Thursday, June 13, 2013

Menggunakan masa dengan berfaedah

Menggunakan masa dengan berfaedah:

Masa sangat berharga bagi mereka yang ingin menacri keredhaan Allah swt. Bagi yang tiada kesedaran mengingatkan kehidupan di akhirat selepas menetap sekejap di duniia fana, masa tidak memberi makna apa-apa. Mereka boleh berberbicara dengan sia-sia, melakukan perbuatan yang membuang masa tanpa memikirkan hasil yang diperolehi untuk menjadi sebahagian kebajikan akhirat dengan mensia-siakan masa . Waktu ini bagi orang yang beriman adalah kesempatan untuk beramal dan menjadi khazanah untuk bekalan amal soleh untuk akhirat.

Nabi saw bersabda bahawa ucapan subhanallah nilainya sama dengan gunung uhud. Ucapan ini menunjukkan bahawa kesempatan diam harus digunakan untuk beramal yang memberikan keuntungan atau ganjaran yang besar nilainya di sisi Allah swt. Ucapan subhanallah yang dapat diucapkan selama satu jam umpamanya akan memberikan ganjaran beribu gunung uhud. Betap banyaknya paha di sisi Allah? .Nabi saw mengingatkan supaya "orang beriman itu apabila berbicara hendaklah yang baik atau diam". Oleh itu jauhkan diri dari melakukan kemaksiatan dan sia-sia, sebaliknya menggunakan masa dengan berfaedah dan mendatangkan kebaikan untuk bekalan akhirat.

Masa yang digunakan untuk berfikir mengenai keselamatan umat adalah lebih utama ,memandangkan berfikr sesaat , pahalanya sama dengan 70 tahun ibadah. Sebaliknya rugilah sekiranya berfikir untuk menghancurkan sesama sendiri. Yang berfikir tentang kebesaran Allah,diberitahu oleh Nabi nilainya sama dengan ibadah satu tahun, Yang brfikir tentang negeri akhirat dan segaa balasannya mendapatkan nilai sama dengan ibadah tujuh tahun.

No comments: