Sunday, February 3, 2013
Adakah kita menafaatkan masa dan usia kita?
Bagaimana boleh kita menafaatkan MASA?
1. Waktu atau masa dapat dilihat sebagai sia-sia atau umur menjad sia-sia jika semasa hidup di dunia masa itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Masa berlalu mengikut jadual dari saat hinggalah perkiraan tahun dan ia akan menentukan berapa lama kita telah menggunakan masa semasa hidup kita.
2. Dari segi kehidupan di dunia yanag amalannya akan menjadi bekalan hidup di akhirat, sesaat masa yang tidak dimanafaatkan untuk dijadikan bekalan hidup di akhirat, bermakna kita telah mensesiakan masa dengan berlalunnya masa dengan tidak melakukan sesuatu yang bernilai di sisi Allah yang akan menyediakan kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
3. Firman Allah swt dalam sural Al-"Ashr (Surah ke 103)
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
4. Membazirkan masa lebih buruk kesannya daripada membazirkan wang ringgit. Masa yang dibazirkan tidak dapat di gantikan dengan masa yang sudah berlalu. Sebaliknya wang ringgit boleh di ganti degan berusaha mencari apa yang telah hilang. Tetapi masa yang berlalu dengan membazir tak mungkin dapat ditebus semula. Samalah jika dilihat usia yang berlalu tidak akan dapat diganti lagi untuk menjadi muda semula.
5. Jika kita dapat merenungkan betapa ruginya walaupun sesaat waktu yang kita bazirkan dengan sia-sia, tanpa mempeoleh kebajikan dan faedahbut., kita akan insaf bahawa sebenarnya kita telah tertipu dalam masa tersebut kerana dari segi manfaat untuk akhirat kita tidak menambahkan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat nanti.
5. Pembaziran masa yang tidak digunakan ke jalan Allah dengan melakukan ketaatan perintah dan kehendak Allah akan menyebabkan jauhnya kita dari Syurga Allah. Ini akan kita rasai penyelasannya di akhahirat kerana masa berlalu dengan sia-sia.
Sabda Rasulullah saw, yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra yang bermaksud:
"Tidak duduk suatu kaum di majlis di mana mereka tdak mengingat Allah di dalamnya melainkan majlis tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka. Tidak berjalan seseorang lelaki dalam satu perjalanan di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perjalanan tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atasnya. Tidak berbaring seseorang lelaki di mana ia tidak mengingat Allah di dalamnya, melainkan perbuatannya tersebut akan merupakan kecacatan atau penyesalan ke atas mereka".
6. Dengan menginsafi bahawa masa itu begitu penting untuk mengingati Allah, sewajarnyalah setiap saat dari usia kita supaya dapat memberi manafaat kepada diri kita untuk hari akhirat.
7. Bagi mereka yang insaf penggunaan masa yang bernilai ini, mereka akan menggunakan masa dengan sebaik-baik untuk mengingati Allah seperti berzikir dan bertasbih, dengan cara memperbanyakkan membaca al Quran seperti mengisi masa lapang, dalam perjalanan atau semasa duduk dan berbaring. Merekan tidak akn menggunakan masa untuk berhibur, bermain atau betrsiar tanpa memikirakan masa tersebut boleh memberi feaedah ynag lkebih besar di sisi Allah dengan melakukan amalan kebaikan yang dituntut seperti berzikir atau banyak mengingati Allah.
8. Supaya kita tidak mensesiakan masa, kita haruslah menafaatkann masa dan waku itu supaya kita tidak menjadikan pendengaran dan lisan itu menjadi kosong dari memperbuatkan kebajikan selagi kita dalam keadaan waras dan mampu untuk berfikir atau dalam keadan jantung masih berdenyut.
9. Marilah kita berusaha untuk mempergunakan masa atau waktu yang masih ada dalam keadaan kita diberikan kesihatan dengan bersegera untuk melakukan kebaikan bagi menambahkan amal soleh dan kebajikan dengan melakukan zikrullah, membaca Al Quran, membaca kitab-kitab yang bermanafaat, bersilaturrahiom, berdakwah ke jalan Allah dan seumpamanya, selain dari melakukan tugas untuk mencari nafkah dengan cara yang halal. Gunakanlah masa untuk rehat yang diharuskan yang tiada unsur membazirkan masa yang sangat berharga tersebut, dengan membetulkan niat untuk berehat supaya dapat melakukan ketaatan selepsanya dan dikira sebagai amalan juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment