Sunday, September 28, 2008

Menjelang Hari Raya 'Idilfitri

Hari ini masuk hari yang ke 28 ramadhan iaitu hari yang ke 28 umat Islam berpuasa bagi tahun 1429H. Ini bermakna kita akan berpuasa 2 hari lagi atau jiuka nampak anak bulan esok (Isnin petang) kita akan berhariraya padahari Raya pada hari selasa. Jika tidak kita akan berhari raya pada hari Rabu iaitu genap 20 hari berpuasa tahun ini. Pada setiap menjelang syawal umat Islam merasa gembira kerana telah dapat beribadah sebulan dalam bulan puasa dengan meningkatkan amalan ke arah mencapai ketaqwaan sebagaimana yang dikhendaki Allah swt. Dengan nikimat yang diberikan sepanjang bulan ramadhan baik dari segi kesihatan, rezeki dan lain ynagtidak terhitung banyaknya, kita seharusnya bersyukur ke hardrat Allah di atas kurnia dan segalan petunjuk yang diberiNya kepada kita.


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab yang diturunkan terdahulu daripada mu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya."

(Surah A-Baqarah: (Ayat 3-5)

Sebagai tanda syukur kita terhadap Allah swt yang menjadikan kita orang yang lebih bertakwa melalui amalan ibadat puasa Ramadan, maka sudah sewajarnya kita memanfaatkan ketakwaan itu untuk mengikhlaskan hidup dan mati kita untuk-Nya. Kita kembalikan rasa syukur kita ini kepada Allah dan jangan kita mencemarinya dengan perbuatan bercanggah dengan sifat syukur kepada-Nya.


Orang yang bersyukur di atas nikmat ketakwaan yang diberikan kepada kita oleh Allah maka ketakwaan kita akan bertambah sebagaimana firmanNya dalam ayat yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada

(Surah Ibrahim: 7)

Oleh itu, sebagai wujud kesyukuran kita kepada Allah pada Aidilfitri ini dan pada hari berikutnya sampai Ramadan kembali lagi, kita mestilah menjauhi perkara yang membatalkan ketakwaan kita seperti membazirkan harta dan masa, menolak permohonan maaf dan tidak mengendahkan ajaran Islam. Sebaliknya kita mesti membebaskan diri daripada dibelenggu tipu daya syaitan yang terkutuk.



Idul Fitri ialah hari merayakan kejayaan bagi orang-orang yang melaksanakan puasa, melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain. Kita meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Justeru, marilah sama-sama kita hiasi Syawal ini dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan.

‘Idul Fitri merupakan perayaan yang disyariatkan oleh Islam. Ia semakin bermakna apabila kita merayakannya mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu, marilah kita rayakannya mengikut tatarcara dan adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Antara amalan-amalan yang dituntut dalam menyambut ‘Idul Fitri ialah :

1. Membaya zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud : “Ambillah zakat dari kekayaan mereka untuk membersihkan dan mensucikan mereka dengannya dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doamu mendatangkan ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”


2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat
malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana.

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid.

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.

Sesunguhnya hari raya adalah hari kegembiraan umat Islam. Janganlah hendaknya kita melakukan perkara yang bertentangahan denagan amalan Islam rosakkan tarbiah Ramadhan selama sebulan dengan perkara-perkara maksiat.

No comments: