Hari ini , Selasa 10hb Jun, bersamaan 1hb Syaaban 1434 H, mengingatkan kita bulan Ramadhan akan menjelang sebulan lagi. Kaum Muslim akan melakukan ibadat puasa ramadhan yang difardhukan sepanjang ramadhan. Bagi kebanyakan kaum Muslim, bulan ramadhan memang ditunggu-tunggu ketibaanya, kerana pada bula itulah kita dapat beribadat sepenuhnya dengan bukan sahaja berpuasa malahan juga melakukan amalan-amalan yang lain seperti bersolat terawih, bertaddarus al Quran, bersedeqah memberi makan orang berpuasa, melakukan berbagai solat sunat dan amalan-amalan yang lain bersempena dengan bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Pada bulan ini juga sahajalah adanya terdapat satu malam "Lailatul qadar" yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan.
Antara kelebihan dan keistmewan bulan ramadhan ialah, jika kita melakukan amalan sunat , maka pahalanya seolah-olah ia melakukan amalan fardhu pada bulan yang lain. Begitu juga jika kita melakukan amalan fardhu, maka kita akan dibalas pahala seolah-olah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan yang lain.
Pada bulan ini menuntut kita banyak bersabar dengan ibadat puasa yang kita lakukan. Inilah dianggp bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati adalah syurga. Pada bulan in kita dididik dan dituntut supaya mempunyai sifat simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan mereka yang dalam keadaan serba kekurangan seperti ditimpa musibah dll.,.
Pada bulan ramadhan ini jugalah rezeki orang-orang beriman ditambah, Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka puasa), Allah membalaskan kepadanya keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka jahanam. pemberi makan orang berpuasa juga akan memperolehi ganjaran (pahala) yang sama sebagimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.
Bulan yang penuh barakah ini menjanjikan Allah menurunkan rahmat pada sepuluh hari pertamanya. Sepuluh hari pertengahannya Allah memberi keampunan, dan pada hari sepuluh yang terakhir Allah membebaskan hambaNya dari api neraka jahanam.
Kita dituntut bagi mendapat keredhaannya supaya kta membaca kalimah Thayibah dan istighfar sebanyak-banyaknya. Juga kita dikehendaki memohon dengan berdoa kepada Allah agar dimasukkan ke syurgaNya dan mohon perlindungan dari api neraka jahanam.
Kelebihan bersedeqah seperti mmemberi minum kepada orang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telaga (Haudh) yang sekali minum saja dia tidak akan merasakan dahaga lagi sehingga dia marmasuki syurga.
Selamat beribadah puasa di bulan ramadan al mubarrak.
Walluhi 'alam.
No comments:
Post a Comment