Thursday, June 11, 2015

Menjelang ramadhan 1436 H , 18 JUn 2015, Hari Khamis Inysya Allah !

Insya Allah 10 hari lagi kita akan mula berpuasa bulan Ramadhan. Mengikut kalender 1 Ramadhan 1436, tahun ini jatuh pada hari Khamis 18 Jun 2015
Bulan Ramadhan memang sentiasa dinanti-nanti oleh umat Islam setiap tahun untuk menjalani ibadat puasa yang penuh barakah dengan menjanjikan penigkatan keimanan, keampunan dripada dosa-dosa dan meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah swt.
Firman Allha swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu berartqwa”.
- ( Surah Al- Baqarah : 183)


  •  Puasa akan lebih dihayati sekiranya kita dapat:

    1. Meningjkatkan kefahaman syariat berpuasa dengan mengetahui perkara yang berkaitan dengan hukum berpuasa dan perkara yang berkaitan dengannya semasa mengamalkan puasa.


    2. Banyak melakukan perkara yang sunat untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda seperti bersedekah, membaca Al Quran, qiamulail, membantu fakir miskin dan mereka yang dhaif, dan mempelajari perakara yang menjadi fadhu ain dll.

    3. Melakukan ibadat puasa dan lain ibadat spt solat-solat sunat, terawih, zikir dll yang dituntut dengan penuh ikhlas, tekun dan rajin kerana Allah SWT supaya dapat meningkatkan lagi ketekunan dan ketaqwaan terhadap kebesaran Allah swt.

    4. Walaupun dalam keadaan teruji dengan kelaparan dan kehausan dengan berpuasa kita hendaklah megawal nafsu supaya mengambil makanan maupun minuman aengan terkawal dan sederhana kursusnya bagi mereka yang terpaksa mengsmbil ubat dan berpantang mengambil makanan berlebihan atau yang boleh membahayskan kesihatan seperti mengambil i makanan yang terlalu maisn, masin atau berlemak dan seupamannya.

    5. Kita juga sepatutntnya berbelanja secara sederhan bukan berlebihan kerana mengikut nafsu supaya dapat mengelakkan dari pembaziran makanan dan mengikut nafsu syaitan.

    6.Yang tidak kurang juga penyingnya ialah, apabila berakhirnya ramadhan amalan yang diamalkan di sepanjang ramamdah sepatutnya diteruskan secara istiqamah dalam melakukan ketaantan, kesungguhan, penjimatan , kasih sayang dan seumpamanya supaya kehidupan kita sentiasa bersih dari perkara-perkara yang melalaikan kita selepas ramadhan.
  • Abu Samah Mohd Amin
    Write a comment...

Sunday, January 18, 2015

Mencara kerja..

Selepas tamat persekoahan  menengah iaitu selepas peperiksaan Senior Cambridge School Cerrificate/ Federatoon Of Malaya  Certificate pada tahu 1961, Aku tinggal bersama dengan ibubapa dan keluarga saya di kampung tempat kelahiranku. Di sanalah aku  hidup sebagai anak orang kampung dengan melakukan kerja orang kampung biasa lakukan. Mujurlah ada sebidang kecil, tanah kebun getah yang dipusakai yang masih dapat ditoreh atau dipotong untuk mendapatkan sedikit wang untuk belanja semasa tinggal di kampung sebelum dapat bekerja di mana-mana dengan menggunakan  kelayakan pelajaran selepas tamat persekolahan. Wang drpa pendapat jualan hasil ngetah inilah yang aku gunakan untuk digunakan menyara hidup harian dan lain-lain keperluan untuk kegunaaan sendiri dan keluarga.

Kerja menoreh getah tidaklah semudah sebagiamana yang dapat dilihat oleh orang yang tidak melakukannnya. Seorang penoreh getah terpaksa bangun waktu awal pagi lagi iaitu selepas solat subuh. Kerjanya perlu menggunakan tenaga yang banyak dan lama waktunya bagi menoreh untuk mengeluarkan susu daripada batang getah tersebut. Bagi menoreh pokok batang getah yang agak tua akan diirasai betapa penat dan sakitnya badan bagi mereka yang tiada biasa membuat kerja seperti yang pernah saya lakukan pada masa itu.

Hampir separuh tahun saya sempat tinggal di kampung tanpa melakukan sesuatu yang benar-benar sebagai pekerjaan yang membanggakan.

Tuesday, January 13, 2015

4. Keputusan Peperiksaan Cambridge School Certificate.

Tahun 1961 merupakan tahun yang amat bermakna bagi kami pelajar Sekolah Tuaku Abdul Rahman, Ipoh kerana pada tahun inilah keumpulan pertama pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan Senior Cambridge School Certificate dan Federation Of Malaya Certificate. Seramai kira-kira 160 orang murid keumpulan pertama menduduki peperikasan tersebut.

Apabila selesai sahaja pepriksaan yang berjalan dalam jangka masa selama kira 3 minggu, sebagai pelajaran yang sudah bertugkus lumus belajar bagi persediann mendududi peperiksaan tersebut, tentulah kami semua berasa lega dan mengharapakan keputusan yang terbaik dengan sentiasa berdoa agar kami akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambil.

Denagan berakhirnya peperiksaan yang diadakan pada bulan Oktober dan awal bulan November, tahun 1961 berakhirlah perjuangan sebagai pelajar di peringkat sekolah menengah bagim kebanyakan yang berada di tahun tersebut. Walaubagaimana pun sebahagian kecil sahaja murid yang telah dipilih dan menduduki Peperiksaan Six Form (Tingkatan Enam) akan meneruskan pelajaran mereka selama 2 tahun lagi di sekolah tersebut.

Selepas beberapa hari selesainya peperiksaan, kami mula membuat persediaan untuk balik ke kampung masing-masing. Barang-barang dan buku-buku lama yang yang tidak diperlukan lagi dibuang ke dalam tong samapah dan  ada juga buku-buku yang dibakar untuk tidak meninggalkan samapah yang boleh mengotorkan asrama yang bakal ditinggalkan.

Suasana yang tidak berapa hari sebelum perpisahan sesama penghuni asrama dan teman sekelas sepanjang tinggal bersama di asrama dan di sekolah ini, sangatlah menghibakan di muka setiap rakan yang yang dilihat. Masing-masing mengatakankan, "Bila bila dapat kita berjumpa setelah hidup bersama begiti lama lagim mesara di sekolah ini". Memang susah untuk diramalkan bila pula dapat bertemu, kerana masing-masing akan balik ke kampung di merata pelusuk negeri di mana kami berasal seperti Johor, Kelantan, Pahang, Penamg, Perak dll.

Sebagai menjadikan kenangan ramai yang menyediakan buku Autograf di mana catatan kata-kata perangsang, peringatan dan seumpamanya di rakamkan dengan mencatatkann nama dan alamat masing-masing dengan tujuan untuk dapat dihubungi dan boleh menulis bertanyakan berita apabila diperlukan selepas perpisahan ini,

Pengangkutan utama yang digunakan semasa balik ke kampung ialah keretapi Malayan Railway. Kami di sediakan dengan bas yang dicarter khas dari sekolah untuk dihantar ke Stesenn Jeretapi Ipoh ynag di awasi oleh guru-guru dan Warden Asrama sehingg akamiberlepas meninggalakn setesen untuk ke Kuala Lumpur. Saya bersama-sama dengan nkawan yangalain yang balik ke Pahang dana Nageri Pantai Timur menruskan perjalanan melaui Gemas dan keeosikan paginya berlepas ke stesen tempat mengikut destinasi kami. Saya dan beberapa orang kawan yang lain turun di Stesen Mentakab. Daripada sana saya menaiki bas untuk ke bandar Temerloh dan seterusnya balik ke rumah di kamoung saya di Lebak,

Keputusan peperikasaan hanya diketahui dengan segera melalui siaran dalam akbar seperti The Strait Times. Keputusan peperiksaan sentiasa dinanti-nantikan setelah 3-4 bulan berlalunya peperiksaan. Dengan itu cara yang selamat ialah belanggan suart khabar setiap hari bile dkat menjelanag hari pengumuman keputusan , supaya tidak terlepas tarikh keluarnya keputsan peprikassan tertsebut.







Saturday, November 1, 2014

Kejadian Hari Qiamat - Syurga dan Neraka

Kejadian Hari Qiamat - Syurga dan Neraka.

Syurga dan Neraka sangat sedkit yang kita ketahui selain daripada yang di terangkan di dalam Al Quran dan yang di disampaikan melalui hadis Nabi Muhammad saw.Itu pun kalau ada yang berminta dan mempunyai kesedaran nak tahu apa sebenarnya di alam ghaib yang akan kita tempuhi. Kajian dan penulisan banyak dibuat dalam bidang-bidang keilmuan dan juga fiksyen yang lain dan ditulis mengenainya.Jika ianya dapat di ketahui dan disebarkan mengenainya untuk kita setidak-tidak meningati, alangkah baiknya. Dengan mengingati dan menginsafi adanya Syurga dan neraka, akan dapat kita menentukan hala tuju kita sebenarnya untuk kita belajar dan beramal semasa kita diberikan masa dan hayat hidup buat sementara di dunia fana ini sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Surah Al Waqiah adalah antara surah yang banyak menceritakan hal-hal di Syurga dan Neraka ini. Perhatikanlah dan pelajari artinya untuk dimanfaatkan surah ini.:
Surat Al Waaqiah.
1. Ingatlah bila terjadi kejadian besar itu.
2,Tentang keajdian besar ini bukanlah berita dusta.
3.(Kejadian besar ini) bersifat merendahkan dan meninggIkan
4. Apabila bumi digoncangkan sehebat-hebatnya.
5.Dan gunung-gunung dihancurkan selumnat-lumatnya..
6. Menjadi debu yang berterbangan
7.Maka jadikaN kamu (manusia) ketika itu 3 golongan.
8.Iaitu golongan kanan, Siapakah golongan kanan itu?
9.Dan golongan kiri (celaka) , Siapakah golongAn yang celakan itu?
10. Dan orang-orang terdahulu yang terdahulu.
11. Merekalah orang-orang yang al Muqarrabuun (yang dihampirkan kepada Tuhan)
12. Di Dalam kebn-kebun yang penuh kenikmatan,
13. Iaitu golongan terbesar dari umat yang dahulu.
14..Dan sedikit dari orang-orang yang belakangan.
15.(Mereka berada) di atas tempat-tempat duduk yang bersulam.
..................................bersambung.
Diterangkan dalam beberapa hadis bahawa yang membaca surah al Waqiah ini akan mendapat ketenangan hati dan jiwa menghadapi segala kemungkinan dalam hudup dan mati.Wallahu 'alam
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]Serta buah-buahan yang banyak,
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]Serta naungan dari asap hitam,
[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]Dan jika ia dari puak kanan,
[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]Serta bakaran api neraka.
[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
LikeLike ·  · 

Saturday, October 4, 2014

Dari Abu Hurairah Ra, ia brekata , Rasulullah saw bersabda:

"Pandanglah orang yang berada di bawah kamu, dan janagan  memandang yang ada di atas Kamu, itu lebih baik agar kamu tidak mengkufuri nikmat Allah".

                                             - (HR Al  Bukhairi-Muslim)

Hadis ini mengandungi pengajaran:

1. Seorang Muslim dianjurkan untuk melihat orang yang berada di bawahnya dalam urusan dunia dan melihat orang yang berada di atasnya dalam urusan agama.

2.  Melihat orang yang berada di atasnaya dalam urusan harta dapat menimbulkan kegelisahan dan kecemasan serta tidak mensyukuri berbagai kenikmatan yang dilimpahkan Allah swt.

3. Sementara melihat orang yang berada di atasnya dalam urusan agama dapat mendorong kepada peningkatan dalam ketaatan dan menetapi ibadah kepada Allah swt,

(Dr Mustafa Sa'id Al Khin, Nuzhatul Mutaqina Syarhu Riyadis Salihina, Juz 1, 1407 H/1987 M..457)