Mencara kerja..
Selepas tamat persekoahan menengah iaitu selepas peperiksaan Senior Cambridge School Cerrificate/ Federatoon Of Malaya Certificate pada tahu 1961, Aku tinggal bersama dengan ibubapa dan keluarga saya di kampung tempat kelahiranku. Di sanalah aku hidup sebagai anak orang kampung dengan melakukan kerja orang kampung biasa lakukan. Mujurlah ada sebidang kecil, tanah kebun getah yang dipusakai yang masih dapat ditoreh atau dipotong untuk mendapatkan sedikit wang untuk belanja semasa tinggal di kampung sebelum dapat bekerja di mana-mana dengan menggunakan kelayakan pelajaran selepas tamat persekolahan. Wang drpa pendapat jualan hasil ngetah inilah yang aku gunakan untuk digunakan menyara hidup harian dan lain-lain keperluan untuk kegunaaan sendiri dan keluarga.
Kerja menoreh getah tidaklah semudah sebagiamana yang dapat dilihat oleh orang yang tidak melakukannnya. Seorang penoreh getah terpaksa bangun waktu awal pagi lagi iaitu selepas solat subuh. Kerjanya perlu menggunakan tenaga yang banyak dan lama waktunya bagi menoreh untuk mengeluarkan susu daripada batang getah tersebut. Bagi menoreh pokok batang getah yang agak tua akan diirasai betapa penat dan sakitnya badan bagi mereka yang tiada biasa membuat kerja seperti yang pernah saya lakukan pada masa itu.
Hampir separuh tahun saya sempat tinggal di kampung tanpa melakukan sesuatu yang benar-benar sebagai pekerjaan yang membanggakan.
No comments:
Post a Comment