar".
- (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 7, 2009

Kurnia Allah Yang terbesar.

Selasa, 7 Julai 2009/14 Rejab 1430 H.


Kurnia Allah Yang terbesar.

Sebagai seorang Muslim kita wajib bersyukur di atas pengurniaan Allah kepada kita kerana dikurniakan kepada kita agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw kepada kita. Allah sendiri telah mengakui Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikan kepada hamba-hambaNya, sebagaimana yang di firmakan di dalam Al Quran,

"Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam itu agama bagimu"

-( Al-Maidah 5:3)

Oleh itu semestinya kita bersyukur dan berterima kasih di atas pengurniaan tersebut dan menjadi kewajipan kita pula unmtuk melaksanakan segla perintah yang diwajibkan untuk kita mematuhhinya melallui RasulNyha Muhammad saw.

Seorang muslim ialah apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Muslim bukan harta yang diterima secara keturunan begitu sahaja, tetapi suatu harta yang perlu diperolehi dan diamalkan secara sedar atau usaha. Jika dilakukan dengan usaha untuk memperolehinya, maka kita akan memperolehinya. Sebaliknya jika kita mengambil tidak peduli kepadanya, ia akan dicabut dari diri kita, Na'uzu billah min zalik.

Bila kita seorang Muslim bererti kita mempunyai penuh keedaran dan kesengajaan menerima apa ynag telah diajarkan oleh Rasulullah swa, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut.

Adalah jelas difahamkan Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan agama tersebut. Oleh itu adalah menjadi keawjipan seorang Muslim belajar ilmu fardhu ain untuk mengamalkan islam supaya tidak sekadar islam sebahagian keturunan sahaja, tanpa bekalan ilmu pengetahuan sebgaimaan yang dibawa oleh Rasulullah saw. Dengan itu pelajarilah agama islamm itu dengan pengethauan ynag memungkinkan untuk memahami perkara yang dikatakan fardhu ain bagai memahami asas ajaran islam mengikut al quran dan as sunnah Rasulullah saw.

Setiap muslim harus memahami benar aturan hidup yang benar dan meninggalkan perkara-perkara yang batil. Ia harus juga memahami dengan baik cara hidup khusus yang telah dietatapkan oleh Allah swt, bagi orang muslim. Dalam hal ini seorang muslim mestilah melapangkan masanya untuk mempelajari agama islam seperti melalui sekolah bagi kanak-kanak, surau atau masjid dan daripada guru agama bagi orana dewasa yang tidak berkesempatan belajar agama semasa kanak-kanak dulu. Apabila pegangan iman sudah sebati, belajar agama serta mengamalkannya itu tidak lagi menjadi kesulitan baginya.

Monday, July 6, 2009

Kelebihan/Pahala solat berjemaah

Isnin. 6 Julai 2009/13 Rejab 1430.

Pahala solat berjemaah.

Ramai orang yang taat melakukan solat di rumah atau secara berseorangan di rumah, tetapi tidak menyedari kelebihan gajaran pahala yang diberolehi bersolat jemaah di masjid/surau. Besolat jemaah itu adalah dua puluh tujuh kali lebih banyak derajat pahala yang dikurniakan Allah.Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keridhaan Allah swt, dengan hanya berusaha melakukan lebih sedikit.Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt,di akhirat nanti. Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.

Kelebihan solat berjemaah sebagimana yang disabdkan oleh Rasulullah saw,

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"

- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)

Dalam satu hadis yang lain abu hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Nabi Muhammad saw bersabda, "Solat dengan berjemaah adala 25 kali lebih utama dari solat di rumah atau di kedai. ini adalah kerana apabila seorang hendak solat maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa. Kalau dia ber'iktikaf pula dalam masjid degan ada wudhu selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah swt memohon ampun untuknya. Dan selagi dia ber'iktikaf menunggu solat, dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sibuk bersolat."

(Riwayat Al Bukahri, Muslim, Abu Daud , Tarmizi,Ibn Majah)

Keterangan:

1. Peselisihan derajat dari 25 ke 27 ini adalah kerana perselisihan ikhlas dalam diri perseorangan.

2. Dalam solat Sri ( yakni zuhur dan asar) ia adalah 25 kali, manakala bagi solat jahri ( solat subuh, maghrib dan isyak) ia adalah 27 kali.

3.Pada mula ia adalah 25 kali, tetapi selepas itu Allah swt sebagai satu anugerah kepada aumat Muhammad saw menambahkan pahala itu menjadi 27 kali.

Rasulullah saw telah juga menjelaskan kepada kita bahawa betapa pahala atau rahmat Allah swt, itu terus bertambah-tanmbah bagi seorang yang lepas berwudhu, keluar dari rumah dengan niat semata-mata hendak solat dengan berjemaah di masjid, setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan juga menghapuskan satu dosa.

Disebut dalamm hadis lain yang bermaksud, bahawa seorang yang menambil wudhu di rumah,kemudian keluar dari rumahnya ke masjid adalah seumpama seorang yang selepas memakai ihram di rumahnya, keluar untuk mengerjakan fardhu haji.

Di dalam hadis di atas dijelaskan iaitu selagi seseorang itu beriktikaf di dalam masjid selepas selesai solat, para malaikat berdoa memohon ampun dan rahmat untuknya. Malaikat-malaikat adalah makhluk Allah swt yang maksum, jadi kesannya doa mereka itu ternyata makbul di sisi Allah swt.

Semasa selepas bacaan fatihah dan lafaz Amin selepas imam itu, malaikat sama-sama berkata amin. Allah mengampunkan dosa yang lampau bagi orang yang aminya serentak bersma dengan para malaikat. Inilah berkat berjemaah yang tidak didapati solat secara bersendirian.

Dalam hadis yang lain,

Dari Abu Hurairah ra katanya:"Rasulullah saw bersabda:"Solatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipatgandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara sendirian-munfarid- atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahawasanya apabila seseorang itu berwudhu' lalu memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersolat, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersolat, maka para malaikat itu sentiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat solatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah, "Ya Allah, berikahlah kerahmatan pada orang itu; Ya Allah, belaskasihanlah ia". Orang tersebut dianggap berada dalam solat, selama ia menantikan solat jeamah".
- (Muttafaq alaih)


----------------------------------------------------------------------------------

Selasa 7 Julai 2009/14 Rejab 1430,

Sunday, July 5, 2009

Jalan menuju keridhaan Islam

Ahad, 5 julai 2009/12 Rejab 1430H

Jalan Menuju Keridhaan Islam.

Firman Allah swt yang bermaksud,


"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cinta, Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Ali 'Imran 3:92)

Kebesaran Islam yang sebenar terletak pada prinsip bahawa apa pun yang anda cintai mestilah anda korbankan untuk Allah. Anda tentu tahu bahawa dalam semua urusan hidup anda, Allah mengajak anda kepada satu matlamat sedangkan anda sendiri mengajak ke arah lain.

Allah menyuruh anda mengerjakan satu perbuatan,tapi nafs (diri) memujuk agar anda tidak mengerjakannaya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesulitan dan kerugian.

Allah melarang anda mengerjakan sesuatu, tapi nafs (diri) memujuk anda agar tidak mengerjakannnya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesenangn dan keberuntungan.

Di satu pihak terdapat keridhaan Allah, sedangkan di lain pihak adalah kesenangan dan kepuasan diri. Di sebaliknya itu ialah jalan kufr dan kemunafikan.Seseorang yang melarikan dirinya dari pujukan dunia dan tunduk patuh pada perintah-perintah Allah adalah orang-orang yang telah memilih jalan Islam.

FirmanNya lagi:

"Katakanlah: " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah. Tuhan Semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)"
- (Al-An'am 6: 162-163)

Huraian;

1. Yang dituntut dalam islam ialah bahawa manusia hendaklah mepersembahkan seluruh kerja amalaya , hidup dan matinya semata-mata untuk Allah. Tidak membahagi-bahagikan hal Allah dalam hal ini dengan yang lain.

2. Apa yang dilakukan ialah dengan niat semata-mata untuk mencari keridhaan Allah, dan dilakukan menurut aturan-aturan yang telah digariskanNya.Tanpa niat kerana Allah tidaklah dikatakan sempurna imannya.

3.Yang penting ialah pengakuan pengabdian diri kepada Allah yang sejati iaitu peneguhan dalam hati dan diikuti dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dari segi hidupnya, matinya , kesetiaanynya, kepatuhannya dan peghambaan, pendeknya seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah atau kerana Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Agama Mudah dan Senang

Rabu, 1 Julai 2009/8 Rejab 1430

Terjemahan Hadis Sahih Imam Al-Bukhari, Hadis 6.

Dari Abi Hurairah r.a ia berkata. Bersabda Rasulullah saw, " Bahawa Agama itu mudah dan tiada menyusahkan (membaratkan) akan agama oleh seseorang melainkan dikalahkandia,kerana ini hendaklah kamu akan dan hendaklah kamu sederhanakan, dan hendaklah kamu gembirakan dan hendaklah kamu minta pertolongan di waktu pagi dan petang dan satu bahagian daripada akhir malam".

Huraian:

1. Agama Islam adalah mudah dari segi petunjuknya serta amalannya. Jika sengaja menyusah-nyusahkan serta melamlapau akan menemui kekeciwaan. Seperti mengerjakan yang sunat secara melampau dalam puasa dan solat. Akibatnya merasa jemu atau kesihatan terganggu dan melemahkan semangat untuk terus beramal.

2. Agama Islam itu senang dalam ertikata, hukum dan peraturan serta ajarannya telah sedia diaturkan dengan baik dan mudah serta senang untuk mengerjakannya sepanjang umur hidupnaya. Oleh itu Rasulllah saw menyuruh umatnya:

a) Betul jujur di dalam segala amalan menurut yang diaturkan.

b) Bersederhana di dalam amalan, supaya terpelihara daripada perasaan jemu dan bosan

c) Sentiasa bergembeira dengan harapan mendapat balasan Allah setelah dikerjakan amal-amal kebajikan itu sebagaiman kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

d) Di samping itu hendaklaah kita memohon pertolongan Allah dalam mengerjakan amalan dan ketaatan mengikut amalan wajib dan sunatnya.