Tuesday, March 26, 2013
Pemimpin yang tidak melaksanakan amanah Allah untuk rakyat yang dipimpin
Mereka mempunyai matlamat tertentu untuk berebut menjadi pemimpin dan jika gagal memimpin akan menerima balasannya di akhirat kalau pun idak di dunia. Oleh itu berhati-hatilah untuk mendapatkan sesuatu yang belum pasti baiknya tapi sudah pasti akan menerima ganjaran buruknya di akhirat. Masalahnya bukan mudah melaksanakan amanah Allah...
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang diangkat Allah menjadi pemimpin bagi rakyatnya, kemudian dia tidak membimbing rakyat itu dengan nasihatnya, maka Allah akan mengharamkan baginya memasuki syurga".
- (HR Riwayat Bukhari)
Pengajarannya.
1. Dapoat difahamkan dari hadis di atas, bahawa ancaman yang berat menunggu para pemimpin yang menipu dan tidak melaksanakan sebagai pemimpin kepada rakyatnya , pada hal sebelum menjadi pemimpoinseseorang itu mungkin telah menjanjukan mereka dengan berbagai janji spt manefesto, tapi tidak melksanakan apabila diberikan kuasa pemerintahan.
Dalam hadis yang lain Nabi saw pernah bersabda yang maksudnya;
"Tiada seorang yang mengetuai suatu kumpulan, sepuluh orang atau lebih, melainkan nanti dia akan dibawa di hari qiamat dalam keadaaan terbelenggu tangannnya ke kuduknya; sama ada akan dibebaskannya oleh keadilannya atau akan dibinasakannnya oleh kezalimannnya".
- (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)
2. Dewasa ini memang berlaku perebutan untuk berkuasa dengan apa cara sekali pun, asalkan cita-cita mereka tercapai. Ini berbeza dengan orang yang baik-baik, waraq yang bijaksana pada zaman dahulu, yang ingin menjauhkan atau menyembunyikan diiri mereka dari dilantik menjadi pemimpin mereka, malahan ada yang dipaksa, dihukum skiranya tidak mahu menerima jawatan tersebut.......sungguh berbeza sekali keadaannya dunia hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment