Selasa,19 Oktober, 2010/11 Zulkaedah 1431
Murtad, ertinya kembali dan berbalik. Murtad bererti orang yang keluar dari agama Islam berbalik menjadi kafir. Orang-orang yang tidak mengakui lagi salah satu dari hukum-hukum Islam, maka hukumnya adalah murtad atau kafir. Kettka itu hapuslah segala amal ibadatnya di dunia dan di akhirat, apabila ia mati dalam kedaan murtad. Murtad adalah kafir yang paling keji dari segala kekafiran. Murtad itu disebabkan oleh iktikad, perbuatan dan perkataan.
Firman Allah swt;
"Dan sesiapa di antaramu yang murtad dari agamanya lalu ia mati sedang dia dalam kafir, maka telah habislah amalannya dunia dan akhirat. Dan orang semacam itulah yang jadi isi neraka dan mereka kekal di dalamnya"
- (Surah Al Baqarah : 217)
PERAKAR YANG MENYEBABKAN MURTAD:
1. Iktikad (Kepercayaan) 461
1.1. Tidak mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah Maha Esa dan tidak ada syarikat bagiNya. Atau ia ragu-ragu tentang ada dan keesaan Tuhan itu atau salah satau dari sifatNya.
1.2. Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Muhammad itu utusan Allah (Rasulullah), untuk menyampaikan petujuk dan kebenaran kepada seluruh manusia, atau mengikari salah satu rasul-rasul Allah yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad saw.
1.3. Tidak mengakui lagi, bahawa Al Quran itu turun dari Allah dengan perantaraan Nbai Muhammad saw . Atau ragu-ragu mempercayai salah satu dari ayat-ayat dan hukum yang dinyatakan Tuhan dalam Al Quran itu. Atau menghinanya, seperti melemparkannya ke dalam najis atau memijak-mijak dan lain-lainya.
1.4. Tidak mengakui lagi adanya malaikat-malaikat dan segala yang diserahkan Tuhan epadanya.
1.5. Taidk mengakui atau ragu-agu bahaw hari kiamat datang dan yang bersangkutan dengan itu. Iaitu soal syurga dan neraka, timbangna dosa, dosa dan pahala dll.
1.6.Tidak percaya lagi akan qadar, iaitu ketentuan yang semuanya datang dari Allah, baik yang buruk mahupun yang baik dsn.
1.7. Tidak menhakuia tau ragu-ragu mengikuti keputusan (ijmak sahabt-ahabat-sahabat nabi saw) dalam perkara hukum agama.
1.8. Mengharamkan barang yang dihalalkan Tuhan dan menghalalalkan barang yang diharamkan Tuhan.
2. Perbuatan ynag disengaja:
2.1. Memuja atau sujudkeada berhala..
2.1. Memuja atau sujud kepada matahari
2.3. Memuja atau sujud kepada makhluk-maklhluk lain,
umpamanya dewa, binatang, arwah dll.
3. Perkataan yang sengaja:
3.1. Menuduh orang yang beragama Islam sdengan tuduhan afir atau memanggilmya denha kata-kata kafir.
3.2. Mengatakan bahawa takdir dan ketentuan atau bukan datang dari Tuhan, melainaan dari tiap-tiap makhluk atau dari kekuatan alam sahaja. Atau mengatakan Tuhan itu tidak berkuasa atas apa-apa di alam ini.
3.3. Mengatakan bahawa Allah itu bukan satu, melainkan dua, tiga atau mempunyiai sekutu.
3.4. Mencerca cerca Nabi saw atau salah seorang Nabi Allah dengan perkataan.
No comments:
Post a Comment