Tuesday, January 13, 2015

4. Keputusan Peperiksaan Cambridge School Certificate.

Tahun 1961 merupakan tahun yang amat bermakna bagi kami pelajar Sekolah Tuaku Abdul Rahman, Ipoh kerana pada tahun inilah keumpulan pertama pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan Senior Cambridge School Certificate dan Federation Of Malaya Certificate. Seramai kira-kira 160 orang murid keumpulan pertama menduduki peperikasan tersebut.

Apabila selesai sahaja pepriksaan yang berjalan dalam jangka masa selama kira 3 minggu, sebagai pelajaran yang sudah bertugkus lumus belajar bagi persediann mendududi peperiksaan tersebut, tentulah kami semua berasa lega dan mengharapakan keputusan yang terbaik dengan sentiasa berdoa agar kami akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambil.

Denagan berakhirnya peperiksaan yang diadakan pada bulan Oktober dan awal bulan November, tahun 1961 berakhirlah perjuangan sebagai pelajar di peringkat sekolah menengah bagim kebanyakan yang berada di tahun tersebut. Walaubagaimana pun sebahagian kecil sahaja murid yang telah dipilih dan menduduki Peperiksaan Six Form (Tingkatan Enam) akan meneruskan pelajaran mereka selama 2 tahun lagi di sekolah tersebut.

Selepas beberapa hari selesainya peperiksaan, kami mula membuat persediaan untuk balik ke kampung masing-masing. Barang-barang dan buku-buku lama yang yang tidak diperlukan lagi dibuang ke dalam tong samapah dan  ada juga buku-buku yang dibakar untuk tidak meninggalkan samapah yang boleh mengotorkan asrama yang bakal ditinggalkan.

Suasana yang tidak berapa hari sebelum perpisahan sesama penghuni asrama dan teman sekelas sepanjang tinggal bersama di asrama dan di sekolah ini, sangatlah menghibakan di muka setiap rakan yang yang dilihat. Masing-masing mengatakankan, "Bila bila dapat kita berjumpa setelah hidup bersama begiti lama lagim mesara di sekolah ini". Memang susah untuk diramalkan bila pula dapat bertemu, kerana masing-masing akan balik ke kampung di merata pelusuk negeri di mana kami berasal seperti Johor, Kelantan, Pahang, Penamg, Perak dll.

Sebagai menjadikan kenangan ramai yang menyediakan buku Autograf di mana catatan kata-kata perangsang, peringatan dan seumpamanya di rakamkan dengan mencatatkann nama dan alamat masing-masing dengan tujuan untuk dapat dihubungi dan boleh menulis bertanyakan berita apabila diperlukan selepas perpisahan ini,

Pengangkutan utama yang digunakan semasa balik ke kampung ialah keretapi Malayan Railway. Kami di sediakan dengan bas yang dicarter khas dari sekolah untuk dihantar ke Stesenn Jeretapi Ipoh ynag di awasi oleh guru-guru dan Warden Asrama sehingg akamiberlepas meninggalakn setesen untuk ke Kuala Lumpur. Saya bersama-sama dengan nkawan yangalain yang balik ke Pahang dana Nageri Pantai Timur menruskan perjalanan melaui Gemas dan keeosikan paginya berlepas ke stesen tempat mengikut destinasi kami. Saya dan beberapa orang kawan yang lain turun di Stesen Mentakab. Daripada sana saya menaiki bas untuk ke bandar Temerloh dan seterusnya balik ke rumah di kamoung saya di Lebak,

Keputusan peperikasaan hanya diketahui dengan segera melalui siaran dalam akbar seperti The Strait Times. Keputusan peperiksaan sentiasa dinanti-nantikan setelah 3-4 bulan berlalunya peperiksaan. Dengan itu cara yang selamat ialah belanggan suart khabar setiap hari bile dkat menjelanag hari pengumuman keputusan , supaya tidak terlepas tarikh keluarnya keputsan peprikassan tertsebut.







No comments: