Sunday, June 2, 2013

Solat dapat mententeramkan jiwa dari kesedihan dan kesulitan

Firman Allah swt dalam surah Al baqarah  153.

''Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat,,,"

1. Solat dapat mententeramkan jiwa dalam keadaan ketakutan, kesedihan, kerisauan. Sabda Nabi saw kepada Bilal.

"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat" .
 - (Al Hadis)

Segeralah memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khyusu'. Begitulah caranya kita dapat mencari jalan keluar, sehingga kekuatan, semangat dan tekad hidup pulih kembali.

Solat berjemaah di masjid atau surau dapat menjadikan jiwa yang keluh kesah menjadi tenteram, dan akan selamat daripada himpitan hidup.Jelaslah bahawa sesorang itu tidak ada jalan lain melainkan mendekatkan diri kepada Allah  bagi mencapai ketenagan dan ketenteraman jiwa dalam hidup ini.

Kelebihan menunaikan fardhu solat ialah sebagai pengangkat darjat diri kita di sisi Allah swt. Seterusnya dapat menjadi pengubat yang paling mujarab untuk mengubat pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang dideritai.

Rugilah mereka yana tidak menunaikan solat daa menjauhi masjid dan merekalah orang yang sentiasa dalam keadaan yang tdak tenteram, dalam kesusahan dan penderitaan yang tidak kehabisan.

Firman Allah Suarah Muhammad: 8 yang bermaksud,

".... maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menghapuskan amal-amal mereka".

No comments: