Monday, August 31, 2009
Mendapatkan lailatul Qadar
(Nota: Farah anak Asiah berlepas ke Dublin pada 11 malam dari KLIA)
- Mendapatkan Lailatul Qadar
TIBANYA bulan Ramadan adalah adalah menjdi bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua kaum muslim. Di dalam bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat kelebihannya di bulan-bulan lain. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).
Dalam bulan ini juga telah diturunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).
Bulan ini pula dikenal dengan bulan yang memberi ganjaran beribadat seribu bulan bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.
Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Malam qadr ini tidak dipastikan bila ianya muncul. Tetapi diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a:
"Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah)."
-(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh."
- (Hadis riwayat Muslim).
Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?
Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).
Lailatul qadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?
Dengan rahmat Allah swt kepada umatNya, Dia memebrikan ganjaran yang luar biasa iaitu pahada beribadat kepada Allah selama 83 tahun, boleh diperolehi dengan hanya beribadat 1 malam dalam bulan ramadhan ang mulia itu. Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan yang baik hendaknya tidak dillepaskan dan hendaklah berusaha dengan menentukan padalam malam 10 akhir ramadhan kita melakukan ibadt pad amalmnya harinya dengan penuh harapan.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Saturday, August 29, 2009
Taqwa kepada Allah swt
Firman Allah swt,dalam Surah An Nisa:131 yang bermaksud,
"......................dan sungguh Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga kepada kamu; bertaqwa kepada Allah"
Wasiat atau perintah yang paling agung di sisi Allah swt ialah wasiat ketaqwaan kepada Allah swt.Yang dimaksudkan dengan ketaqwaan ialah kita melakukan kebaikan kerana nur (cahaya) dari Allah, dan kita takut akan seksanya. Iaitu dengan mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan dan meninggalkan segala sesuatu yang dilarang.
Ali bin Abi Talib r.a mengatakan. "Bertaqwa kepada Allah swt, bererti takut kepada Allah Yang Maha Agung, megamalkan apa yang diwahyukan redha terhadap yang seedikit dan mempersiapkan diri untuk hari esok (hari qiamat)."
Perkara yang diwahyukan terdapat dalam himpunan Al Quran dan As Sunah wajiblah dipatuhi serta redha terhadap yang sedikit di dunia dan mempersiapkan diri untuk dunia akhirat selepas meninggalkan dunia yang sementara ini.
Ibnu Taimiyah mengatakan ketaqwaan itu dihuraikan sebagai, "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, kerjakana amalan yang baik setiap kali kamu melakukan amalan yang buruk, nescaya amalan yang baik itu akan menghpuskan amalan yang buruk dan bergaullah sesama anuasia dengan budi pekerti yang luhur."
Para ulama bersepakat bahawa darjat yang paling utama adalah darjat takut kepada Allah beserta ikhlas. Orang yang takut dia akan menghidupkan malamnya (qiamullail) dan ssesipa menghidupan malam, dia akan sampai ke dalam rumah (surga). Orang yang takut kepada Allah, akan menjadikan dirinya dengan beramal, kerana orang yang beriman sentiasa beramal memperbaiki amalnya dan takut kepada Allah
Firman Allah yang bermaksud, "......sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuaatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." - (Hud: 114)
Hendaklah seorang mukmin memperhati dan menyedari bahawa pendangan dan pengawasan Allah swt sentiasa menyeratainya di mana sahaja. Rasulullah saw bersabda, "Apabila kamu tidak melihatNya, sesungghnya Dia melihatnmu" - (Al -Bukhari)
Friday, August 28, 2009
'Iktikaf di dalam masjid
Iktikaf bermaksud duduk di dalam masjid sambil beribadat mengingati Allah awt. bagi menyempurnakan keutamaan beribadat dalam ( diam dalam masjid sambil beribadat siang dan malam) bulan ramadhan mulai dari hari kedua puluh atau sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan untuk mencari kebaikan dan mencari malam Lailatul Qadar.
‘Aisyah berkata, “Rosulullah saw, beri’tikaf di sepuluh hari terakhir pada bulan Romadhan. Beliau bersabda:
"Carilah malam Lailatul Qadar di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.’” (HR. Bukhari). ‘Aisyah juga berkata:
“Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)
Rasulullah saw juga menyuruh umatnya untuk mencarinya. Abu Hurairah berkata,
"Rasululloah saw, bersabda: “Barang siapa yang melaksanakan solat pada malam Qadar karena keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu pasti diampuni.”
-(Muttafaqun ‘alaih)
I’tikaf tidak boleh dilakukan kecuali di dalam masjid karena firman Allah swt:
وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, pada saat kamu beri’tikaf di dalam masjid.” (QS. Al Baqarah: 187)
Dan juga karena masjid adalah tempat Nabi bert-i’tikaf.
Dianjurkan bagi orang yang beri’tikaf untuk menyibukkan dirinya dengan amal ketaatan kepada Allah swt seperti solat; membaca Al Quran; berzikir, selawat kepada Nabi saw dan sebagainya.
Dimakruhkan bagi orang yang beri’tikaf untuk menyibukkan dirinya dengan perkataan atau perbuatan yang tidak ada manfaatnya. Sebagaimana dimakruhkan pula menahan diri dari berbicara karena menyangka bahwa hal tersebut mendekatkan diri kepada Alloh ‘Azza wa Jalla. (Fiqh Sunnah).
Dan diperbolehkan untuk keluar dari tempat beri’tikaf karena ada keperluan yang harus dilaksanakan. Sebagaimana diperbolehkan juga untuk menyikat rambut, mencukur rambut kepala, memotong kuku dan membersihkan badan. I’tikaf batal apabila seseorang keluar tanpa ada keperluan atau berhubungan suami isteri.
Thursday, August 27, 2009
khusyuk dalam solat
1. Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t. yang bermaksud .
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun: ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:-
"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"
[Surah Al-Baqarah : ayat 238]
2. Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."
[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.
"Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". '
4. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Wednesday, August 26, 2009
Fadhilat Ayat Kursi
surah :Al-baqarah: ayat 255. yang bermaksud,
"Allah tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak pula tidur. KepunyaaNya segala apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak menegtahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendakkiNya. Kursi (kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi dan llah tidak merasa berat memlihara keduanya dan Allah maha Tinggi lagi maha agung".
- (Bukhar Muslim)
Rasulullah saw, bersabda,
1. "Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam al-Quran adalah ayat Kursi; Barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis dari kebaikan-kebaikannaya dan menghapus dari keburukan-keburukanNya dari ketika itu sampai esok hari".
2. Juga beliau bersabda: " Barangsiapa keluar dari rumahnya dan dibacanya ayat kursi maka Allah Ta'ala mengirim 70,000 malaikat yang meminta keampunan serta mendoakannya".
3. Dan beliau bersabda, " Barangsiapa pulang ke rumahnya dan dibacakan ayat kursi,maka Allah tanggalkan sifat fakir dari di antara kedua matanya."
4. "Barangsiapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur, maka mia dijaga oleh dua malaikat hingga pagi hari".
5. "Barang siapa membaca Ayat Kursi dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka Allah memasukkan empat puluh nur ke dalam setiap kubur dari dunia timur sampai ke dunia barat dan Dia luaaskan kubur itu serta didapatkannya pahala 60 nabi."
Tuesday, August 25, 2009
Pengertian as-Sunnah
Mengikut istilah para ahli hadith, As-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad saw, dalam bentuk qaul (ucapan), fi'il (perbuatan), taqrir, akhlak, sopan santun ataupun usaha perjuangannya, samada sebelum ataupun setelah dilantik menjadi rasul.
Menurut sebahagiaan ahli hadith, dalam hal ini sunnah sama erti nya dengan hadith.
1. Hadith qauli (as-sunnah dalam bentuk ucapan)i alah segala ucapan Nabi yang ada hubungannnya denan pembinaan hukum seperti sabda Nabi saw,
"Sesungguhnya segala amal perbuatan (harus disertai) dengan niat. (HR . Asy-Syaikhani)
2. Hadith fi'il (as sunnah yang berupa segala perbuatan Nabi saw yang diberitakan oleh para sahabat mengenai soal-soal ibadah, dan lain-lain seperti tentang dan cara melaksanakan solat, cara menunaikan ibadat haji, cara sopan santun , melaksanakan puasa dan cara menyelenggarakan pengadilan dengan menggunkan saksi dan sumpah.
3. Hadith taqrir ialah segala perbuatan sahabat yang diketuai oleh Nabi saw . Perbuatan-perbuatan tersebut ada yang diarkan saja (pertanda Nabi merestuinya) dan disebut Hadith Taqrir Sukuti.Ada pula yang dengan tegas dinyatakan kebaikan atau kebenarannya.
Contoh: hadith yang meriwayatkan bahawa Khalid bin Walid ra makan daging biawak (dhab). daging itu dihidangkan kepada nabi saw, tapi Baginda tidak memakannya. Beberapa sahabat bertanya kepada baginda,
"Apakah makanan ini haram dimakan, Ya rasulullah?. Baginda menjawab : "tidak. Akan tetapi makanan tersebut tidak terdapat pada kaumku dan aku tidak menyukainya"
Menurut ulama usul, As Sunah iitu ialah segala sesuatu yang merupakan sumber dalil syara', baik dari Al Quran ataupun dari Hadith Nabi ataupun hasil ijttihad para sahabat. Contohnya ialah membukukan al Quran dan mengajak manusia untuk membaca al Quran dengan sistem bacaan, serta pelembagaan hadith. Selain dari sunnah adalah bid'ah.Antara dalil yang menunjukkan bahawa ijtihad sahabat dapat dijadikan sumber syara' ialah sabda Nabi saw yang bermaksud,
"Kamu wajib mengikuti Sunnahku dan sunnah Khulafar ar Rassyidin sesudahku"
Para ahli fiqah memahamkan bahawa as-sunnah ialah segala ketetapan yangberasalm dari nabi saw dan bukan hukumm fardhu ataupun hukum wajub.enurut mereka, As-sunah merupakam salah satu hukum yang lima, iaitu wajib, sunat, haram makruh dan mubah (harus).Yang tidak termasuk kelima hukum ini disebut bid'ah.
Monday, August 24, 2009
Lakukanlah kebajikan kerana Allah
(Nota: Semalam Ahad 23 Ogos 2009/ 2 Ramadhan 1430) keberangkatan pulang keluarga dari Mekah Haji Daud bin Ahmad dan keluarga ke Mekah, di KLIA berlepas 3 pm. Semoga selamat dalam perjalanan dan tiba di Mekah jam 11 malam waktu tempatan.)
Lakukanlah kebajikan kerana Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
(Sesiapa yang berbuat amal yang baik, sama ada lelaki atau pun perempuan sedang ia beriman, maka sesungguh Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik; dan Kami akan memberikan balasan kepada mereka pahala mereka, lebih baik daripada apa yang mereka lakukan)
( Surah An Nahl:97)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Iktibar dan fiqh ayat
i. Ibn Kathir berkata: "Allah sekali-kali tidak mengabaikan balasan tetapi membalas dengan secukupnya bahkan sebanyak-banyaknya kepada yang melakukan kebaikan".
ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Allah membalas dengan adil tanpa sebarang kecuaian. Justeru, kebaikan yang dilakukan oleh manusia sekalipun tidak diketahui oleh manusia atau diingkari sedangkan Allah Maha Mengetahui terhadap orang yang bertakwa".
iii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT akan menurunkan ganjaran kepada mereka yang beramal, menurut keadaan mereka yang hanya diketahui Allah SWT, dan sesuai dengan niat yang terkandung di hati mereka.
"Barang siapa yang memiliki iman yang benar dan bertaqwa kepada Allah SWT sudah pasti akan berhasil memperoleh kebahagiaan.
"Ayat ini merupakan dalil seperti sebelumnya kerana tidak adanya pemberian pahala terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang baik. Kemungkinan besar kerana lupa atau kerana tidak tahu.
"Walau bagaimanapun, sifat ini tidak wajar terjadi pada Allah SWT sebab Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Atau boleh jadi Dia tidak memberikan pahala itu kerana Dia tidak mampu memberi, atau kikir, atau dia sendiri memang memerlukannya".
iv. Sheikh Muhammad Thair Ibn 'Asyur, majoiti ulama membaca ayat di atas dengan wa ma taf'alu, yakni apa sahaja yang kamu kerjakan. Berbeza dengan bacaan imam-imam qiraat Hamzah, al-Kisa'i dan Hafsh yang membacanya wa ma yaf'alu yang terjemahannya apa saja yang mereka kerjakan.
v. Hamka berkata: "Kalau iman dalam hati nescaya ayat ini mempengaruhi untuk berbuat amal dan kebajikan. Sedangkan ahli Kitab belum percaya kepada risalah dan nubuwah Muhammad SAW, belum mengenal al-Quran dan berdoa kepada Tuhan dengan isi kitab Mazmur".
Semoga kita menjadi orang yang beriman, melakukan amal makruf nahi munkar seterusnya berlumba dalam melakukan kebajikan. Amin.