Tuesday, August 20, 2013

Beramal dengan ASyatul Kursi, bsar fadhikatnya

  • Ayat Kursi, Surah Al baqarah 255. Terjemahannya.

    [255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)

    (Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk us
    ahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya))

  • Abu Samah Mohd Amin Al Quran m.s. 42, Surah Al Baqarah Ayat 55
  • Abu Samah Mohd Amin Fadhilat membaca sebagai wirid selepas Solat lima waktu.
    1. Ayat kursi sebagai ayat teragung di dalam Al Quran.
    2. Di dalam Ayat Kursi terdapat asma' Allah yang Agung.
    3.Syaitan menghindari orang yang membaca Ayatul Kursi.
    4.Orang yang membaca Ayatul
     Kursi selepas solat wajib berada di dalam perlindungan Allah hingga ke solat berikutnya.
    5. Tidak ada jarak yang memisahkan antara orang yang membaca Ayatul Kursi selepas solat waajib dari surga kecuali kematian. 
    Sabda Rasulullah saw
    (Sesiapa membaca Ayatul Kursi selepas soilat wajib, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga kecuali kematian.) Tapi syarat-syarat lain diperlukan.

  • Abu Samah Mohd Amin Betapa mudahnya beramal dengan ayat ini, namun alangkah besar balasan dan ganjarnnya. beruntunglah bagi kita semua jika dapat mengamalkan bacaan Ayatul Kursi ini.
    Marilah sama-sama kita menghayati ayat ini dengan cara membacanya, mengkaji, meyakini dan mengamalkan dan menyebarkan kelebihannnya.Wallau 'alam.

No comments: