Firman Allah swt dalam surah Luqman: 34 yang bemaksud:
[34]
" Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
Apakan pengajaran yang dapat kita renungkan daripada ayat dia atas:
1. Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui segala-galanya...mengenai Hari qiamat, hal yang berlaku akan datang, kandungan rahim seseorang, kematian dll.
2. Tanggungjawab kita terhadap Allah adalah berlumba-lumba melakukan kebaikan dan perintah Allah, kerana Allah tanpa diabai atau diatngguhkan.
3. Marilah kita melakukan taubat memohon keampunan Allah sebelum ajal menjemput kerana pintu taubat tertutup bila sampainya ajal kita.
4. Tiada siapa yang tahu bila datangnya maut. Yang pasti tiap-tiap diri pasti akan merasai mati. Mengingati mati itu penting, supaya kita dapat melakukan amal soleh yang diperintah dan diwajibkan kepada kita, dan sentiasa bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari segala doas zahir dan juga batin.
5. Oleh itu hendaklah kita menjadikan diri kita seorang yang sentiasa beristiqamah dengan bertaqwa kepada Allah untuk mendapat keredahaan Allah dan Allah redha kepada kita.
Firman Allah dalam surah An-Nahl: 32 yang bermaksud:
"Orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mangatakan kepada mereka "salamun alaikum" (Selamat sejahterlah atas kamu) masuklah kamu ke dalam syurga itu
No comments:
Post a Comment