Thursday, June 11, 2015

Menjelang ramadhan 1436 H , 18 JUn 2015, Hari Khamis Inysya Allah !

Insya Allah 10 hari lagi kita akan mula berpuasa bulan Ramadhan. Mengikut kalender 1 Ramadhan 1436, tahun ini jatuh pada hari Khamis 18 Jun 2015
Bulan Ramadhan memang sentiasa dinanti-nanti oleh umat Islam setiap tahun untuk menjalani ibadat puasa yang penuh barakah dengan menjanjikan penigkatan keimanan, keampunan dripada dosa-dosa dan meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah swt.
Firman Allha swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu berartqwa”.
- ( Surah Al- Baqarah : 183)


  •  Puasa akan lebih dihayati sekiranya kita dapat:

    1. Meningjkatkan kefahaman syariat berpuasa dengan mengetahui perkara yang berkaitan dengan hukum berpuasa dan perkara yang berkaitan dengannya semasa mengamalkan puasa.


    2. Banyak melakukan perkara yang sunat untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda seperti bersedekah, membaca Al Quran, qiamulail, membantu fakir miskin dan mereka yang dhaif, dan mempelajari perakara yang menjadi fadhu ain dll.

    3. Melakukan ibadat puasa dan lain ibadat spt solat-solat sunat, terawih, zikir dll yang dituntut dengan penuh ikhlas, tekun dan rajin kerana Allah SWT supaya dapat meningkatkan lagi ketekunan dan ketaqwaan terhadap kebesaran Allah swt.

    4. Walaupun dalam keadaan teruji dengan kelaparan dan kehausan dengan berpuasa kita hendaklah megawal nafsu supaya mengambil makanan maupun minuman aengan terkawal dan sederhana kursusnya bagi mereka yang terpaksa mengsmbil ubat dan berpantang mengambil makanan berlebihan atau yang boleh membahayskan kesihatan seperti mengambil i makanan yang terlalu maisn, masin atau berlemak dan seupamannya.

    5. Kita juga sepatutntnya berbelanja secara sederhan bukan berlebihan kerana mengikut nafsu supaya dapat mengelakkan dari pembaziran makanan dan mengikut nafsu syaitan.

    6.Yang tidak kurang juga penyingnya ialah, apabila berakhirnya ramadhan amalan yang diamalkan di sepanjang ramamdah sepatutnya diteruskan secara istiqamah dalam melakukan ketaantan, kesungguhan, penjimatan , kasih sayang dan seumpamanya supaya kehidupan kita sentiasa bersih dari perkara-perkara yang melalaikan kita selepas ramadhan.
  • Abu Samah Mohd Amin
    Write a comment...

No comments: