Dari Ubaidah al Mulaiki r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Wahai ahli-ahli Quran, janganlah kamu menggunakan Al Quran sebagai bantal dan bacalah Al Quran dengan sebenar-benarnya bacaan pada malam dan siaang hari, sebarkanlah ia, bacalah ia dengan suara yang merdu, dan fikirkanlah isi kandungannya ! . Mudah-mudahan kamu beruntung. Janganlah kamu meminta disegerakan upahnya (di dunia), kerana ia mempunyai ganjaran (di akhirat)".
- (HR. Baihaqi)
Di antara isi yang dapat difahamkan dari hadisnini ialah:
1. Al Quran hendaklah dibaca setiap masa sebagai zikirullah. Setidka-tidaknya pada masa yang tertentu seperti selepas slat loima waktu atu masa yang diahskan untuknya. Kita seharusnya menghormati Al Quran yang mulia dengan meletakkan di temapat yang tinggi lagi bersih dari keklotoran.
2. Membaca Al Quran dengan penuh rasa cintga dengan menjaga adab bacaan di samping membacanya dengan kaedah bertajwid fasih lagi tartil.
3. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita menyebarkan isi dan pengajaran darin Al Quran dengan apa cara sama ada dalam perbualan, tulisan,ceramah, perbuatan dan menggalakkan pembelajaran Al Quran kepada mereka sama-a da kanak-kanak mahu pun dewasa.
4. Bacalah Al Quran dengan suara baik, merdu dan fasih laginbertartib.
5. Memahami maksud ayat quran yang dibaca dan mempelajari perkara-perkara yang berkatain seperti hukum, kaedah dan pengajaran daripada al Quran darpada kitab-kitab yang dituis oleh para ulamak untuk lebih memahami isi kandungannnya.
6. Amalan membaca dan mempelajari isi kandungan Al Quran adalah tuntutan untuk melaksanakan perintah Allah. Janganlah mengharapkan dengan membaca mempelajarial quran kita hendakkan bayaran atau upahnya di dunia. Ganjaran sebenar adalah pahala yang lebih besar di akhirat.
.
No comments:
Post a Comment