Sunday, February 10, 2013

Kelebihan Al Quran

Dari Othman ra, Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya".

                                                       -    (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasi, Ibnu Majah)

1. Al Quran ialah merupakan kitab panduan untuk umat Islam. Mempelajari dan menyebarkannya isi kandungannya adalah sama dengan menegakkan syariat Islam. Oleh itu  sama ada mengajar atau belajar Ql Quran adalah sangat dituntut dan diberi ganjaran yang sama di sisi Allah swt. Memahami dan mengetahui  maksudnya adalah sebaik-baikannya supaya dapat mengamalkannnya. Sedangkan ynag terendah adalah sekadar mempelajari bacaannya sahaja.

2. Kedudukan Al Quran adalah lebih tinggi daripada ilmu-ilmu yang lain, kerana membaca dan mengajarkan lebih utama daripada yang lain  hari qiamat dari segi pahala dan pentingnya mengamalkan kandungannnya. Dalam Syarah al Ihya diterangkan bahawa di antara golongan yang akan mendapatkan  naungan Arasy pada hari qiamat yang penuh ketakutan iaitu orang yang mengajarkan al Quran kepada anak-anak, dan orang yang mempelajari al Quran pada masa kanak-kanak serta ia terus menjaganya hingga masa tua.

3. Orang yang sibuk dengan menghafal, mempelajari atau memahami al Quran sehingga tidak sempat berdoa, maka Allah akan memberinya sesuatu yang lebih utama daripada ia berikan kepada orang yang berdoa.

4. Kelebihan orang yang sibuk membaca Al Quran, Allah juga  akan mengaruniakan kepadanya pahala yang lebih baik daripada orang yang selalu bersyukur.

5. Sebagaimana Maksud hadis, dari Abu Sa'id ra berkata, Rasulullah saw bersabda:

"Allah berfirman, "Barangsiapa yang disibukkan oleh Al Quran daripada berzikir kepadaKu dan memohon kepadaKu, maka aku berikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang memeohon kepdaKu. Dan keutamaan kalam Allah di atas  seluluruh perkataan adalah seumpama keutamaan Allah atas  makhlukNya".

   (HR.  Tirmizi, Darami dan Baihaqi).

No comments: