Khamis, 14 Oktober, 2010/6 Zulkaedah 1431
Mulai Bulan Syawal orang yang mengerjakan haji mulai membuat persediaan dan berjalan menuju kota mekah bagi persediaan mengerjakan Haji.
Pihak Tabung Haji telah mula menlaksanakan tugas menguruskan penerbangan pertama pada 9 Oktober lalu sehingga akhir bulan zulkaedah sebelum ibadat haji di mulakan awal zulhijjah .
Dari Abu Hurairah ra katanya: " Rasuullah saw bersabda kepada kami dalam satupengajian sabdanya: " hai manusia! Allah telah mewajibkan keada kamu ibadat Haji, kerana itu hajilah kamu semua !"
Lalu bertanya seorang lelaki, " apakah setiap tahun , ya Rasulullah/"
Beliau diam beberapa ketika, sehingga orang itu bertanya sampai tiga kali. Kemudian beliau menjawab, "Seandainya kukatakan ya , tentulah wajib kamu tunaikan setiap tahun; niscaya kau tidak akan sanggup melaksanakannya. Kerana itu biarkanlah untuk sementara masalah yang belum kujelaskan.
Sesungguhnya orang-orang yang sebelum engkau mendapat celaka kerana mereka banyak tanya dan suka mendebat para nabi mereka. Kerana itu bila kuperintahkan kamu mengerjakan sesuatu, laksanakanlah seboleh-bolehnya, dan apabila kularang kamu mengerjakan sesuatu, hentikanlah segera".
-( HR Sahih Muslim)
Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw bersabda:
"Seorang wanita tidak boleh melakukan perjalanan selama tiga hari, melainkan harus dengan muhrimnya"
- (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment